Kalau boleh, semua benda dia hendak buat! Itulah perwatakan usahawan yang juga ibu kepada empat anak, Vivy Sofinas Yusof. Bakal meniti usia 35 tahun pada Disember nanti, Vivy bukan hanya berbakat dalam bidang keusahawan tetapi juga penulisan.
Sebelum dikenali sebagai pengasas FashionValet dan The dUCk Group, isteri Fadza Anuar ini sudah pun ‘popular’ menerusi blog miliknya Proudduck. Tak dinafikan melalui penulisan, Vivy berjaya mengembangkan perniagaan serta menjadi sumber inspirasi ramai golongan wanita untuk sukses sepertinya. Tahniah!
Berpeluang bertemu wanita hebat ini ketika pelancaran butik dUCk terbaharu di Pavilion baru-baru ini, peribadi Vivy yang mesra dan menyenangkan tetap sama seperti pertama kali penulis bertemu dengannya.
Ditanya mengenai naskhah sulung yang bakal diterbitkan tidak lama lagi, Vivy dalam nada teruja berkongsi cerita.
“Saya mula all this from my blog. Memang dari dulu saya suka menulis. Even masa nak naikkan FashionValet dan dUCk pun saya update blog selalu dan pernah ada column sendiri untuk beberapa surat khabar. Pendek kata minat menulis sentiasa ada sampai sekarang.
Nak dijadikan cerita, waktu tu kami baru sambut FashionValet 10th birthday. Terus saya fikir what if I write a book, 10 years about up and down being entrepreneur sebab ramai orang tanya dan DM tentang macam mana saya handle kerjaya dan anak-anak, kekal positif walau kena kecam dan sebagainya.
Jadi saya rasa, patut untuk berkongsi perjalanan saya selama 10 tahun tersebut memandangkan ramai yang nak tahu dan lalui benda sama. Dalam buku tu saya cerita semua yang berlaku. Macam mana saya bermula, dari mana idea FashionValet tu datang, apa cabaran dan kesilapan yang dah saya buat, macam mana cari invester.
Semua baik buruk yang berlaku saya curahkan dalam buku tersebut. Saya buat kesilapan dan saya tak nak orang lain ulangi kesilapan sama. Buku ini bukan success story. Just a sharing sebab perjalanan saya sebagai usahawan masih jauh.”
Difahamkan, Vivy mengambil masa lebih setahun untuk menyiapkan karya sulungnya yang mempunyai 200 muka surat dan bakal diterbitkan oleh Penguin Sea.
“Kalau fokus, tiga bulan dah boleh siap. Tapi sebab kerja, pregnant dan lahirkan Idris, dah jadi setahun setengah. Saya rasa menulis buku ni antara benda paling susah yang saya lalui sebab kita kena ingat balik memori susah senang dulu, kena recall dan check email lama.
I did it! Alhamdulillah. Ada usahawan minta orang tulis buku untuk dia tapi tidak saya. Writing is my thing, so I want to write. Saya sendiri yang tulis setiap perkataan sebab tu ambil masa yang lama sedikit. InshaAllah buku tu akan launch bulan Disember. Hopefully akan bagi manfaat kepada ramai orang.”
Moga niat murni Vivy Yusof ini terus menjadi kekuatan dan sumber inspirasi buat kaum wanita untuk terus berjaya.
This website uses cookies.