Gaya Hidup

Umrah Pertama Sebagai Seorang Ibu, Mira Filzah Rai Anniversary Di Tanah Suci

Dukung anak sambil tawaf menjadi kenangan umrah pertama sebagai seorang ibu paling manis buat Mira Filzah, yang turut meraikan anniversary perkahwinannya di Tanah Suci.

Menerusi perkongsian aktres dan pengacara popular tersebut, ini adalah kali pertama dia mengerjakan ibadah umrah bersama anak lelakinya, Wan Khair Amir yang berusia dua tahun.

Malah, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, menerusi hantaran foto memperlihatkan dia berada di depan Kaabah memaklumkan, mendukung anaknya ketika proses tawaf bukanlah perkara yang mudah namun, ia juga tidak menjadi beban untuknya.

Instagram @mfmirafilzah

 

Instagram @mfmirafilzah

 

Instagram @mfmirafilzah

 

“Completed our umrah. Alhamdulillah. First time bawa Amir. Nak Mama dukung je, jadi Mama lah dukung sambil tawaf 7 kali. Not complaining. Syukur, alhamdulillah for everything,” kongsinya.

Turut menemani Mira ke tanah suci ialah suaminya, Wan Emir Astar. Keluarga kecil ini berkesempatan menunaikan Umrah ambil melawati pelbagai tempat kebudayaan serta bersejarah di Arab Saudi.

Dukung anak sambil tawaf pastinya menjadi kenangan umrah pertama sebagai seorang ibu paling manis buat Mira Filzah, yang turut meraikan anniversary perkahwinannya di Tanah Suci.

Menyifatkan perasaan mengerjakan Umrah kali ini adalah yang paling seronok, Mira bagaimanapun bersyukur kerana suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar banyak membantunya dalam menjaga anak terutamanya ketika dia keluar untuk mengerjakan solat sunat.

ANNIVERSARY

Terbaharu, Mira memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya di mana dia dan suami meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4 di Tanah Suci.

“It was an unforgettable journey of faith, love, and togetherness on our wedding anniversary.”

Biarpun tampil dengan wajah polos sepanjang menunaikan ibadah umrah, Mira tetap kelihatan berseri dan manis. Jom tengok trip Mira Filzah di bawah ni…

 

Selain menunaikan ibadah di Mekah, pasangan ini turut menjejakkan kaki ke Revealation Exhibition di mana ia adalah tempat pameran berteknologi tinggi untuk orang ramai mengetahui lebih lanjut mengenai kisah-kisah nabi.

Tidak ketinggalan, melawati Historic Jeddah yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, menikmati aneka makanan tempatan lazat di AlSaedei Bakery serta sebagainya.

Untuk info, Mira Filzah dan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar sah bergelar suami pada 3 September 2020.

Wan Emir Astar yang merupakan seorang artikek adalah anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir yang kini berusia dua tahun.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/ibu-anggun-usia-56-penjawat-awam-berdedikasi-dato-sri-suriani-ahmad-kini-ksu-kkm/

Share
Published by
Norzalina