Memiliki seraut wajah yang lembut dan semakin manis sejak mengenakan hijab. Ditambah pula dengan personaliti yang menarik membuat selebriti ini mudah didekati. Bukan sahaja dilahirkan cantik malah bijak mengatur bicara dan menyuarakan buah fikiran sarat dengan misi dan visi hidupnya pada masa hadapan.
Ads
Y.M Tunku Hanis Y.M Tunku Salman bukan suatu nama yang asing di persada industri seni tanah air. Lebih 10 tahun bergelar anak seni, Tunku Hanis berjaya meletakkan dirinya dalam kelasnya yang tersendiri.
Bakat semula jadi Tunku Hanis dalam seni lakonan sentiasa diterima oleh peminat drama tempatan dan tidak pernah putus menerima tawaran berlakon. Memberikan lakonan bersahaja dan mampu membawa apa sahaja watak yang diserahkan kepadanya. Malah gadis tinggi lampai ini sering diberikan watak antagonis kerana keberkesanan watak yang sering dilakonkan olehnya.
Walaupun mempunyai darah kerabat diraja namun gadis yang mudah mesra ini sentiasa sangat merendah diri. Bagi Tunku Hanis gelaran kerabat yang disandangnya itu bukan suatu yang luar biasa, beliau tetap menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
“Cuma kadangkala saya diberikan sedikit kelebihan dan sering mendapat layanan istimewa. Pun begitu, berstatus kerabat atau tidak, kita semua manusia yang sama. Meskipun saya berdarah kerabat namun hati saya sama seperti orang lain.
Ketika diajukan tentang salasilah keturunan diraja, tutur Tunku Hanis lembut, “Bapa saya berketurunan kerabat Negeri Sembilan. Saya merupakan cicit kepada Yamtuan Antah. Ayahanda saya merupakan cucu kepada Yamtuan Antah, Yang Dipertua Negeri Sembilan yang berasal dari Seri Menanti,” ungkapnya yang turut mempunyai darah Arab, Pakistan dan Baba Nyonya ini.
Ads
Sebagai anak muda yang hidup dalam era globalisasi ini, Tunku Hanis berbeza dengan rakan seangkatan dengannya. “Walaupun saya masih muda tetapi saya tidak suka membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Saya tidak suka berpesta dan lebih gemar menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang berfaedah.
Saya gemar menyertai acara yang melibatkan ramai orang untuk meningkatkan rangkaian. Antara acara yang saya sertai adalah larian marathon, mendaki bukit, badminton dan sebagainya. Saya mempunyai visi untuk membantu dan menaikkan golongan muda ke peringkat yang lebih tinggi dan dihargai oleh masyarakat.
Ads
Sama seperti gadis lain rutin menjaga kecantikan menjadi kewajipan buat Tunku Hanis. Terang gadis yang aktif dalam sukan sejak zaman persekolahan ini, aktiviti luar banyak mempengaruhi rejim kecantikan dirinya. “Kalau hendak tahu kulit saya dahulu agak gelap kerana sering terdedah kepada cahaya matahari akibat aktif bersukan.
Saya sering diejek rakan-rakan kerana memiliki kulit yang sangat gelap. Ketika itu saya rasa rendah diri dan malu untuk bergaul dengan orang ramai. Kemudian saya nekad mahu mengubah diri untuk berubah. Ketika cuti sekolah hujung tahun saya keluar sendiri tanpa ditemani sesiapa mencari krim yang melindungi kulit.
Produk yang telah berjaya mengubah penampilan saya dahulu adalah Safi Balqis. Apabila cuti penggal telah berakhir dan saya memulakan sesi persekolahan ramai yang tidak mengenali diri saya kerana perubahan drastik itu.
Kini saya bersyukur kerana tidak mempunyai sebarang masalah kulit dan terus memastikan saya melakukan rutin penjagaan kulit wajah seperti membersihkan kulit, sapu penyegar dan pelembap. Produk yang menjadi pilihan saya adalah mampu membantu melembapkan kulit secara efektif agar kulit lebih lembut dan bermaya. Malah dapat melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB agar wajah tampil cerah berseri,” terang Tunku Hanis panjang lebar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu kepada pengacara dan pelakon jelita, Noor Neelofa Mohd Noor baru-baru ini kelihatan telah diraikan oleh keluarga dan sahabat handai sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-53.
Walaupun sudah menjengah ke usia 53 tahun tetapi kelibat Datin Noor Kartini Noor Mohamed ini nyata lebih muda daripada usia yang sebenar. Wanita yang mempunyai sembilan orang anak ini sentiasa tampil menawan dan mempunyai sejumlah 268 ribu pengikut di laman Instagram.
Rupa-rupanya minum air putih adalah rahsia kejelitaan wanita yang mesra disapa Datin Tini ini yang juga isteri kepada Dato’ Abdul Halim Khan.
“Sebenarnya, tiada sebarang petua yang saya amalkan. Saya hanya amalkan beberapa tip ringkas. Amalan penjagaan diri saya sungguh mudah. Setiap kali bangun tidur, saya akan terus menikmati secawan air putih.
“Saya pernah membaca satu artikel mengenai kebaikan minum air putih untuk penjagaan diri. Jadi saya mengamalkan untuk minum air putih sewaktu bangun tidur, sebelum mandi dan selepas mandi,” kata Datin Noor Kartini yang memiliki darah keturunan Pakistan-Arab.
