Tidak kira siapa pun kita atau tinggi mana pun pangkat kita, menunaikan rukun Islam yang kelima adalah puncak kepada segala ibadah. Sudah pasti mengerjakan ibadah haji di bulan Zulhijjah menjadi idaman setiap muslimin dan juga muslimat kerana ganjarannya yang begitu besar.
Ads
Datin Seri Umie Aida adalah antara insan bertuah kerana telah terpilih menjadi salah seorang Duyufurrahman ataupun tetamu Allah SWT pada musim haji tahun ini. Datin Seri Umie Aida bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 4 Ogos ini.
Mengerjakan ibadah haji buat kali pertama, Datin Seri Umie Aida akan ditemani oleh suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Kongsi Datin Seri Umie, “Ketika mengerjakan umrah, Januari lalu, saya berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah meluaskan rezeki dan diberi peluang kembali ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji pula.
Alhamdulillah, doa saya diperkenankan. Saya berharap diberikan Allah kesabaran dan kekuatan untuk melaksanakan segala rukun dengan sempurna.
Ads
Peluang itu juga saya manfaatkan sebagai ruang untuk muhasabah diri kerana setiap tetamu Allah pasti ingin pulang bersama haji mabrur. Saya mahu kembali ke tanah air nanti menjadi insan yang lebih baik,” kata Datin Seri Umie Aida bersungguh.
Ads
Menurut adik kepada Erma Fatima ini, beliau mengharapkan diberikan kesihatan yang baik dan dapat menyempurna ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur.
“Teruja sebenarnya atas peluang dan kesempatan ini. Secara peribadi, saya sudah tidak sabar mahu ke sana, malah sedang membilang hari menanti waktu Wukuf. Saya harap sangat diberikan Allah kesihatan yang baik untuk merasai nikmat paling berharga ini,” kata Datin Seri Umie Aida.
Betapa bertuahnya insan bernama Datuk Hajah Rozzana Rahmat ini. Pengalaman beliau menghabiskan 10 malam terakhir Ramadan di Mekah dimanfaatkan untuk iktikaf dan memburu malam Lailatulqadar. Lebih istimewa, amalan ini turut ditemani seorang ‘sahabat setia’ dari Jeddah, Puan Khadijah, yang hanya dikenalinya sewaktu di sana.
“Tirai Ramadan berlabuh kini. Yang di CINTA ‘kan pergi, yang didamba ‘kan hilang… Hidup ‘kan terus berjalan meski penuh dengan tangisan.
Allah, Allahurobbi Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud, daku terus mencari cinta-Mu Ya Wadud di akhir Ramadan ini. Semakin terasa kasih dan rindu yang mendalam kepada-Mu Ya Wadud.
Kurniakanlah rezeki umur, rezeki kesihatan, rezeki masa, rezeki i’tikaf dan rezeki pemburu Lailatulqadar 10 malam terakhir di kota suci Mekah pada tahun-tahun akan datang.
Allahumma Ya Baaqi Ya Quddus kurniakanku istiqomah dalam menjadi abdi dan khalifahMu sehingga akhir hayatku.” Datuk Rozzana
PERTEMUAN ATURAN ALLAH
Seperkara yang menarik dalam kunjungan Datuk Rozzana kali ini, beliau berkongsi tentang kisah sahabatnya yang bernama ‘Khadijah’, wanita Jeddah yang sering menemani iktikafnya sepanjang 11 tahun.
“Khadijah sentiasa berada disisiku selama 10 tahun aku menjadi pemburu lailatuqadar.
I must say she is my dream come true ataupun doa yang dimakbulkan. Every year bermusafir sendirian pada 10 akhir Ramadan, I pray Allah akan pertemukan dengan seorang teman di sepanjang tempoh iktikaf di Masjidil Haram.
We communicated like ayam dan itik since I hardly speak Arabic and she speaks very simple English.
However we have special bonding together dan atas dasar islam serta iman, kami disatukan. Lillahi Taala. Semuanya kerana Allah.
Khadijah is local Arab berketurunan Yemen menetap di Jeddah.
Every year she will spotted a port for us to iktikaf dari 21 Ramadhan sehingga ke malam khatam Quran.
Alhamdullilah I can be at peace as I know it will be secured whenever I enter back Haram. Khadijahlah peneman setiaku. Dia juga yang dapat menyelami hati dan perasaan ini setiap kali aku bersujud di depan Allah.
Dia jugalah yang akan mengesat air mata keinsafan, kerinduan, kekesalan, kekecewaan, ketakutan dan penyesalanku. Walaupun kami hanya berjumpa setahun sekali tetapi beliau amat memahami hati ini. Begitulah kehebatan Khadijah yang mempunyai banyak kelebihan dari segi spiritual.
Adanya Khadijah disisiku memberikan kekuatan dalam mengejar keampunan Allah.
Our usual iktikaf place is at Level 1 door 88. But this time i told Khadijah I’m not able to go upstairs since I injured my knee a month ago.
Khadijah menangis bila tengok saya kena pakai kerusi untuk solat. To her, she can’t accept the fact that someone she knows for 10 years running and jumping with her in the mosque have to settle using chair to pray.
Begitulah lembutnya hati Khadijah. La tahzan habibti. Jangan bersedih kerana aku lagi sedih tak dapat bersujud menyembamkan muka ke lantai Masjidil Haram khususnya waktu solat tahajud.
Disitulah kenikmatan yang diberikan Allah setiap kali kita menyungkurkan diri sujud pada-Nya. Ya Allah aku redha dengan ujian ini.
