Biarpun figura yang satu ini seorang wanita, namun popularitinya setaraf dengan ustaz selebriti seperti Ustaz Don, Imam Muda Asyraf ataupun Pu Azman. Siapa tidak kenal dengan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, 47 tahun yang sering berkongsi ilmunya melalui dakwah di media sosial.
Sikapnya yang lembut dan mesra menjadikan dirinya dikenali ramai. Beliau bukan sahaja dikenali kerana dakwahnya, tetapi ibu kepada tujuh cahaya mata ini juga gigih menimba ilmu dan siapa sangka beliau juga merupakan pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Inilah yang dikatakan beauty with brain kerana memberi semangat kepada wanita di luar sana untuk mengecap kejayaan walaupun sudah mempunyai anak. Nona cukup bangga dengan kejayaan dikecapi.
Bukan sahaja memiliki wajah cantik, tetapi juga bijak menguruskan segala-galanya termasuk urusan rumah tangga, suami dan anak-anak.
Dato Dr Norhafizah Musa. Inilah indikasi contoh terbaik untuk seorang “beauty with brain”. Orang yang serba cantik raut wajah dan akhlaknya. Santun butir bicara dan lontaran katanya. Indah pakaian dan sejuk mata memandang. Beliau sepatutnya di jadikan idola seluruh wanita di Malaysia.
PhD ni semua orang tahu bukan benda mudah. Bukan celik celik bangun pergi kelas ambil exam, siap. Bukan. PhD ni macam kena validate knowledge, invent new stand, prove knowledge and provide conceptual and theoretical framework untuk kajian tu.
Mudah kata memang bukan benda mudah. PhD ni bukan kena pandai je, tapi kena ada usaha dan semangat menuntut ilmu yang tinggi. Beliau yang dah berilmu pun masih tak berhenti menuntut ilmu.
Nonarians pun harus mencontohi beliau. Bekerja keras untuk belajar ilmu terutama ilmu agama, secara langsung (sampai PhD) mahupun secara tak langsung (hadiri kuliah/majlis agama). Semangat menuntut ilmu nak jadi “beauty with brain”.
Buat semua wanita yang mendambakan menjadi “beauty with brain”, semoga all the forces be with you.
Semoga berbanggalah ibu ayah kerana mempunyai anak yang berilmu, cantik akhlak dan peribadinya.
Semoga beruntunglah suami yang memiliki isteri yang menjadi gedung ilmu dalam rumahtangga dan besar manfaatnya buat masyarakat.
Semoga berbahagialah anak-anak yang diasuh seorang ibu yang salim agamanya dan mulia akhlaknya juga bersih hatinya.
Semoga bergembiralah seorang wanita yang di sayang Allah dan seluruh makhluknya kerana ketinggian ilmu, akhlak dan budinya. Dan semoga perempuan itu adalah kita semua. Amin.
This website uses cookies.