Kalau dah namanya Dato’ Sri Siti Nurhaliza, apa saja yang dilakukan pasti dapat perhatian ramai. Berpeluang bertentang mata dengan ibu kepada bayi perempuan comel, Siti Aafiyah baru-baru ini, ramai rakan-rakan media yang kagum melihat penampilan terkininya. Lebih langsing dan tetap cantik sama seperti zaman anak dara dulu.

Ads

Tatkala ditanya apa petua yang diamalkan hingga berjaya menurunkan berat dalam masa yang agak singkat, isteri kepada Dato’ Sri Khalid Mohd Jiwa ini tertawa kecil. Biarpun sudah turun berat 22 kilogram selepas melahirkan anak namun bagi Dato’ Sri Siti perjalanan untuk mencapai berat badan yang diidam-idamkan masih jauh.

Turun Berat Lebih 20 KG, DATO’ SRI SITI NURHALIZA Dedah Amalan Ketika Berpantang! Memang Kurus

“Sebetulnya kalau nak kembali atau buat come back dalam industri nyanyian kerana sering berada dalam kaca TV, saya perlu kurangkan lagi sedikit berat badan. Macam sekarang ni ramai yang tegur dah kurus. Alhamdulillah, saya rasa ini semua kerana Aafiyah juga dan proses pantang yang saya jalani ini memang betul-betul saya ikut macam mana yang diatur oleh pihak Natalis. Dari segi diet makan, saya ambil semua yang makanan sihat, tak ada bergoreng dan semuanya yang dibakar atau dikukus. Nasi pun makan brown rice dengan kuantiti yang tidak banyak.

Semua mereka jaga termasuk rawatan-rawatan lain seperti sauna dan mengurut selama 44 hari. Sekarang masih berat lagi sebenarnya. Berat terkini saya 70 kg dan masa mengandung dulu saya capai berat 92 kg. Kalau ikutkan, saya mahu dapat berat badan 59kg untuk puaskan hati dan nampak ‘presentable’ di kaca TV. Sebab itu saya perlu kurangkan berat badan lagi walaupun susah.”

Demi mencapai sasaran berat badan tersebut dan mengamalkan diet pemakanan sihat, penyanyi nombor satu negara ini juga akui melanjutkan tempoh berpantang yang sepatutnya 44 hari ditambah untuk 30 hari lagi.

Turun Berat Lebih 20 KG, DATO’ SRI SITI NURHALIZA Dedah Amalan Ketika Berpantang! Memang Kurus

Ads

Turut berkongsi rutin hariannya setelah bergelar ibu Mac lalu, jelas Dato’ Sri Siti, “Alhamdulillah, saya dah mula sesuai dengan tugas sebagai seorang ibu. Especially bila anak baru lahir. Si ibu ni memang jadi zombi untuk beberapa bulan pertama terutamanya bila perlu berjaga malam. Sebab anak saya, Aafiyah suka berjaga malam dan akan bangun dalam tiga kali. Pagi, lepas menyusu dia akan tidur.. malam dia berjaga. Itu saja yang agak memenatkan.

Tapi bila tengok baby, hilang semua penat dan sakit. Aafiyah menyusu badan sepenuhnya. Bagi saya, tugas sebagai ibu itu complete. Saya boleh susukan dia, tengok dia membesar depan mata. Tinggal lagi emosi buat kita adakalanya tak sabar. Iyalah, bila dalam perut tak sabar nak tengok dia keluar, bila dah keluar pula tak sabar nak tunggu dia besar,” ujar Dato’ Sri Siti yang melancarkan butik terbarunya Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza di Melawati Mall.

Ads

Turun Berat Lebih 20 KG, DATO’ SRI SITI NURHALIZA Dedah Amalan Ketika Berpantang! Memang Kurus

Turun Berat Lebih 20 KG, DATO’ SRI SITI NURHALIZA Dedah Amalan Ketika Berpantang! Memang Kurus

Bercerita tentang koleksi raya Creacion by Siti Nurhaliza tahun ini, 39 rekaan termasuk lapan daripadanya koleksi Premium Series bertemakan blossom dipertaruhkan untuk Lebaran nanti. Dihasilkan dengan tiga elemen utama yang merangkumi eksklusiviti, kesopanan dan keanggunan, koleksi ini juga didatangkan dalam pilihan warna pastel dan vibrant di samping menggunakan material bermutu tinggi, mudah dijaga dan boleh didapati dengan harga mampu milik.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI