Suatu ketika dahulu, nama pelakon Wardina Safiyyah cukup dikenali dalam industri seni lakonan tanah air. Paling diingati adalah lakonannya sebagai Misha dalam siri komedi Spanar Jaya. Bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 1997/98 ini juga turut aktif dalam bidang modeling dan pengacaraan, malah pernah membintangi beberapa buah filem.
Ads
Dan ketika namanya berada di puncak dan kemudiannya berkeluarga, Wardina memutuskan untuk berhijrah ke Australia membawa diri dan menyambung pelajaran pada tahun 2014. Sejak daripada itu nama Wardina dilihat jarang menghiasi dada akhbar mahupun media cetak dan elektronik, walaupun aktif di media sosial.
Kini meniti usia 43 tahun, pemilik nama Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot yang juga ibu kepada 3 orang cahaya mata ini tetap kelihatan anggun dan terserlah kejelitaannya. Wardina juga dikhabarkan aktif menjalani kehidupan sebagai seorang ahli profesional di sana.
“Alhamdulillah saya kini bertugas sebagai seorang ahli psikologi berdaftar di sebuah pusat kesihatan di Brisbane membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah mental termasuklah kanak-kanak autistik. Di samping itu, saya juga aktif dalam aktiviti sukarelawan sebagai seorang petugas sokongan krisis (crisis support worker) bersama LifeLine di mana saya memberikan sokongan kepada mereka yang mengalami krisis emosi seperti kemahuan untuk menamatkan kehidupan dan lain-lain isu secara atas talian. Its my dream job,” ujar Wardina kepada Nona.
Menurut Wardina lagi, kerjaya sebagai seorang ahli profesional cukup memberikan kepuasan buatnya. “Saya banyak menghabiskan masa meningkatkan diri dengan ilmu di samping menyambung pengajian post graduate dalam bidang pengajian autistik memandangkan saya banyak menghabiskan masa bersama-sama dengan kanak-kanak autistik.”
Walaupun pernah bergelar anak seni, Wardina mengakui kerap kali ditanya sama ada dirinya rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera namun jelasnya dia tidak terfikir langsung untuk kembali berlakon.
“HonestlyI don’t miss acting at all. Bidang seni adalah satu pengalaman hidup di mana babaknya sudah lama ditutup dan disimpan jauh buat selama-lamanya. Ia merupakan satu fasa hidup yang dah lama berlalu, namun saya hargai setiap satu momen yang mengajar saya untuk menjadi insan yang lebih baik.”
“Saya happy di sini bila tak ada siapa yang kenal kita. I live quite a simple and comfortable life here with my family. Ada yang bertanya bila mahu pulang ke Malaysia. For now, masih belum ada perancangan untuk kembali ke Malaysia. Lagipun suami pun bekerja di sini, he’s an architect. Anak-anak pun dah selesa. Do I miss Malaysia?Of course, Malaysia negara kelahiran saya. Tapi kita tak pernah tahu perancangan Tuhan kan? We’ll see..” ulas Wardina lagi.
Ads
Kini bahagia menetap di Brisbane, Wardina juga sempat berkongsikan perkembangan terkini berhubung anak-anaknya. “Amna Nafeesa yang kini berusia 19 tahun berada di tahun kedua Universiti of Queensland. Cita-citanya ingin menjadi seorang doktor haiwan. Azra Sareera pula berusia 16 tahun kini di tahun ke 10 dalam perancangan menamatkan pengajian International Baccalaureate (IB), dan Imran pula berada di tahun lapan di sekolah tinggi (high school).
Ads
Memasuki tahun kelapan hidup di Australia, Wardina juga bersyukur anak-anaknya mudah menyesuaikan diri di tempat orang. “Australia negara yang cukup bebas dan terbuka namun syukur anak-anak masih mampu mengawal diri, malah saya dan suami selalu tanamkan perasaan cintakan agama dan Islam. Malah mereka juga sangat berbangga dengan asal usul dan identiti mereka sebagai seorang Muslim serta tidak mengagungkan orang barat. Alhamdulillah, mereka anak-anak yang baik dan mudah dibentuk,” ujar Wardina mengakhiri temubual bersama NONA.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan wanita yang dilahirkan sebagai anak sulung perempuan Donald Trump ini. Ivanka Trump merupakan seorang usahawan wanita sebelum dilantik oleh bapanya menjadi penasihat kepada presiden di Rumah Putih.
Sewaktu membantu bapanya berkempen untuk piliharaya Amerika Syarikat baru-baru ini Ivanka telah mencuri tumpuan dengan penampilan yang stailo. Memiliki ketinggian 180cm sudah pasti apa sahaja yang disarung oleh wanita berambut perang ini cantik dan bergaya sementelah meminati bidang fesyen.
Baharu sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-11 bersama suaminya, Jared Kushner, serta kelihatan bahagia di samping 3 orang anak mereka. Walau bagaimanapun, kini Ivanka telah ‘kehilangan kerja’ di Rumah Putih ekoran bapanya kalah dalam piliharaya di tangan Joe Biden baru-baru ini.
