Seperti dijanjikan dan bersempena ketibaan Aidiladha tidak lama lagi, Neelofa memberi peluang kepada orang awam untuk melaksanakan ibadah korban dengan mudah menerusi
program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha yang dikelolakan di bawah pertubuhan naungannya, Pertubuhan Kasih Neelofa. Dalam kesibukan merencana jadual seni dan perniagaan usahawan muda ini tetap komited menjalankan kerja amal. Memang betul-betul sumber inspirasi!
Difahamkan, program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha merupakan program perdana anjuran pertubuhan tersebut. Jelas pengasas Naelofar ini, pihaknya menerima sambutan yang cukup menggalakkan sejak program berkenaan dibuka kepada umum. “Sejak diumumkan baru-baru ini, sambutan yang diterima daripada orang awam begitu memberangsangkan.
Mungkin disebabkan norma baharu sempena PKPP ini yang memerlukan kita untuk sentiasa menjaga jarak dan duduk di rumah, kebanyakan daripada mereka mengambil peluang
ini untuk melaksanakan ibadah menerusi program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha,” kongsi Neelofa.
Menerusi Qurban Kasih Neelofa Aidiladha, satu bahagian lembu dikenakan bayaran sebanyak RM750. Urusan pemilihan lembu korban sehinggalah penyembelihan dan pengagihan daging kepada golongan asnaf dan fakir diuruskan sendiri oleh pihak pertubuhan. Dalam pada itu, pihak pertubuhan turut akan menjalin kerjasama dengan pihak NGO dan swasta bagi merancakkan lagi usaha murni tersebut.
Ads
“Kami ingin memperluaskan program ini. Justeru, kerjasama dengan badan-badan NGO dan bukan kerajaan lebih memudahkan pihak kami bagi proses pengagihan dan mengenal pasti individu yang memerlukan di setiap negeri,” ungkap Neelofa.
Bagi yang ingin menyertai program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha, pendaftaran masih dibuka sehingga 23 Julai 2020 iaitu seminggu sebelum ketibaan Hari Raya Haji. Hubungi
010-220 0851 atau e-mel kepada kasihneelofa@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ads
Pada pertengahan Jun lepas, Neelofa menubuhkan badan kebajikan pertamanya dikenali sebagai Pertubuhan Kasih Neelofa. Kata selebriti cantik ini, ia menjadi platform rasminya
untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti amal secara menyeluruh. “Sejujurnya, saya telah lama berhajat untuk membangunkan sebuah pertubuhan demi membantu golongan yang
memerlukan. Namun, saya tidak mahu ia berjalan tanpa melibatkan saya secara keseluruhan.
Ads
Saya mahu memberi fokus seratus peratus dan benar-benar mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu tersebut dan terus berhubung dengannya. Saya mahukan pendekatan seperti itu.”
Pertubuhan Kasih Neelofa turut diterajui bersama ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini, ibu saudaranya dan Ustaz Azam. “Banyak aktiviti lain yang dirangka pihak Pertubuhan Kasih
Neelofa. Tetapi, kami akan umumkan satu persatu pada masa akan datang. Bukan mudah untuk menguruskan pertubuhan, lebih-lebih lagi yang melibatkan wang kebajikan dan
derma daripada orang ramai.
Ia merupakan satu amanah yang sangat besar. Saya berharap agar orang awam memberikan kepercayaan kepada saya selain dapat bersama-sama menjadikan Pertubuhan Kasih Neelofa ini sebagai platform untuk semua.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon berbakat besar, serta pelantun lagu hit Gatal, Janna Nick atau nama sebenarnya Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner dipilih antara 12 anak seni yang menerima anugerah Ikon Ekspresi Seni anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), yang berlangsung semalam. Menerusi laporan Utusan, Janna berkata dia tidak menyangka terpilih sebagai ikon dalam kategori pelakon dan mengganggap penghargaan itu sebagai satu suntikan semangat dalam mempersembah dan memperjuangkan bakat seni serta menghasilkan naskhah berkualiti tinggi.
Janna menyatakan penghargaannya meneusi hantaran di Instagramnya baru-baru ini. “Thank you juga@finasmalaysia kerana telah memilih saya sebagai IKON EKSPRESI SENI 2022”
“Saya akan terus berkarya dan menghasilkan produk seni berkualiti tinggi. Saya percaya, ini adalah suntikan semangat untuk saya dan anak seni lain terus memartabatkan industri perfileman tanah air,” ujarnya.
