Gaya Hidup

Turun Hampir 20 Kg, DATIN ALYAH Syukur Badan Makin Sihat, Cergas Ibadah & Kerja!

Terpegun tengok penampilan Datin Alyah baru-baru ini. Mana tidaknya, nampak makin berseri-seri dan sihat. Tambahan pula dia baru saja memenangi anugerah di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23. Alhamdulillah, rezeki berganda!

Sering berkongsi perkembangan seni dan aktiviti terkini bersama followers, isteri Dato’ Ramli MS tersebut menerusi media sosial miliknya cukup terbuka mendedahkan ‘rahsia’ di sebalik penampilan hari ini. Memang tak dinafikan, penampilan Datin Alyah jauh berbeza daripada beberapa tahun lepas.

Bagi empunya diri, pastinya perubahan ini umpama memberi ‘nafas baharu’ kepada Datin Alyah.

Credit Instagram @alyah81
Credit Instagram @alyah81
Credit Instagram @alyah81
Credit Instagram @alyah81

“Ramai yang tanya macam mana boleh kurus? Orang tahu Alyah pernah besar dulu 68kg dan ada macam-macam penyakit yang paling teruk gastic

sampai muntah-muntah.

Kalau siapa yang follow Alyah dari dulu pasti ada baca Alyah masuk hospital sebab gastic teruk. Dan bila badan makin naik, makin naik nak diet memang susah sebab gastic yang Alyah alami.

Sampai ada yang kata Alyah pregnant ke? Kalau betul takpa, alhamdulillah.

Masalahnya belum ada rezeki lagi. Terus bersangka baik pada Allah SWT.”

Credit Instagram @alyah81
Credit Instagram @alyah81
Credit Instagram @alyah81

Dedahnya lagi, “Cerita pasal kerja pula ya. Ada waktu Alyah tolak nak pergi show

sebab tak boleh nyanyi dengan baik. Kejap-kejap semput, kejap-kejap lelah.

Dan bila orang sibuk menegur saiz badan kita, Alyah mula rasa down ya. Down sangat. Sebab kita tak pernah sebesar ini sebelum ini.”

Tanpa berselindung, penyanyi bersuara lunak ini memberitahu dia nekad membuat perubahan terhadap dirinya selepas berjumpa pakar bedah gasteroenterologist yang dikenali sebagai Dr Mustafa Mohammed Taher.

Credit Instagram @alyah81
Credit Instagram @alyah81
Credit Instagram @alyah81

“Dari situ sedikit demi sedikit semua berubah dan kembali seperti saya 12 tahun lepas. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT bukan size yang Alyah nak tekankan tapi sihat yang selalu diminta.

Mohon doakan kesihatan Alyah ok dan Alyah selalu doakan untuk korang juga.”

“Alyah pernah buat bariatric operation 5 bulan lepas. Dan tiada rahsia untuk Alyah sembunyikan. Mengenang kembali macam mana Alyah pernah ulang alik pergi klinik dan hospital.

Allah SWT bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja dan beriadah. Sebesar-besar syukur saya panjatkan pada ilahi.”

Share
Published by
Suzi