Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa menyemak dan memerhati ke dalam diri. Sentiasa bermuhasabah dan meningkatkan ketakwaan diri terhadap Allah SWT yang mencipta seluruh makhluk. Kita disuruh supaya sentiasa menyemak diri.
Justeru, tentu ada hikmah di sebalik bencana dan bala yang menimpa ini. Tentu ada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah. Yang kita tidak mengetahuinya. Jangan sesekali kita tersasar daripada landasan sebagai umat Islam.
Jika dilihat pada negara lain, keadaan serangan COVID-19 ini telah menyebabkan pesakit rela membunuh diri sendiri. Kerana itu, Islam mengajar kita beriman kepada qada’ dan qadar dari Allah. Baik takdir yang baik, mahu pun takdir yang buruk.
Berkali-kali kita ingatkan pada diri untuk percaya pasti ada sebab atau hikmah Allah di sebaliknya. Ini hanya satu persitiwa yang buruk pada ukuran manusia tetapi tidak buruk pada ukuran Allah. Seseorang yang menerima sesuatu keadaan yang tidak disukai akan lebih mudah ingat kepada Allah, membetulkan iman dan amal soleh serta memelihara diri daripada kemungkaran.
Mungkin atas kesenangan dan kelalaian kita selama ini, membuat kita lupa kepada-Nya. Oleh kerana itu para ahli hikmah berpesan, ujian keburukan adalah lebih baik daripada ujian kebaikan kerana peratusan yang lulus dalam ujian keburukan adalah lebih besar berbanding ujian kebaikan.
Marilah kita mengambil pengajaran dari segala kejadian yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Setiap ujian yang Allah berikan itu adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah SWT, selain mengajar kita untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman. Mengingatkan kita tentang kelemahan insan. Bala bencana ini memberi kita beberapa pengajaran:
Semoga kita semua diberi perlindungan-Nya dan bumi ini kembali sembuh dari bencana wabak COVID-19. Marilah kita sama-sama kembali kepada Allah, tunduk serta merendahkan diri, berdoa, bertawakal dan beristighfar kepada-Nya. Kiffy Razak
This website uses cookies.