Datin Noor Kartini juga mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seharian. Tambahnya, “Saya tidak menyimpan sebarang perkara negatif di dalam hati. Saya anggap cerita negatif sebagai satu perkara yang tidak mustahak selain mahu sentiasa kekal positif.
Selain itu, bercakap mengenai elemen kecergasan, saya juga mengamalkan senaman ringan seperti pilates dan yoga. Saya juga sering berjalan-jalan di sekitar taman selama 30 minit untuk kekal aktif,” terang anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.
Sumber: Astro Awani
Foto: Instagram @noorkartini & @noornabila
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat mereka yang mengikuti laman Instagram Hanis Zalikha, pasti terhibur melihat keletah Yusuf Iskandar yang sentiasa ternanti-nanti makanan yang dimasak oleh Mummy tersayang. Seronok melihat Yusuf makan dengan berselera dan paling penting pandai menjaga tatasusila di meja makan. Jarang melihat kanak-kanak yang seusia dengannya makan dengan terbit dan tidak comot.
Ketika ditemui semasa majlis pelancaran tujuh rona baharu lipstik jenamanya, Shade Dough, Hanis cuma tertawa apabila diajukan pertanyaan bagaimana dia mengajar anaknya etika di meja makan. “Kalau tanya macam mana Yusof suka makan, saya rasa sudah tentu dia mengikut genetik saya yang suka makan dan suka mencuba makanan. Baru seronok masak kalau Yusuf berselera nak makan. Semua ibu mesti mempunyai perasaan teruja masak kalau anak suka makan.
Mengenai sikap Yusuf yang tertib di meja makan pula mungkin sebab dia sudah biasa terdidik mempunyai daddy yang garang. Hairul memang garang mendidik anaknya, namun saya maintain sahaja. Yusof memang tak berani melawan daddy dia. Baru sekarang Hairul sibuk kembali dengan dunia lakonan, tahun pertama membesarkan Yusuf, Hairul seperti saya menjaganya full time,” tutur Hanis yang belum bersedia jika ditawarkan mengendalikan program masakan sendiri.
Bercerita tentang lipstik yang baharu dilancar baru-baru ini di Pavillion, “Saya sangat happy dan lega serta bangga sebab jenama ini sudah dilancarkan sepenuhnya. Sebelum ini Shade Dough sudah berada dalam pasaran selama setahun dalam pilot period. Suami yang banyak mendorong dan push saya untuk serius meneruskan perniagaan ini. Tapi saya jenis yang particular and perfectionist, saya mahu produk yang benar-benar berkualiti berada dalam genggaman pencinta kosmetik dan kecantikan.
Saya dah ready to move on to the next product apabila berjaya melancarkan rangkaian lipstik ini. Saya move on dan mahu keluarkan cleanser, night mask, highlighter. Itu adalah perancangan yang telah saya atur dengan teliti,” terang Hanis.
Sepanjang majlis berlangsung seronok melihat kelibat usahawan dan selebriti lain seperti Neelofa, Datin Diana Danielle, Vivy Yusof dan lain-lain yang turut hadir memberi sokongan. Begitulah yang harus ada dalam diri wanita apabila saling menyokong di antara satu dengan yang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Jika dahulu, di usia mudanya penyanyi bersuara lunak Vanessa Reynould mendedahkan dirinya sering dibuli dan menerima layanan ‘body-shaming’ sejak kecil, namun kini dia boleh berbangga dengan apa yang dicapainya kini.
Menerusi perkongsian Vanessa di Instagramnya sekitar tahun lalu, Vanessa mendedahkan dirinya pernah mengalami kejutan yang melampau akibat apa yang dialami sehingga membuatkan dirinya trauma untuk ke sekolah. “Hitam, gemuk, hodoh antara ejekan yang saya terima,” dedah Vanessa.
Apatah lagi, Vanessa turut berkongsi yang dirinya juga mempunyai seorang abang istimewa menjadi pemangkin semangatnya untuk terus berusaha mencapai impian. Abangnya, Christopher merupakan penghidap sindrom down, Vanessa dari dulu berazam untuk berbakti dan memberikan yang terbaik agar dapat memberikan keselesaan buat keluarganya.
Jun lalu, Vanessa kelahiran Klang, anak kacukan Cina-India berkata bahawa dia sedang mengikuti pelajaran muzik dan mengambil bahagian dalam satu projek di China.
Vanessa, yang belajar bahasa Mandarin sehingga tahun enam, menjadi terkenal selepas menduduki tempat kedua dalam pertandingan nyanyian 2016 Water Cube Cup.
Pada 2015, Vanessa menduduki tempat keempat dalam pencarian bakat realiti Astro Ceria Popstar 3. Vanessa memenangi Artis Baharu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 2022. Dan terkini, Vanessa kini berada di China mewakili Malaysia dalam pencarian bakat realiti, Sing! China.
Penyanyi yang terkenal dengan imej rambut kembang itu memuat naik video ringkas di Instagram, dirinya yang menyanyikan lagu Mandarin mendapat tepukan gemuruh juri terkenal rancangan itu, Wakin Chau semalam.
Dia menerima tepukan gemuruh pada penghujung persembahannya dan lebih 400 warga maya mengucapkan tahniah kepadanya, berharap dia akan memenangi pertandingan selama tiga bulan itu.
Rata-rata ramai di kalangan peminat serta artis-artis yang memuji persembahan nyanyian Vanessa dan berharap Vanessa dapat membanggakan nama Malaysia. All the best Vanessa!!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...