
Setiap tahun apabila tibanya musim haji pastinya ramai umat Islam yang akan pergi ke tanah suci Mekah bagi melaksanakan rukun islam yang kelima iaitu mengerjakan haji. Hanya insan-insan yang terpilih saja berpeluang menjadi tetamu Allah SWT dan kali ini giliran Dato’ Nurulhidayah menjadi antara umatNya mendapat peluang untuk mengerjakan haji.

Apa yang menariknya, Dato’ Nurulhidayah bukan sahaja ditemani suami tercinta, Dato’ Saiful Nizam, bahkan madunya Datin Bahazanariah dan ibu mertua Fatimah Hamid turut bersama-sama dalam perjalanan ini.
Seronoknya dapat mengerjakan haji bersama-sama insan tersayang dalam hidup. Walaupun hidup bermadu, Dato’ Nurulhidayah dan Datin Zana dapat menyesuaikan diri dengan baik dan mereka dilihat seperti adik-beradik. Tidak seperti kehidupan bermadu pasangan lain yang sentiasa berperang mulut untuk ‘merebut’ suami dan tunjuk siapa yang paling hebat.

Anak sulung kepada Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini turut berkongsi perjalanan mereka ketika berada di Mekah di laman instagram miliknya.




Nona mengucapkan semoga semua urusan kalian di sana dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur. Doa-doakan kami juga yang masih belum berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah SWT itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertuah Sungguh FAYE KUSAIRI, Timang Anak Sulung Masa ANNIVERSARY

Tumpang gembira melihat Faye Kusairi berkongsi kegembiraan di laman Instagram menimang cahaya mata sulungnya. Teruja melihat bayi lelaki yang diberi nama Alif Bin Azmi hadir dalam hidup pasangan ini 11 hari lalu.
Bukan semua wanita bertuah seperti pemilik nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi ini kerana melahirkan bayi pada hari ulang tahun perkahwinan. Terdengar nada gembira di hujung suaranya ketika dihubungi.

“Syukur sangat-sangat kerana diberi peluang melahirkan anak di hari anniversary. Pagi-pagi lagi husband tanya, nak hadiah apa untuk anniversary? Saya jawab tak nak apa-apa cuma nak baby lahir masa anniversary (bergurau dengan suami). Tapi tak sangka dan syukur Allah SWT kabulkan doa saya yang satu itu. Saya dimasukkan wad sebab bukaan laluan sudah 2cm pada jam 10 pagi hari itu. Malam itu, alhamdulillah, Alif dilahirkan,” tutur Faye yang sepatutnya melahirkan Alif pada 7hb April tetapi ditakdirkan lewat dua hari iaitu jatuh pada tarikh perkahwinan mereka.
Apabila ditanya tentang perasaan pertama kali menatap wajah baby, bicaranya lembut. “Saya bersyukur sangat sebab segalanya selamat. Suami adalah orang yang paling excited. Saya dah penat ‘berperang’ tapi no words can describe the exact feeling of looking at Alif for the first time. Overjoyed lah.

Pengalaman bersalin mengajar saya akan besarnya kuasa Allah SWT. 9 bulan having him in my tummy then suddenly 1 night changes everything. That whole day and night experience was so surreal. Bagi saya masa tu la kita rasa pure love from your husband, your family and yourself. Pengorbanan seorang ibu melahirkan seorang is beyond everything dalam dunia ni. Tak tau macam mana nak gambarkan,” ujar Faye.
Faye baharu menempuh masa 11 hari proses berpantang. Menurut Faye dia lebih selesa mengamalkan amalan berpantang mengikut cara tradisional. Namun tidak pernah mengetepikan amalan moden.
“Jika disuruh pilih salah satu sudah tentu saya memilih cara tradisional. Sebab melalui pemerhatian, mama dan nenek saya walaupun sudah berusia tapi tetap steady dan sentiasa bertenaga. Mereka mengamalkan berpantang secara tradisional. Namun saya juga tidak menolak cara moden jika sesuai untuk diikut.
Saya mendapat tajaan dari Allura Confinement Lady yang menawarkan penjagaan berpantang dari head to toe secara tradisional dan moden. Penjagaan ini merangkumi sauna, mandi herba, bertungku, bertangas dan mengurut. Semuanya dilakukan mengikut amalan dulu-dulu. Bengkung pun diikat dengan cara melilit dengan sempurna bukan diikat begitu sahaja. Mereka juga turut melakukan urutan pada baby,” terang Faye yang sebelum itu berdepan dengan ujian Placenta Previa (PP) atau masalah uri di bawah yang dikesan ketika usia kehamilan 30 minggu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Hanya Hebat Di Pentas Nyanyian! NAJWA LATIF Simbolik Wanita Serba Boleh, Bakal Rangkul Gelaran Doktor Falsafah

