Tuah VIVY YUSOF, Dari Seorang Blogger Kini Usahawan & Pemilik Syarikat Taraf Global!

Siapa sangka daripada seorang blogger, Datin Vivy Sofinas Yusof kini bergelar usahawan berjaya yang disegani ramai. Kejayaan yang diraih beliau nyata bukan calang-calang kerana selain menguruskan empayar niaga FashionValet dan The dUCk Group, Vivy juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah UiTM termuda dalam sejarah institusi pengajian terkemuka negara.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran saban tahun namun wanita berusia 32 tahun ini enggan mengalah dan terus mengorak langkah menjadi sumber inspirasi kaum wanita. Bersandarkan rupa paras cantik, bijak dan pencapaian membanggakan, tidak hairanlah Vivy sering menjadi ikutan generasi muda hari ini. Terbaharu, Vivy meluahkan rasa bertuah kerana mampu membina legasi sendiri.

“I feel very fortunate having built my company so far using my personal branding, can’t believe from a blog, it got us to this level. But as the group of companies grow, I have to think long term global strategy so I decided to do a brand audit. Was such a fun experience, we had a few sessions of this with different groups, and none of the participants knew I was in the next room.

Some were amazing feedback that they see the FV Group as one of the Malaysian brands that can really go global, a few were hard to swallow, and a few were funny (someone said they know Vivy Yusof as a UiTM lecturer). But I recommend every entrepreneur to do this at some point in their scale up phase. Super good to get a reality check and then plot the next phase of your company growth. All the best to all entrepreneurs!”

Tidak dinafikan, setiap kali bertanya kepada golongan dan usahawan belia hari ini mengenai siapa inspirasi mereka… memang nama inilah antara yang paling banyak disebut-sebut. Mana tidaknya, Vivy bukan saja memiliki rekod akademik yang cemerlang malah berjaya melakar kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan dan fesyen tanah air.

Nona percaya empunya diri pun sama sekali tidak menyangka penglibatan awalnya sebagai blogger kini terus maju bergelar ahli perniagaan dan cekal mendaki puncak kerjaya membanggakan sampai ke hari ini. Selain aktif mengembangkan sayap FashionValet ke pasaran antarabangsa, salah satu cabang niaga Vivy iaitu The dUCk Group juga kian mendapat tempat dalam kalangan peminat muslimah.

Baru sahaja melancarkan koleksi skaf The Love dUCk pada Ahad lalu, Vivy turut memaklumkan kesemua 20 versi koleksi ini telah habis terjual dalam masa hanya 20 minit! Luar biasa betul penangan jenama dUCk. Pendek kata, apa sahaja produk keluaran ini pasti laris di pasaran dalam masa yang singkat.

Walau perniagaan makin maju namun Vivy tidak lokek berkongsi rezeki terutamanya ketika negara dilanda penularan wabak Covid-19 kebelakangan ini. Atas dasar prihatin, beliau terpanggil untuk menyalurkan bantuan dana kepada hospital terlibat menerusi platform FashionValet dan turut menyumbang sejumlah besar dUCkscarves kepada para frontliners.

Moga usaha murni dan kejayaan Vivy Yusof sentiasa menjadi pembakar semangat untuk kaum wanita terus berjaya.

 

 

Kredit foto: Instagram Vivy Yusof

Share
Published by
Suzi