Ummi Nazeera Tunai Janji Belajar Masak Lepas Kahwin & Kongsi Resipi Sihat Chicken Cheese Tomato

Dahulu ketika sebelum berkahwin Ummi Nazeera pernah menyatakan dalam sebuah sesi interview dengannya untuk belajar masak selepas berkahwin, nyata ummi telah mengotakan janjinya masak suami.

Dalam temubual terdahulu apabila diajukan tentang menyediaakn juadah berbuka puasa, katanya,”Secara jujurnya saya jarang sekali masak apatah lagi menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga. Memandangkan saya bakal berkahwin tidak lama lagi InsyaAllah, saya akan ambil kelas memasak.

Namun, amalan saya sejak dahulu lagi sehingga sekarang, setiap kali tiba masa berbuka puasa hari pertama pasti bersama-sama keluarga. Kami sekeluarga akan berhimpun berbuka puasa di kediaman ibu.

Sebagai orang Pantai Timur sudah semestinya masakan Ikan Singgang air tangan bonda tercinta menjadi kegemaran saya. Tidak lengkap sajian berbuka puasa jika tidak ada Ikan Singgang ini. Saya sudah belajar masak Ikan Singgang yang menjadi resipi turun temurun keluarga kami. Biskut cornflake juga merupakan kepakaran ibu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga,”.

Baru-baru ini Ummi Nazeera ada berkongsi cara penyediaan Chicken Cheese Tomato dan Pengat Labu sebagai juadah berbuka puasa. Ummi juga ada kongsi masak pasta. Jom kita tengok cara Ummi masak. Seronok tengok suami Ummi makan dengan penuh selera.

Pengertian Ramadan bagi Ummi? “Ramadan adalah bulan penuh rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat dalam bulan-bulan lain. Pintu-pintu syurga dibuka dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.

Ramadan juga merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu dan perasaan tamak. Bagi saya bulan Ramadan sangat istimewa buat seluruh umat Islam kerana setiap amalan dan perbuatan dijanjikan ganjaran berganda.

Begitu beruntungnya bila kita sebagai umat Islam dapat manfaatkan momen ini sebagai ladang pahala. Saya juga mengambil peluang untuk memperbaiki diri pada bulan mulia ini. Pada bulan ini saya akan kurangkan jadual penggambaran dan akan memenuhi masa ke kelas agama dan kerohanian.

Bulan puasa juga kadang-kadang dilabel sebagai bulan pesta makanan kerana terdapat banyak tempat menjual makanan seperti di bazar Ramadan. Sebut apa sahaja makanan pasti mudah diperolehi.

Pemakanan sihat ketika berpuasa tidak jauh beza dari pemakanan sihat di luar bulan puasa. Prinsip sama digunakan iaitu pemakanan sihat yang seimbang. Apa yang sering saya amalkan adalah berhenti makan sebelum kenyang.

Jika makan di meja bufet saya hanya akan ambil apa yang hendak makan sahaja. Saya juga akan kurangkan hidangan makanan seperti amalan harian biasa,” kongsi ibu kepada Ayra Aneesah ini.

Share
Published by
Hamizatul Maizan