Kau tarik nikmat sujudku yang amat kutakuti kehilangannya. Aku pohon keampunan pada-Mu Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, kau berikanlah aku kesembuhan supaya aku dapat bersolat seperti biasa.
Jazakallah ya habibti Khadijah for this friendship till Jannah…”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Figura ini sering kita lihat menggayakan hijab pada majlis-majlis tertentu dan juga sebagai penghormatan kepada bulan Ramadan yang mulia. Malah, ramai tetamu pastinya terpukau dan terpesona melihat kejelitaanya ketika menggayakan hijab.
Meski belum sempurna mengenakan hijab, Daphne Iking tetap memanjatkan rasa syukur kerana sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Jadi sama-samalah kita doakan Daphne agar dikurniakan hidayah menutup aurat sepenuhnya kelak!
Daphne Iking Salah Seorang Penderma Rambut Untuk Pesakit Kanser
Pengayaan hijab bagi Daphne Iking adalah perkara biasa dan tidak nampak kekok sama sekali kerana apabila tibanya Ramadan bulan penuh barakah, ibu kepada tiga cahaya mata ini pasti akan mengenakan hijab.
Namun wujud satu perasaan yang tak dapat digambarkan apabila selepas Ramadan tahun lalu apabila dia kembali tidak berhijab. Menurut Daphne, ada satu perasaan lain yang terdetik di hatinya.
Menjadi sebahagian penderma rambut untuk pesakit kanser, Daphne Iking dinasihatkan tidak mewarnakan rambut dan harus menjagannya sihat selama 6 bulan, niat untuk mewarnakan rambut tertangguh dan ini adalah salah satu sebab dia mahu melakukan perubahan secara perlahan-lahan.
Mahu Berubah Secara Perlahan-Lahan
Daphne menegaskan bahawa dia mahu berubah memakai hijab secara perlahan-lahan, ini demukian kerana, tiada kekangan dan halangan biarpun dia menggayakan hijab. Tawaran kerja masih diterima seperti biasa.
Ditanya mengenai pengayaan yang menjadi pilihannya sehingga hari ini, wanita cantik ini berkata dia tidak pernah menetapkan terhad untuk satu gaya. Pengayaan tudung buat masa kini, lebih kepada mengikut kesesuaian aktiviti semasa yang pastinya buatkan dirinya berasa lebih selesa.
Daphne akui merasa terharu, apabila dia dihujani dengan pelbagai mesej peribadi di media sosial apabila ramai mendoakan supaya dia kekal istiqamah ketika dia mengenakan hijab.
Bagaimanapun, bukan mudah untuk kekal istiqamah, wanita ini berkongsi yang dia lebih menumpukan pada pengisian rohani terlebih dahulu.
Daphne turut menuntut orang ramai agar menerima keputusanya seadanya dan teruskan mendoakan serta memberikan sokongan moral, bukan sahaja kepada dirinya, malahan kepada mereka di luar sana yang masih berusaha untuk mendekatkan diri kepada tuhan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Lama rasanya kita tidak mendengar khabar tentang bekas hos Hlive! dan juga model yang terkenal menerusi iklan Trivago yang cukup popular suati ketika dahulu. Walaupun sudah jarang muncul di kaca TV, siapa menyangka Dahlia banyak menghabiskan masa menyertai misi kemanusiaan dan mengakui misi membantu saudara seislam kita di negara-negara Islam yang bergolak memberikan kepuasan yang tertentu buat ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Kunjungan kali kedua aktivis dan pengacara Dahlia Shazwan yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Syria pada Mac lalu merubah cara fikirnya ketika berdepan masalah.
Kata Dahlia, sebaik sahaja tiba di negara itu, dia mengakui tersentuh melihat semangat yang ditunjukkan oleh penduduk Syria yang sentiasa tersenyum menyambut rombongan dari Malaysia.
“Kalau kita pergi kita mesti bayangkan mereka sedih, sugul sepanjang masa. Tapi kebenarannya mereka selalu melemparkan senyuman kepada kami. Walaupun banyak kekurangan, mereka tetap mahu menjamu kami. Itu satu benda yang kita kena belajar. Kita yang tengok dia sedih, tapi dia tak sedih. Jadi kita yang rasa segan.
“Kalau mereka pun boleh dalam keadaan begini nampak kelihatan sangat ceria, jadi apa alasan kita untuk bersedih? Kita pun automatik tukar perwatakan untuk jadi lebih friendly, jadi ceria… jadi expectation sebelum pergi… bila sampai dia jadi lain.
“Banyak lagi benda kita boleh belajar dalam kehidupan ini apabila bertemu dengan mereka,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Bercerita lanjut, Dahlia berharap dapat menyertai lagi misi kemanusiaan untuk membantu umat Islam di seluruh dunia yang berdepan dengan kesukaran.
“Sebelum ini ada juga saya dengar komen orang bercakap kenapa tidak membantu rakyat di Malaysia memandangkan masih ada yang susah di sini.
“Saya berfikir kalau semua orang fikir sebagini bagaimana keadaan saudara Islam di luar sana yang tidak mendapat sokongan dan bantuan.
“Saya tidak judge mereka yang tidak tergerak hati nak bantu, saya fikir ini semua hidayah Allah S.W.T. untuk gerakkan hati nak bantu.
“Cuma kita perlu tahu, kadang-kadang mereka tidak minta sumbangan, apa yang lebih penting adalah kesedaran. Kalau kita tersentuh dengan isu ini, Insya-Allah bantuan untuk umat Islam di seluruh dunia yang sedang berdepan kesukaran akan berterusan,” akhirinya.
Sumber: Astro AWANI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!