Umum sedia maklum, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif kini merupakan seorang tenaga pengajar di salah sebuah Universiti terkemuka di Selangor.
Bagaimanapun, terbaharu isteri kepada penyanyi, Akwa Arifin ini memaklumkan bahawa dengan berat hatinya dia terpaksa mengorbankan kerjayanya sebagai pensyarah bagi memberi tumpuan kepada pengajian Doktor Falsafah (PhD) yang sedang diikutinya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Malah, sejak mendirikan perkahwinan dengan rakan duetnya, Akwa Ariffin pada 11 November 2022, jarang kita lihat penyanyi anak kelahiran Batu Pahat ini semakin jarang kelihatan di panggung seni.
Nyanyian Di ‘Hype Night’ Ubati Rindu Peminat
@farah.azr Najwa Latif sing kosong..Dah lama tak dengar lagu ni secara live dari @Najwa Latif 🥰❤️ #najwalatif #kosongkosong #kosong #hypenight #hypenightinkl ♬ original sound – farah.az
Namun, persembahan julung kali Najwa di Hype Night, Kuala Lumpur tedahulu, menerusi lagu ‘kosong’ telah memukau ramai orang sekaligus mengubati kerinduan para peminatnya.
Perkongsian video nyanyian tersebut dibuat oleh seorang pengguna Tik Tok menerusi akaun @farah.azr. Dalam video berkenaan kelihatan Najwa tampil anggun dan sopan mengenakan busana serba hitam telah mencuri perhatian ramai.
Suara Sama Macam Dulu Tak Berubah

Sumber Gambar: TikTok farah.azr
Rata-rata peminat yang teruja melihat video berkenaan telah menghujani hantaran tersebut dengan pelbagai komen menyatakan kerinduan terhadap lagu nyanyian Najwa.
Malah, ramai yang memuji vokal pemilik nama penuh Imratul Najwa Abdul Latif kerana suaranya masih sama seperti dahulu dan tidak berubah sama sekali.
Selain itu, terdapat juga beberapa peminat yang mahukan agar Najwa menyertai program Gegar Vaganza agar bakat yang diperolehinya tidak sia-sia dan boleh diketenghkan lagi serta menyumbang semula kepada industri hiburan tanah air.
Untuk rekod, Najwa Latiff pada zaman kegemilangannya, popular menerusi lagu-lagu seperti Cinta Muka Buku, Ada Mu, Satu Hari Nanti, Sahabat dan Kosong.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber: Instagram Najwa Latif
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada Istilah Terlambat… Inilah Perkongsian Sebenar LYNN ALKHAIRED Berhijrah Pada Usia 40-An!

