Tya Arifin, Farah Nabilah dan Kilafairy BERGABUNG Demi Misi Jana Pendapatan Wanita

Tiga selebriti wanita yang masing-masing sudah menceburi bidang perniagaan ini mahu berkongsi dengan semua wanita lain menikmati kejayaan bersama. Bagi merealisasikan impian ketiga-tiga artis jelita ini mereka akan menyertai siri jelajah Celebpreneur 2019 bermula 1 Mac ini di Holiday Villa Johor.

Masing-masing akan mengisi slot perkongsian berkongsi perjalanan mereka memiliki produk jenama sendiri sekali gus menggalakkan orang ramai serta peminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan bergelar stokis dan agen.

Tiga produk yang dimaksudkan ialah jamu Mutyarabeauty dihasilkan Tya, produk penurunan berat badan dan kecantikan kulit Kilafit (Kilafairy) dan cecair kolagen Fawaabeauty (Farah Nabilah). Siri jelajah Celebpreneur 2019 ini telah dianjurkan oleh A Klasse Essentials Sdn Bhd milik Asyraf Khalid yang ditubuhkan sejak hampir dua tahun lalu.

Menurut Asyraf, selain Johor mereka sudah merencana untuk menjelajah ke Pulau Pinang pada 8 Mac, Sabah (16 Mac) dan Sarawak (17 Mac). “Kita harap jelajah ini dapat buka peluang untuk golongan wanita khususnya bagi menjana pendapatan sampingan dengan menjadi agen mahupun stokis.

Tya, Farah dan Kilafairy akan diberi masa dalam sejam untuk berkongsi cerita dan perniagaan mereka. Saya akan menutup siri perkongsian ini dalam setiap siri jelajah yang dijadualkan,” kata Ashraf.

Tambah Tya Ariffin yang sedang hamil tujuh bulan anak kedua, dia berharap jelajah ini dapat jadi platform berkongsi peluang dan interaksi sekali gus menggalakkan golongan wanita membuat duit sampingan.

Share
Published by
Hamizatul Maizan