Setelah selesai melunaskan segala komitmen tugas yang back-to-back, termasuklah urusan berkaitan isu rumahtangga, pelakon jelita Puteri Sarah Liyana hari ini selamat berangkat ke tanah suci Mekah menunaikan ibadah umrah.
Turut serta dua anak kesayangannya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Comel sangat bila tengok dua beradik ini bersemangat menemani ibu tercinta. Betapa bertuahnya Syaikhul dan Sumayyah, kecil-kecil lagi sudah berpeluang menjejakkan kaki ke Mekah.
Ini merupakan umrah kali kedua Puteri Sarah bersama anak-anak selepas Mei 2022.
Menariknya, rezeki Puteri Sarah kali ini apabila mendapat tajaan dari salah seorang rakan baiknya dari Needleworks KL dan Insaff Travel Tropicana Aman. Tahun lalu, dia ke tanah suci dengan perbelanjaan sendiri.
Berkongsi di Instagram peribadinya pagi tadi, Puteri Sarah meninggalkan kapsyen ringkas agar para pengikut serta peminat mendoakann diriya dan anak-anak.
“Doakan Sarah & anak-anak ya”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menitipkan doa agar perjalanan serta urusan Puteri Sarah dan anak-anak di tanah suci dipermudahkan.
Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah turut meninggalkan komen yang mendoakan perjalanan ibu dua anak itu dipermudahkan. Beliau juga berpesan kepada Puteri Sarah agar memaklumkan kepadanya bila sudah pulang ke Malaysia kelak.
“Tok Abah doakan perjalanan umrah kamu dan anak-anak semoga dipermudahkan serta mendapat hikmah sebesarnya ya. Balik Malaysia nanti maklumkan Tok Abah ya nak.”
Terdahulu, sebelum berangkat Puteri Sarah membawa Syaikhul dan Sumayyah bertemu ibu dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail di kediaman pengarah serta penerbit itu yang terletak di Kuala Lumpur.
Puteri Sarah turut memuat naik gambar Datuk Yusof bersama cucu-cucunya di Instagram dengan kapsyen: –
“Grandpa’s love”
Antara komen yang paling menyentuh jiwa pastinya daripada ibu mentua kesayangan Puteri Sarah.
“Semoga Allah berikan kesabaran dan kekuatan kepada anakanda Puteri Sarah untuk mengerjakan umrah dengan membawa hati yang telah hancur luluh bersama Syaikhul dan Sumayyah (nyawa penyambung hidupnya).”
Menerusi perkongsian di Instastory, kelihatan keluarga Puteri Sarah turut menemani dan menghantar mereka ke lapangan terbang.
Majalah Nona mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan Puteri Sarah. Selamat pergi dan balik, serta sempurna ibadah umrahnya InsyaAllah.
Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
BACA JUGA: –
“Mentua Layan Saya Seperti Anak Mereka Sendiri, Bukan Macam Menantu” PUTERI SARAH LIYANA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.