Satu ketika dahulu, Lynn Alkhaired sering menjadi bualan bukan sekadar bakat lakonannya yang mantap malah turut terkenal dengan jolokan nama ‘Julia Roberts Malaysia’ hanya kerana iras wajahnya yang persis aktres antarabangsa tersohor itu.
Agak lama juga kita tidak mendengar cerita tentang Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al Khaired atau nama komersilnya Lynn Alkhaired. Dramatis popular ini seakan ‘membisu’ seketika dari dunia seni tanahair.
Namun baru-baru ini tercetusnya kisah penghijrahan wanita berusia 45 tahun ini. Penampilannya kini lebih sopan dan manis dengan bertudung. Biarpun usianya kini mencecah 40-an namun Lynn masih kelihatan anggun serta awet muda! Keramahannya masih seperti dahulu.
Terserlah sisi bahagia yang sedang dinikmati oleh Lynn bersama keluarga. Kini bidang seni bukan lagi menjadi keutamaan buat Lynn sebaliknya dia menjadikan bidang perniagaan sebagai satu platform demi masa depan yang lebih baik.
Lynn kini sedang rancak bergelar seorang usahawan di samping menjadi ibu kepada lima orang anak iaitu Alif Ronan Yan Tzen (19 tahun), Aimaan Yaacob Merican (12 tahun), Aaron Iskandar Shah Merican (9 tahun), Aireen Ibtisam Aleexandria (7 tahun) dan Aireezlynn Humairah Azzahra (6 tahun).
Lynn kini lebih banyak menumpukan perhatiannya terhadap keluarga. Selain bergelar Pengarah di Muayfit Fitness Sdn Bhd, Lynn juga aktif mengusahakan perniagaan kek dan biskut homemade yang dilakukan secara online. Atas nama komersilnya, Dapur Lynn Alkhaired Resources menerima sambutan yang sangat menggalakkan walaupun baru diusahakan sejak setahun yang lalu.
“Bukan sudah tidak ada tawaran untuk berlakon tetapi kini saya lebih selesa bersama anak-anak yang sedang meniti usia remaja. Sebagai ibu saya rasa bertanggungjawab untuk memantau dan melihat mereka membesar di hadapan mata, di samping menguruskan perniagaan yang kian mendapat sambutan.
Dari situlah tercetusnya idea untuk melakukan perniagaan kek dan biskut secara homemade walaupun permulaannya sekadar cuba-cuba. Bukan sekadar mengisi masa terluang bahkan mengembangkan hobi serta bakat saya dalam masakan.
Sementara Muayfit Fitness, saya kembangkannya menjadi sebuah pusat kecergasan yang turut menyediakan pengurusan acara kepada mereka yang berminat. Ini pengalaman pertama saya dan idea ini tercetus daripada keadaan ekonomi kini yang kian mencabar,” kongsi Lynn.

PENGHIJRAHAN
“Ia bermula dari dalam jiwa. Saya mula kurang bersosial serta mula memikirkan tentang kehidupan. Selain itu, saya juga banyak menghadiri majlis-majlis agama. Kebetulan anak pula cenderung ke arah agama. Mungkin ini satu petunjuk buat diri saya untuk berubah menjadi seorang wanita yang lebih baik.
Selain kerap menghadiri majlis agama, saya turut membuat inisiatif sendiri pergi ke Indonesia untuk menggali ilmu agama dengan lebih mendalam. Saya tinggalkan seketika anak-anak yang masih kecil ketika itu demi mengejar ilmu akhirat.
Sejujurnya ilmu agama saya masih cetek maka sebab itulah saya mengambil tindakan sedemikian. Jiwa sentiasa tidak tenteram selagi tidak ‘mencarinya’. Di sana saya banyak bertemu dan bergaul dengan mereka yang pandai ilmu agama.
Alhamdulillah hasil usaha tersebut saya menjadi siapa diri saya sekarang. Pun begitu, saya masih Lynn Alkhaired yang dahulu, masih rapat dengan rakan-rakan lama dan baru. Cuma mungkin ada batas-batasnya mana yang boleh dan tidak. Saya rasa bersyukur dan bertuah kerana Allah SWT telah membuka pintu hati saya lebih awal untuk berubah ke arah kebaikan.

Ketenangan jiwa adalah nikmat paling mahal buat saya. Kini saya lebih banyak fikirkan tentang kehidupan, diri sendiri serta keluarga. Anak-anak juga sering mendoakan saya agar terus menjadi ibu yang terbaik buat mereka. Semua ini petunjuk daripada Allah SWT untuk saya berhijrah.
Bertahun-tahun saya rasa lost dan tercari-cari. Jiwa saya bergolak dan akhirnya apabila bertudung jiwa saya merasa tenang sangat. Dan itulah sebenarnya apa yang saya tercari-cari selama ini. Biarpun perubahan ini tidak terlalu drastik semoga saya terus istiqamah.
Sebagai manusia yang lemah lagi kerdil semua orang pasti melakukan kesilapan. Kesilapan itulah ‘guru’ saya. Siapa yang tidak melakukan kesilapan itu sangat rugi. Bukan kata perlu sengaja melakukan kesilapan sebaliknya ia satu titik permulaan untuk kita belajar tentang kehidupan sebenar,” akhiri Lynn yang menjadikan Ustazah Sharifah Khasif sebagai sumber inspirasi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