Sewaktu bapanya menjadi Presiden di Amerika Syarikat, Ivanka telah berkhidmat dalam pentadbiran Amerika Syarikat dengan menjadi penasihat kepada bapanya serta bertanggungjawab kepada pendidikan dan memperkasakan ekonomi wanita dan keluarga sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan melalui latihan kemahiran dan keusahawanan.
Ke mana Ivanka bakal mengalihkan fokusnya selepas tidak berkhidmat dalam pentadbiran negara telah menjadi talk of the town. Namun, dengan jumlah kekayaan yang dianggarkan sebanyak USD800 million miliknya itu mungkin tidak menjadi masalah buatnya. Atau mungkin Ivanka akan pulang ke syarikat hartanah milik bapanya, The Trump Organization.
Ivanka juga aktif menulis buku dan hasil tulisannya pernah menjadi New York Time Bestseller. Antara hasil tulisannya adalah, The Trump Card, Women Who Work, Women Who Work: Rewriting the Rules for Success dan The Trump Card: Playing to Win in Work and Life.
Cantik-cantik blazer yang Ivanka Trump ni pakai kan, boleh juga cari inspirasi kat sini
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap tahun apabila tibanya musim haji pastinya ramai umat Islam yang akan pergi ke tanah suci Mekah bagi melaksanakan rukun islam yang kelima iaitu mengerjakan haji. Hanya insan-insan yang terpilih saja berpeluang menjadi tetamu Allah SWT dan kali ini giliran Dato’ Nurulhidayah menjadi antara umatNya mendapat peluang untuk mengerjakan haji.
Apa yang menariknya, Dato’ Nurulhidayah bukan sahaja ditemani suami tercinta, Dato’ Saiful Nizam, bahkan madunya Datin Bahazanariah dan ibu mertua Fatimah Hamid turut bersama-sama dalam perjalanan ini.
Seronoknya dapat mengerjakan haji bersama-sama insan tersayang dalam hidup. Walaupun hidup bermadu, Dato’ Nurulhidayah dan Datin Zana dapat menyesuaikan diri dengan baik dan mereka dilihat seperti adik-beradik. Tidak seperti kehidupan bermadu pasangan lain yang sentiasa berperang mulut untuk ‘merebut’ suami dan tunjuk siapa yang paling hebat.
Anak sulung kepada Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini turut berkongsi perjalanan mereka ketika berada di Mekah di laman instagram miliknya.
Nona mengucapkan semoga semua urusan kalian di sana dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur. Doa-doakan kami juga yang masih belum berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah SWT itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khabar kehamilan atlet ekuestrian negara, Quzandria Nur Mahamad Fathil, bukan lagi rahsia di kalangan peminat Sukan SEA 2017 kali ini.
Puteri tunggal milik Dato’ Seri Mahamad Fathil Dato’ Mahmood dan Datin Seri Zurina Zulkiflee itu khabarnya sanggup mengambil risiko meneruskan penyertaan selepas mendapat nasihat doktor.
Meskipun ini merupakan kehamilan pertamanya selepas melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan, Alessandro Zulkarnain Ciaramaglia pada tahun 2016, namun beliau tekad beraksi demi kecintaannya terhadap sukan ekuestrian.
Selepas cemerlang menyumbang emas dalam acara dressage berpasukan, Malaysia menampilkan dua wakil dalam acara individu, iaitu Qabil Ambak dan adiknya, Quzandria, dalam aksi yang menampilkan sembilan peserta mengambil bahagian.
Perhatian tertumpu kepada Quzandria kerana sedang mengandung lima bulan, namun masih mampu untuk mempamerkan persembahan bertenaga bersama kudanya, Rosenstolz.
Dia berjaya mencatat mata keseluruhan 152.029 untuk merangkul emas, sekaligus meraih emas kedua peribadi di temasya ini.
Selain aktif dalam bidang sukan ekuestrian, Quzandria juga terkenal dengan reputasi akademik yang membanggakan. Dia memiliki hampir segala yang diidamkan oleh wanita, dan terbaru… mengharumkan nama negara. Syabas!
Nona mendoakan agar Quzandria terus dikurniakan kesihatan yang baik, terutama sekali sepanjang menempuh tempoh kehamilan hinggalah melahirkan nanti.
Sedikit perkongsian di sekitar majlis resepsi perkahwinan mereka pada tahun lalu, berlangsung di Shangri-La Hotel dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan.
Quzandria juga memilih tema moden tradisional sebagai mengangkat martabat budaya Melayu dalam keluarga yang disifatkan oleh Dato’ Seri Mahamad Fathil sebagai ‘The International Family’.
Khabar duka yang disampaikan usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura mengenai pemergian isteri tercinta Akiko Okumura mengejutkan ramai pihak. Apatah lagi mereka baru sahaja membuat sesi siaran langsung bersama-sama di media sosial malam tadi ...