Janna ditemui selepas majlis penyerahan yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis perasmian penutup program Ekspresi@Finas di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Finas, Senator Datuk Seri Zurainah Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Dr. Md. Nasir Ibrahim.
Selain Janna, antara nama lain yang terpilih ialah sutradara Adrian Teh, Erra Fazira, Datuk Adi Putra, Datuk A. Aida dan Syamsul Yusof yang turut diangkat sebagai Ikon Ekspresi Seni untuk menghargai sumbangan mereka dalam dunia perfileman dan kreatif.
Sumber: UTUSAN
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Timberland, pemimpin global dalam reka bentuk, pembuatan dan pemasaran kasut premium dan pakaian kasual baru-baru ini memperoleh ilham bagi melahirkan cinta dan sayang bagi melawan kanser payudara. Bagi penggemar jenama ikonik yang terkenal dengan gaya kasual yang ranggi dan lasak ini pasti tidak akan melepaskan peluang memiliki koleksi but rona merah jambu yang istimewa ini.
Jenama yang terkenal dengan but original berwarna kuning asli sejak 1973 ini telah berkolabrasi bersama Susan G. Komen, dan melahirkan produk ikonik mereka yang ke-6 iaitu sepasang but kalis air rona merah jambu bagi menunjukkan sokongan terhadap program dan penyelidikan dalam melawan kanser payudara.
Di Malaysia, dianggarkan seramai 5,000 orang pesakit yang disahkan menghidap kanser payudara pada setiap tahun, manakala seramai 1.6 juta orang merupakan jumlah pesakit bagi seluruh dunia.
Kekuatan dan ketahanan but Timberland melambangkan kekuatan yang harus dimiliki oleh setiap pesakit dan juga ahli keluarga mereka. Dengan warna merah jambu terang, dalaman yang dicetak serta tali kasutnya yang berwarna merah jambu sudah pastinya akan menarik perhatian.
Timberland dengan bangganya memberi sokongan mereka terhadap Susan G. Komen di atas hasil kerja beliau di dalam mencetak logo di atas but bersama dengan kepingan logam yang terletak berhampiran kaki.
Sebagai tanda sokongan, Timberland telah menyumbang sebanyak 25,000 USD kepada Yayasan Susan G. Komen bersempena dengan kerja amal mereka. Manakala sepasang but bernilai RM899 dijual di Malaysia dan boleh didapati dia stokis Timberland di seluruh dunia.
Timberland mensasarkan produk gaya hidup di bawah Timberland® dan Timberland Boot Company® dan industri kasut dan pakaian di bawah jenama Timberland Pro®. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penampilan istimewa selebriti popular, Siti Saleha di majlis pelancaran Koleksi Aidiladha 2022, Hanami, Peneraju Tudung Bawal Sarung No.1 benar-benar telah meninggalkan momen indah.
Begitu sporting tampil berhijab di majlis tersebut, Siti Saleha begitu manis dengan penampilan sopan sebegitu.
Acara yang telah dihoskan oleh pengacara bertenaga Fiza Saad itu juga turut menggayakan koleksi terbaharu Hanami.
Koleksi Haruman Hanami Aidiladha 2022 ini menyediakan 32 corak berlainan dalam
potongan tudung sarung, bawal dan selendang.
Edisi Aidiladha Haruman Hanami ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad berinspirasikan daripada corak inspirasi Raudhah dan Kota Madinah (Nabawi) dan hadir bersama rekaan istimewa bersama sentuhan moden, turut digayakan dengan tudung sarung bawal dan selendang (shawl).
Sasaran Hanami adalah untuk memenuhi pasaran tempatan bersaing hebat dengan mempersembahkan koleksi yang praktikal dan mudah dipakai tetapi masih kekal bergaya di hari raya korban
nanti!
Majlis tertutup dan beramah mesra ini telah berlangsung di Four Points Kuala Lumpur Chinatown sebagai lokasi rasmi. Diharumkan oleh Bath And Bodyworks sebagai rakan kerjasama serta diaktifkan oleh Cycle Carriage selaku kereta rasmi!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.