Krim tabir suria mempunyai kandungan SPF (skin protection factor) terbaik untuk menyelar terikan cahaya matahari menembusi kulit secara terus. Dengan sapuan krim, sekurang-kurangnya anda melindungi kulit daripada kesan penuaan, kemerahan dan kanser kulit.
Kini kebanyakan produk kosmetik dan penjagaan wajah dilengkapi SPF bagi memberi nilai tambah kepada pengguna. Namun krim tabir suria yang sebenar tetap merupakan pilihan terbaik untuk digunakan dalam rutin harian anda.
8 LANGKAH MUDAH
Gunakan satu sudu besar krim (sekurang-kurangnya SPF 25) ke serata wajah dan tubuh badan. Anda boleh menggunakan krim tabir suria yang senang meresap ke dalam kulit dan mempunyai tekstur lebih halus.
Krim pelembap dengan SPF ini juga penting sekiranya anda bekerja di tempat yang sentiasa dikelilingi penghawa dingin. Walaupun tidak terkena pancaran cahaya matahari, kulit anda lebih mudah menjadi kering.
2. Elakkan krim terus ke wajah
Picitkan kuantiti krim yang diingini pada telapak tangan. Jangan biasakan memicit sejumlah besar krim secara terus ke wajah. Sapu dengan perlahan supaya krim ini mudah meresap ke dalam kulit secara sekata.
Cuba bayangkan bagaimana krim SPF anda nak meresap ke dalam kulit sekiranya ia diletakkan secara direct pada wajah, tentu bercapuk nanti!
3. Krim SPF dulu, baru krim pelembap
Pastikan kulit wajah bersih dan kering terlebih dahulu. Sapuan tipis krim tabir suria pada wajah dan biarkan seketika sehingga ia meresap. Kemudian, oleskan krim pelembap. Lebih mudah sekiranya krim pelembap anda sudah mempunyai SPF yang sesuai utnuk kulit wajah.
4. Gunakan setiap hari
Krim tabir suria perlu digunakan setiap hari. Bukan seminggu sekali seperti anda skrub wajah. Anda terdedah kepada cahaya matahari, malah cahaya dari komputer dan skrin telefon juga boleh menembusi jauh ke dasar kulit, menggalakkan kesan penuaan lebih awal.
Malah, anda juga digalakkan menyapu krim ini setiap dua jam sekali agar ia dapat membantu penjagaan kulit dengan lebih baik.
5. Sebelum bertemu matahari
Krim tabir suria yang mengandungi kimia memerlukan masa untuk meresap ke dalam kulit dan berfungsi dengan baik. 20 minit sebelum anda keluar rumah, sapu krim terlebih dahulu.
6. Gunakan zinc oxide untuk pelindung matahari
Zinc oxide dan titanium dioxide adalah mineral yang boleh melindungi sinaran UV menembusi kulit, membolehkan ia berfungsi lebih cepat berbanding krim tabir suria yang mempunyai bahan kimia di mana ia perlu diserap untuk menukar cahaya kepada tenaga haba pada kulit.
7. Ulangi sapuan setiap 2 jam
Terdapat krim tabir suria yang kadangkala bersifat tidak stabil apabila terdedah kepada matahari. Jadi anda perlu mengoles kembali setiap dua jam agar kulit sentiasa dilindungi, sama seperti membersihkan mulut!
8. Touch-up dengan solekan mineral
Jika anda keluar untuk makan tengah hari, aplikasi krim pada awal pagi sudah tidak relevan. Untuk touch-up, gunakan bedak yang menggunakan asas mineral dengan SPF. Kebanyakkan zinc atau titanium dioxide mempunyai SPF 18 atau 20.
This website uses cookies.