Genting Highlands cukup terkenal sebagai taman tema keriangan dan lokasi percutian popular di kalangan mereka yang sukakan suasana sejuk dan mendamaikan. Dikelilingi landskap semula jadi dan sering menjadi tumpuan pelancong dalam serta luar negara, pembinaan Best Western Premier Ion Delemen (BWP Ion Delemen) di puncak pusat peranginan ini menghidangkan lokasi percutian mewah penuh eksklusif.
Sejak dibuka kepada umum pada penghujung April lalu BWP Ion Delemen tidak pernah sunyi menerima kunjungan tetamu. Pembinaannya di atas tanah seluas 10.2 ekar dan berada pada ketinggian 6, 000 kaki di atas paras laut menerbitkan pemandangan indah buat pengunjung.
Tambahan pula, panorama hotel yang diselaputi awan dan tiupan bayu dingin bersandarkan struktur bangunan serba moden menyerlahkan nilai eksklusif hotel milik Ion Delemen Hospitality Sdn Bhd yang juga anak syarikat Kumpulan Syarikat NCT ini. Apa yang pasti, pelancong yang menginap dan gemar meneroka persekitaran alam menghijau bakal terpukau dengan keindahan di sini.
Lebih membanggakan, pengurusan hotel yang dikendalikan Ion Delemen pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Salah satunya, Seni Bina Hotel Terbaik Malaysia 2015-2016 dan Pembangunan Perumahan Bertingkat Tinggi Terbaik Malaysia 2015-2016.
Hotel berkonsepkan resort yang mempunyai 246 bilik deluxe dan suite dengan pilihan satu, dua atau tiga bilik tidur ini merupakan satu-satunya hotel yang dibina di Genting Highlands dengan kemudahan perhotelan berskala besar. Sambil menginap, anda juga dapat menjamu selera di rangkaian restoran yang ada selain melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.
Antaranya, kesediaan fasiliti gimnasium, sauna, kolam renang yang dilengkapi sistem pemanas termasuk lapangan untuk sukan mencabar seperti flying fox dan taman permainan kanak-kanak.
Di sebalik simbolik nama hotel yang diambil daripada konsep Feng Shui, kehadiran rangkaian hotel terbesar dunia ke Genting Highlands ini juga menjadi mercu pelancongan hebat negara apatah lagi dengan pembukaan 20th Century Fox World dan Genting Highlands Premium Outlet.
Ulasan terperinci tentang BWP Ion Delemen telah Nona lampirkan dalam edisi Oktober 2017. Di samping dapat dijadikan rujukan untuk melancong, anda juga mungkin menjadi salah seorang pemenang yang kami cari untuk membawa pulang baucer penginapan 2 hari satu malam berserta sarapan pagi untuk dua orang di sini. Jadi, dapatkan majalah Nona di pasaran sekarang dan hantarkan butiran diri berserta jawapan yang lengkap.
Semoga berjaya!