“Tudung Kena Labuhkan Sedikit..” Syarat Suami Untuk Wany Hasrita Jika Ingin Terus Bergelar Selebriti

Minggu lalu, pelantun lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun di Glam Hall, Damansara Perdana. Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.

Kredit foto: Instagram (@wanyhasrita)

Pada majlis itu, Wany atau nama sebenar, Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan serta tiada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.

Dalam temubualnya bersama media, Wany, 30 tahun menyatakan rasa kesyukuran majlis pernikahan yang dianjurkan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Ditanya apakah tarikan utama Wany pada mata Adib, beliau menyebut dalam satu sesi temubual bersama media, ini kata Adib.

Kredit foto: Instagram (@glamhall)

“Wany hatinya baik, dan dia tidak suka berkata buruk mengenai hal orang lain. Jika berlaku sesuatu yang buruk sekalipun, dia akan cakap alhamdulillah dan tidak pernah merungut. Itu yang membuatkan saya tertarik dengan Wany”, jelas Adib.

Ditanya lagi apa pula syarat-syarat yang diletakkan oleh Adib sekiranya Wany ingin terus berkecimpung dalam bidang seni, dengan tenang Adib menjawab.

******************************

Nak perhubungan kekal abadi antara suami isteri? Nak lalui hari-hari mendatang dengan tenang dan diredhai. Jadikan Al Quran Kareem sebagai panduan. Dapatkan Karangkraf Al-Quran Amazing 6 Juzuk Perjilid Exclusive. Yang penting guna kod promo NONGSP5

untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik).

******************************

“Syarat pertama yang saya kenakan adalah, labuhkan sedikit tudungnya. Kemudian, apa jua yang Wany akan lakukan selepas ini, baik buruk saya akan bertanya..jika saya buat, okay atau tidak. Untuk syarat dan batas itu, selalunya saya dan Wany akan sentiasa berbincang”.

Pada majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Kredit foto: Instagram (@wanyhasrita)

Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini diadakan semalam bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.

Till Jannah

Wany dan Adib NONA ucapkan! Semoga berbahagia ke akhir hayat hendaknya.

Sumber: Media Hiburan

Share
Published by
Wan Firdaus