Gaya Hidup

Tulusnya Kasih Ibu Mentua, Sanggup Berjauhan Dari Keluarga Demi BCL & Noah!

Tersentuh tengok keikhlasan ibu kepada allahyarham Ashraf Sinclair terhadap menantu dan cucunya Syawal ini. Sebagai seorang ibu dan juga isteri, sudah pasti beliau turut merasa kesedihan yang ditanggung Bunga Citra Lestari (BCL) menyambut lebaran tanpa figura suami di sisi. Apatah lagi Noah Sinclair cukup rapat dengan arwah bapanya.

Demi memastikan insan kesayangan ini tidak merasa kehilangan, Khadijah A Rahman sanggup berjauhan dari keluarga di Malaysia selama dua bulan semata-mata untuk menemani BCL dan Noah di Indonesia. Difahamkan sejak Ashraf pergi menghadap ilahi pada 18 Februari lalu, Khadijah atau lebih mesra disapa Didi Sinclair dan suami kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta untuk sentiasa berada di samping isteri dan anak arwah Ashraf.

Ibu arwah Ashraf sentiasa ada di sisi BCL
Suasana malam raya
Sambutan Aidilfitri serba sederhana bersama BCL & Noah

Bahkan sepanjang Ramadan hingga Syawal ini pun beliau setia menyambut Aidilfitri bersama mereka. Allahu, tulusnya kasih sayang ibu mentua! Untung Bunga Citra Lestari!
Kehidupannya dan Noah hari ini tidak pernah sunyi daripada kasih sayang insan sekeliling meskipun ketiadaan Ashraf di samping mereka.

Jelas ibu penyayang ini, “Alhamdulillah, Allahyarham Ashraf always wanted us all to be happy. Happiness strengthens the bond between mother and daughter. He is happy to see this happening between us. Aamiin.”

Lukisan bunga lily ibu Ashraf sebagai mengenang anak tersayang
Kenangan di samping Ashraf Sinclair

Malah, tiga hari lalu beliau turut memuatnaik gambar bunga lily sebagai tanda ingatan terhadap arwah anak tersayang. “100 days had passed by. ‘Ashraf, we missed you. Alhamdulillah, we had a small group recited yasin and tahlil via zoom. It’s was beautiful and humble. I believed you were with us too. This yellow lily was captured at your makam. I drew and coloured it, for Bunga. Since we could not visit you due to lockdown, at least I hope this sweet lily will always remind us of u, at rest, peacefully,

Aamiin’.”

Sementara itu, menerusi saluran YouTube It’s Me BCL turut memuatnaik video istimewa sempena Syawal ini ‘Dear Love’ yang memaparkan kenangan dia, Noah dan arwah suami menyambut lebaran pada tahun-tahun sebelumnya. Tak sampai tiga hari namun video tersebut sudah ditonton hampir 4 juta orang!

Aidilfitri BCL & Noah Sinclair tahun ini
Kenangan sambut Aidilfitri bersama arwah suami tahun lalu
Tinggal kenangan

Dalam paparan video tersebut, bait-bait yang diungkapkan BCL ini nyata meruntun jiwa mereka yang menonton. “Lebaran kali ini seperti biasanya aku menyiapkan masakan untuk lebaran. Seperti saat kamu masih ada. I’m keeping the tradition to make it easier for Noah to slowly adapt to the new norm.

Dear Love, meskipun raga mu telah tiada di sini. Tapi jiwamu akan selalu ada bersama kami dan mendoakan mu adalah caraku untuk mencintaimu. Maaf Lahir Batin ya sayang. I miss you… each, and everyday.”

Semoga BCL, Noah dan keluarga allahyarham Ashraf Sinclair terus kuat menerima pemergian arwah dan takdir ini menguatkan lagi silaturrahim serta ketakwaan mereka terhadap Yang Maha Esa.

Share
Published by
Suzi