Meraikan ulang tahun GUESS Watches ke-40, jenama jam tangan fesyen terkemuka ini terus unggul dengan mengembalikan nostalgia melalui 4 trend jam ikonik yang meninggalkan kesan mendalam buat pencintanya.
Dilahirkan pada tahun 1984, generasi zaman millennial tentu sangat mengenali jenama jam tangan GUESS yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu.
Ads
Cukup terkenal di seluruh dunia, jenama ini dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-40 sebagai perintis unggul dalam revolusi jam tangan fesyen yang timeless!
Jam dengan ‘jiwa’ tersendiri. Bagi pencinta jam GUESS, ia bukan sekadar alat penunjuk masa semata-mata tetapi simbol aksesori bergaya yang ikonik.
Sepanjang 40 tahun lalu, terdapat beberapa trend yang dipelopori oleh GUESS Watches dan masih relevan sampai ke saat ini.
CETAKAN HAIWAN
DENIM
LOGO
GLAMOR
Masih ingat lagi koleksi jam GUESS cetakan harimau yang berani? Atau koleksi tali jam denim yang lasak untuk penggemar punk rock dan koleksi motif logo G yang ikonik? Paling manis, koleksi jam dengan tatahan batu-batuan mewah yang glamor seperti mengimbau kenangan membesar bersama yang sukar dilupakan!
“GUESS Watches lebih daripada sekadar jam tangan – ia adalah satu kenyataan gaya dan keperibadian. Sempena ulang tahun ke-40, kami berbangga untuk mengembalikan semula trend-trend ikonik yang telah mentakrifkan jenama jam GUESS dan memberi inspirasi kepada generasi peminat fesyen,” ujar Naib Presiden Pemasaran Global GUESS Watches, Ann Marie Santo.
Ads
KOLEKSI KAPSUL
Menggabungkan reka bentuk terkini dan kejuruteraan yang tepat, jam tangan ini mewakili kemuncak kesenian horologi.
Dengan setiap koleksi, GUESS Watches mengajak pemakainya untuk mengekspresikan gaya unik mereka serta memberi keyakinan diri di mana-mana sahaja.
Koleksi Kapsul Edisi Khas Ulang Tahun ke-40 yang dinanti-nantikan ini akan dilancarkan secara rasmi pada musim luruh 2024.
Ads
Memperkenalkan semula siluet signature yang dinamakan ‘ICONIC 40th’, ia direka khas dengan ciri multi-fungsi yang dinamik sebagai penyata masa yang bergaya.
Case logam kitar semula menyerlahkan inovasi pelapisan unik dengan tatahan batu, manakala dial embossed diperincikan dengan butiran simbolik halus pada angka jam 4 sebagai tanda ulang tahun penting ini.
Paling berharga, bahagian belakang jam diukir khas dengan rona merah ikonik bagi memperingati ulang tahun ke-40 keunggulan GUESS Watches.
Koleksi edisi khas ini ditawarkan bersama kotak eksklusif, cukup sesuai dijadikan koleksi simpanan termanis untuk setiap peminat jam tangan.
Abadikan koleksi Kapsul Edisi Khas Ulang Tahun ini sekarang, kini boleh didapati di butik GUESS terpilih, pengedar sah jam GUESS di seluruh negara serta secara online di GUESS.my.
Wah, meriah bisnes busana Zakiah Anas kebelakangan ini! Lagi-lagi Hari Raya bakal tiba tak lama lagi, tiap hari makin ramai yang serbu booth jualan personaliti cantik tersebut. Sampai tak menang tangan Zakiah dibuatnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, bekas pengacara program 999 ini mula berniaga koleksi busana kurta dan blaus wanita sejak awal Ramadan lagi.
Difahamkan gerai jualan Anaz by Zakiah Anas berkenaan dibuka di ruang Busana Mara, Menara Mara, Kuala Lumpur. Memang happening berniaga dekat sana!
Dua tahun perniagaan baju miliknya tidak dapat beroperasi seperti biasa akibat penularan Covid-19, tahun ini Zakiah dan suami serta anak-anak kembali sibuk melayan pelanggan setia mereka.
Dedah Zakiah dalam salah satu postingnya, “Demi kepuasan pelanggan kami membenarkan fitting pakaian di booth. Tapi jangan khuatir setiap kali selesai kami melayan pelanggan, sanitiser akan disembur pada pakaian terbabit. InshaAllah pematuhan SOP dititikberatkan di booth Anaz byZakiahAnas.”
Seronok tengok bisnes baju Zakiah Anas makin maju. Alhamdulillah.
Biarpun sudah lama meninggalkan program 999 namun aura Zakiah masih terkesan di hati penonton hingga sekarang. Malah, kejelitaan wanita ini juga menjadi bualan dan macam tak makan dek usia!
