Pertama kali menikmati roti buku istimewa Gardenia Gourmet Selections, kami terus jatuh cinta. Semerbak aroma bakeri, sekarang roti artisan Eropah macam ni pun boleh kita nikmati setiap hari. Sedap, mewah dan berkhasiat pula tu!
Ya, sejak Gardenia mengumumkan penjenamaan semula, Gourmet Selections, ramai penggemar roti memperkatakan tentangnya.
Ia merangkumi dua jenis roti buku istimewa berasaskan cita rasa Eropah iaitu Roti Bonjour Sesawhite Gardenia Gourmet Selections dan Roti Sommerset Cottage Gardenia Gourmet Selections.
Jika selalu menikmati roti buku putih bersama jem dan kaya, kali ini Nona mencubanya dengan roti Gourmet Selections. Sangat sedap, selari dengan slogan ‘Nikmati Kemewahan Setiap Hari’, macam makan roti di kafe!
Ya, dua roti buku baharu ini pasti menjadikan hidangan harian roti anda lebih bermakna dengan sentuhan mewah walaupun dalam hidangan yang paling ringkas.
Malah selain keenakannya, roti bijirin ini juga kaya dengan nutrisi. Dengan Bonjour Sesawhite, para penggemar roti dapat menikmati kemewahan bijirin bunga matahari yang memberikan kerangupan dan rasa kekacang dalam rotinya.
Sementara itu, Sommerset Cottage pula, menampilkan adunan istimewa 12 bijirin premium diantaranya termasuklah biji chia, biji rami, kuinoa dan barli bagi menghasilkan tekstur dan rasa berbeza yang semestinya menepati cita rasa dan memuaskan selera.
“Roti Gardenia Gourmet Selections adalah sangat versatil. Sama ada anda menginginkan hidangan savuri seperti Sandwic Tomato Panggang & Keju, mahupun Sandwic manis dengan kombinasi beri biru dan krim keju, Gardenia Gourmet Selections sangat sesuai sebagai asas kreativiti kulinari yang sangat menyelerakan.
Malah, dengan matlamat yang jelas, kami mencipta resipi enak bagi memenuhi cita rasa sandwic gourmet yang berbeza iaitu savuri dan manis yang menjadi sebahagian daripada kemewahan kehidupan harian anda,” kata Ena Suhaila, Pengurus Pemasaran yang bertanggungjawab mengurus selia penjenamaan produk berkenaan.
Gardenia Gourmet Selections yang berada di pasaran sejak September 2023 itu boleh diperoleh di rangkaian pasar raya runcit terpilih termasuk 7-Eleven, Giant, Aeon, Aeon Big, Jaya Grocer, Village Grocer, Mydin, Tunas Manja, TF Value dan Lotus.
Bagi pelanggan-pelanggan yang lebih selesa membeli-belah dari rumah, Gardenia Gourmet Selections juga boleh dibeli secara atas talian melalui PandaMart. Gardenia menghargai para pelanggan yang memilih untuk menikmati keenakan roti Eropah di meja makan masing-masing.