Masha-Allah manisnya Daiyan Trisha. Wajah bersih tanpa secalit solekan, berjubah dan bertudung labuh rona senada, alahai sejuknya mata memandang.
Alhamdulillah rezeki Daiyan sekali lagi berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah pada bulan Ramadan tahun ini.
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah umrah bersama keluarga tersayang. Terserlah kebahagiaan pada raut wajah penyanyi dan pelakon berusia 30 tahun ini.
Daiyan berkongsi berita gembira ini di akaun Instagramnya beberapa hari lalu.
“Daiyan sekarang sudah pun berada di Madinah, kota yang paling indah.
“Selari dengan niat untuk menunaikan umrah setiap Ramadaan. Syukur Alhamdulillah tahun ini Daiyan dijempu sekali lagi untuk berada di sini buat kali kedua.”
Dalam pada itu, pelakon Project High Council ini turut memohon agar perjalanan umrahnya bersama ahli keluarga berjalan lancar serta dipermudahkan.
“Daiyan pohon doa dan ampun dari kalian atas salah dan silap, dan Daiyan harap semua boleh doakan perjalanan pergi balik Daiyan dan mummy, berserta semua jemaah-jemaah yang lain.
“Semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur.
“Tak sabar nak jumpa cinta hati, beberapa hari saja lagi,” ujarnya.
Menerusi hantaran terkini, Daiyan memaklumkan dia turut berpeluang mengunjungi tamaan syurga Raudhah.
“Assalamualaikum Ya Rasulullah. Syukur alhamdulillah Daiyan diberi peluang untuk mengunjungi taman syurga Raudhah pada bulan Ramadan untuk kali kedua.”
Perkongsian itu telah mendapat perhatian para pengikutnya termasuk rakan-rakan artis yang rata-rata mendoakan keselamatan serta kesejahteraan Daiyan Trisha di sana.
Kredit Foto: Instagram Daiyan Trisha
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.