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen tetapi kini Zakiah Anas dilihat lebih selesa menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi anjuran syarikat swasta dan kerajaan serta terbabit dalam suara latar (voice over) untuk pelbagai program.
Tidak hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, figura yang sudah melewati usia 50 tahun ini juga kekal sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.
Zakiah selamat bergelar isteri kepada Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012. Diam tak diam hampir 10 tahun pasangan ini hidup bersama. Semoga perniagaan Zakiah makin sukses dan menjadi usahawan berjaya kelak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali lagi nama negara harum di mata dunia. Kali ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diberi penghormatan menerima anugerah dari Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) International Medal 2021 sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang pembedahan perubatan di Malaysia.
Berita tersebut turut dikongsikan oleh koresponden TV3, Haliza Hashim melalui hantaran di laman Instagram miliknya.
Malah, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada beliau sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang pembedahan perubatan di Malaysia.
Turut menzahirkan ucapan tahniah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut catatan di akaun Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas penganugerahan tersebut yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Penganugerahan tersebut membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa,” menurut hantaran itu.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Dr Noor Hisham dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kecemerlangan yang berterusan.
Dr Noor Hisham menerima anugerah tersebut daripada Presiden RSCEd Prof Michael Griffin pada majlis santapan malam bagi memuliakan keberangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, felo terhormat RSCEd yang juga Canselor Diraja Universiti Kebangsaan Malaysia.
Turut berangkat pada majlis itu Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Untuk rekod, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima anugerah utama dalam pengiktirafan Nona Superhero Award 2021 yang lalu.
Sumber: Utusan Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemergian yang dicemburui, kebaikannya disebut-sebut dan urusan wafatnya dipermudahkan. Mungkin itulah bahagian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang menghembuskan nafas terakhir selepas tiga hari ditidurkan akibat komplikasi jangkitan COVID-19.
Wafat dalam keadaan yang baik (husnul khatimah) menjadi impian setiap mukmin. Nona tertarik berkongsi pengalaman seorang pegawai perubatan kerajaan, Dr Mohammad Aiman Hazim yang terlibat secara langsung di unit COVID.
Pengalaman beliau yang berdepan pelbagai situasi melibatkan pesakit COVID-19 termasuk ramai ibu hamil benar-benar menyedarkan betapa kematian itu sangat pasti dan dekat dengan kita.
“Kisah Allahyarhamah Siti Sarah bukanlah yang pertama dan bukanlah yang terakhir. Kami yang bekerja di hospital terutama yang merawat secara terus pesakit COVID-19 telah melihat ratusan ibu mengandung yang dimasukkan ke hospital kerana wabak pandemik ini malah puluhan yang terpaksa dikejarkan ke ICU.
Cuma mungkin Allah ingin memuliakan beliau dengan mengangkat kisah ini tular sebagai satu peringatan kepada kita bahawa komplikasi COVID-19 itu benar.
COVID-19 di sebalik kehamilan ini sangat sukar. Sukar untuk diceritakan. Keluarga tidak boleh berjumpa. Komplikasi bayi pramatang sudah pasti akan berlaku apabila ibu hamil positif COVID-19 terpaksa menjalani pembedahan semasa proses melahirkan bagi mengelakkan risiko yang lebih serius.
Anak dan ibu diasingkan. Suami dipisahkan. Hanya dapat menelefon dari kejauhan bertanya… ‘Doktor, isteri saya bagaimana?’ Hanya suara anak-anak kecil kedengaran di corong telefon menangis bila boleh berjumpa dengan ibu?
Sukar, sangat sukar.
Banyak kisah yang tidak ditularkan tetapi kita di hospital tahu kisah ini bukan pertama. Ada yang kematian ibu dan ayah tercinta. Ada adik-beradik yang meninggal walaupun usia muda dan tiada penyakit.
Trend terkini ramai pesakit yang muda-muda bawah 40-an mula menempah masuk ke wad-wad memerlukan bantuan oksigen.
Berada di sebalik wad COVID-19 mengajar kepada diri ini, bahawa Allah adalah tempat kita berserah. Selain berusaha dengan beriktiar dengan cara yang ada.
Persiapan terhadap segala kemungkinan sangat perlu terutama yang mengejut sewaktu pandemik.
Beramal dan bertaqwalah. Cukuplah kematian itu sebagai peringatan buat kita bersama.
Kita pasti akan menyusul.
Alfatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
Semoga perkongsian Dr Aiman Hazim ini meningkatkan kewaspadaan kita terhadap betapa berisikonya penyakit COVID-19, sekaligus melindungi diri serta ahli keluarga daripada jangkitan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...