Turun Padang Siapkan Tempahan, Minuman Sarang Burung DATIN FOUZIAH GOUS ‘Laku Keras’!

Bangkit daripada ‘waktu rehat’ yang panjang susulan wabak Covid-19, perniagaan Datin Fouziah Gous nampaknya kini kembali rancak memenuhi permintaan pasaran. Menerusi
perkongsian terbaharu jelitawan ini di Instagram, jelas menunjukkan kesibukan isteri Datuk Md Zhafran Md Yusof menyiapkan tempahan di samping pekerja. Sampai sanggup turun padang!

Bangga tengok wanita Malaysia yang juga selebriti dan pelakon berbakat besar ini mampu merencana bisnes sarang burung miliknya dengan begitu berjaya. Iyalah, siapa sangka bermula dengan hanya menjadi perunding pembinaan rumah sarang burung bagi pasaran Melayu… beliau akhirnya bergelar pengasas minuman kesihatan sarang burung dan meraih pendapatan lumayan.

Kalau dihitung permintaan dan sambutan yang diterima, penulis percaya jualan FG Walet mampu cecah sampai tujuh angka!

Lengkap memakai sut khas, sarung tangan, pelitup muka dan hidung serta topi penutup kepala, Datin Fouziah tekun membersihkan seberkas sarang burung bersama-sama pekerja. Mengakui tugas ini agak melecehkan namun beliau tetap komited demi memastikan produk sarang burung miliknya bersih dan selamat dimakan.

Kongsinya, “Due to high demands, jom kita kerja keras bersihkan sarang burung FG Walet! Yes all our premium range 100 percent by hand! Itu yang leceh dan berharga. Sebab itu juga orang tak jual 100 percent pure sebab untung sikit tapi kerja teruk! Apa pun niat dan kesabaran itu kena ada. InsyaAllah ikhlas bekerja dengan niat yang baik. Untuk memberikan yang terbaik buat semua, adalah matlamat saya.”

Dalam memberi kepelbagaian dan seleksi pilihan minuman FG Walet, Datin Fouziah turut menghasilkan perisa khas kurma dan madu sempena Ramadan Raya. Seperti biasa, sambutan yang diterima cukup memberangsangkan dan beliau turut tidak ketinggalan memberi sumbangan kepada para frontliners.

Murah rezeki!

Masih aktif sebagai hos rancangan dan menerima tawaran berlakon jika bersesuaian, Datin Fouziah bagaimana pun dilihat tetap mempunyai masa untuk mengurus dan memantau
perjalanan bisnes ini. Pastinya perniagaan berkenaan memberi kepuasan luar biasa sebab itu beliau sanggup bersusah-payah. Apa-apa pun, kagum dengan cara Datin Fouziah membahagikan masa di antara keluarga, kerjaya dan perniagaan.

Menelusuri perjalanan FG Walet, selepas berjaya melancarkan mesin inovasi minuman kesihatan pertama di Malaysia ketika Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) pada
April tahun lalu, Datin Fouziah turut meluaskan empayar niaga melalui kerjasama dengan Circle K Vietnam iaitu rangkaian kedai serbaneka terkenal yang mempunyai ratusan outlet di seluruh dunia sekitar bulan November 2019. Malah, pada penghujung tahun lalu pula beliau menerima penganugerahan The Asia Halal Brand Awards.

“Rasa cukup kerdil bila bersama brand yang cukup besar seperti KFC, Safi, Babas, Gintell, Coke, Berjaya Times, Soul Garden, LG, Seamaster, Tuppaware dan banyak lagi nama-nama besar yang gah. Alhamdulillah, terselit juga FG Walet antara mereka.

Thank you Jakim, HDC dan semua judges yang terlibat atas pemilihan yang besar makna buat kami untuk terus menjadi terbaik dan sekali gus mengangkat FG Walet ke satu tahap yang lebih tinggi! Yes, terbukti dengan pemilihan ini FG Walet adalah HALAL sekaligus telah dinobatkan sebagai THE BEST NUTRITION BIRDSNEST oleh Asia Halal Brand Award.”

Selain mengusahakan FG Walet, Datin Fouziah Gous juga menjalankan operasi sebuah pusat kecergasan muay thai. Moga tahun ini, perniagaan dan karier seni Datin Fouziah terus bersinar sekaligus menyuntik inspirasi kepada ramai wanita untuk turut sama berjaya.

Share
Published by
Suzi