Tunai Haji Bersama Kedua Ibu Bapa & Mentua, HAFIZ MAHAMAD Beri Kejutan Buat SYAFIQAH AINA Sempena Ulang Tahun!

Sebut saja nama usahawan dan personaliti media sosial Hafiz Mahamad, pasti ramai tahu usahawan tersebut dikenali ramai kerana sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Lebih istimewa,  ramai yang mengagumi cara Hafiz menghargai isteri tercinta, Syafiqah Aina serta tidak pernah lupa untuk memberi kejutan buat ibu kepada anak-anaknya itu.

Sementara itu, dalam perkongsian di laman sosial miliknya, Hafiz dilihat  membuat kejutan buat isterinya dengan menyewa satu panggung wayang serta menghadiahkan satu dokumentari khas buat Aina. 

“Saya sewa 1 panggung wayang semalam ada sebab, Mungkin dia pernah menginginkan kehidupan seperti watak atau apa cerita dalam wayang / drama
Tp wayang is still wayang,
Saya nk buktikan, apa yg ada di screen semalam adalah cerita & watak yg ada dalam realiti life Aina

Saya hadiahkan 1 documentary pada dia,
Ya Allah. Tujuan saya, saya nk dia tahu tanpa dia sedar banyak dh kebaikan yg dia buat. Orang kata,
“Baik kita, biar orang ceritakan. Dalam documentary tu, banyak kebaikan yg mereka ceritakan ttg awak”

Harap awak happy @syafiqahaina “- HAFIZ MAHAMAD

Di penghujung tayangan berkenaan, Hafiz memberi kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang jatuh pada tanggal 18 Jun lalu. Hafiz memberikan kejutan istimewa di mana dia dan Aina serta kedua-dua ibubapa masing-masing bakal menjadi duyufurrahman sempena musim haji  1444H.

JUGA BACA: https://www.nona.my/berkat-kerja-keras-dan-dahulukan-orang-tua-hafiz-mahamad-hantar-ibu-bapa-tunai-haji-cetus-inspirasi/

Wajah syukur kedua ibu bapa Syafiqah Aina menerima kejutan dari menantu dan anak kesayangan mereka.

Januari lalu, Hafiz telah menyewa sebuah kapal terbang untuk membawa kakitangan Ainaa dan anak-anak yatim menunaikan umrah di mana perkongsian tersebut menjadi viral dan mendapat pujian ramai mengenai cara Hafiz menyantuni kakitangan syarikatnya yang dianggap sebagai keluarga.

Selamat menjadi duyufurrahman buat Hafiz, Aina dan kedua-dua ibu bapa mereka. Semoga mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan semasa musim haji ini.

Share
Published by
Rosmah Idayu