Kanak-kanak adalah generasi masa depan dan kesihatan mereka harus sentiasa dilindungi agar mereka dapat mencapai potensi sebenarnya.
Ads
Inilah yang mendorong jenama farmaseutikal Appeton melancarkan pembungkusan baru rangkaian ‘A-Z Vitamin C’ bersama duta jenamanya, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar.
Sebagai satu-satunya rakyat Malaysia ke angkasa lepas, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar adalah jurucakap terbaik untuk Kempen Dream Big A-Z Vitamin C Appeton. Pengalaman beliau yang bekerja keras untuk menjadi seorang doktor tanpa melepaskan impiannya untuk menjadi seorang angkasawan boleh menjadi inspirasi terbaik pada golongan cilik.
Ceritanya sewaktu kanak-kanak, beliau sentiasa terpesona dengan dunia angkasa lepas yang menakjubkan. Mujurlah ibu bapanya menyokong dari awal lagi, mereka memupuk minat, memberi galakan serta memastikan zaman kanak-kanaknya sihat.
“Kini sebagai seorang bapa kepada empat cahaya mata, saya pula berusaha agar anak-anak saya sihat dan dilindungi, supaya mereka dapat keluar dan mengenali segala perkara yang ditawarkan oleh dunia.
Maka apabila Appeton berbincang dengan saya mengenai kempen ini, saya terus berkata ya. Jadi saya berharap penglibatan saya dalam Kempen Dream Big Appeton akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk ‘memiliki impian besar’, serta mengingatkan ibu bapa agar memastikan mereka sentiasa sihat dan dilindungi. Siapa tahu suatu hari nanti, mereka juga dapat mencapai bintang-bintang!” ujarnya.
Ads
Acara pelancaran di Damansara itu menyaksikan ibu bapa dan anak-anak menyertai pelbagai permainan pentas, kuiz, seni pasir, seni dan kraf serta teka-teki abjad. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan dua orang anak perempuannya turut dipaparkan dalam iklan TV serta papan iklan Dream Big Appeton di sepanjang lebuh raya terpilih di seluruh Malaysia. Norzalina Mohd Alias
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buntu memikirkan masalah, yang lelah menjadi resah, yang difikir-fikirkan akhirnya memakan diri. Selain pakar, tak siapa yang faham bila seseorang dalam kemurungan, stres, skizofrenia malah pelbagai lagi penyakit berkaitan kesihatan mental, justeru penting untuk menanganinya di saluran yang betul.
Salah satu cara terbaik untuk mendapatkan bantuan atau sokongan berkaitan kesihatan mental adalah bercakap dengan individu yang pakar tentangnya. Nona tertarik berkongsi nombor telefon bantuan krisis MIASA yang terbaharu iaitu 1800-1800-66 sepanjang 24 jam, 7 hari seminggu.
Masalah kesihatan mental dan tekanan emosi telah menjadi isu kesihatan awam yang semakin penting, terutamanya setelah wabak COVID-19 melanda negara.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat 10 September 2022, kes bunuh diri di negara ini meningkat 81 peratus dengan 1,142 kes dilaporkan 2021 berbanding 631 kes pada 2020.
Bagi 2022 pula, sejumlah 467 kes bunuh diri telah dilaporkan oleh PDRM sehingga bulan Jun.
Sebagai inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan dari sudut kesihatan mental, Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) ditubuhkan pada Oktober 2021 dengan visinya untuk menjadi peneraju dalam pendidikan kesihatan mental dan menyokong orang yang mengalami gangguan kesihatan mental.
Jelas MIASA dalam sebuah kenyataan, antara Januari 2023 hingga April 2023, sebanyak 1,923 panggilan dibuat ke talian hotline dan 5,021 panggilan dibuat ke talian pejabat dan nombor MIASA yang lain.
Selain itu, kira-kira 9,936 orang menghubungi organisasi untuk mendapatkan bantuan merentas semua platform lain dalam tempoh masa yang sama.
Dengan kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD), MIASA melihat perlunya untuk memindahkan sistem talian bantuan kepada sistem yang baru untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka yang bergelut dengan isu dan cabaran kesihatan mental serta rakyat Malaysia secara amnya.
Dengan sistem yang lebih komprehensif dan menyeluruh ini, perkhidmatan krisis telah diberi nombor baru yang diharapkan lebih mudah untuk diingati dan dihafal.
“Apabila seseorang dalam situasi krisis, mereka ingin mendapatkan bantuan secepat yang mungkin, maka kami menasihatkan agar nombor talian krisis ini disimpan dalam senarai kenalan agar mudah untuk diakses sewaktu kecemasan atau menghafalnya terus.” Anita Abu Bakar, Presiden dan Pengasas MIASA
Paling penting, dengan adanya sistem baru ini, Pasukan Krisis daripada MIASA dapat memberi sokongan kepada pemanggil dengan lebih baik melalui operasi yang lebih lancar dan tindak balas yang lebih pantas.
Dikendalikan oleh lebih daripada 150 orang sukarelawan terlatih, Talian Bantuan Krisis MIASA menjawab panggilan menggunakan bahasa Inggeris dan Melayu.
Sesiapa sahaja yang memerlukan seseorang untuk bercakap semasa menghadapi krisis atau untuk mendapatkan sokongan emosi boleh menghubungi talian bantuan ini pada bila-bila masa, kerana ianya beroperasi 24 jam sehari, setiap hari.
“Krisis boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Jadi, adalah penting untuk kita menyediakan bantuan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan dengan cara yang mudah untuk mereka capai.
Adalah menjadi harapan kami agar mereka yang bergelut dengan isu kesihatan mental akan mendapatkan bantuan dan mendapatkan sokongan daripada sukarelawan kami di talian bantuan krisis MIASA.” Anita Abu Bakar
Talian Bantuan Krisis MIASA boleh dihubungi di 1800-1800-66 mulai 1 Jun 2023, 24/7.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebanyak 14 produk kraf Malaysia yang dihasilkan pelbagai etnik akan diketengahkan pada Minggu Kraf London (LCW) yang dijadualkan pada 6-14 Mei 2023 bertempat di High Commission of Malaysia, 45 Belgrave Square, London SW1.
KDYMM Seri Paduka Raja Permaisuri Agong menerajui pameran tersebut bertitah dua daripada produk kraf tersebut daripada Negeri Terengganu iaitu songket dan telepuk, satu dari Negeri Pahang iaitu anyaman dari orang asal dan dua dari Negeri Sabah produk kraf dari ribu-ribu.
Terdapat juga hasil produk kraf Negeri Sarawak terdiri daripada anyaman, tenunan dan keringkam Sarawak. Juga tidak ketinggalan produk kraf Negeri Selangor yang unik dari Mah Meri.
KDYMM Seri Paduka Raja Permaisuri Agong juga merupakan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja bertitah selain mempamerkan hasil produk kraf, tujuh usahawan kraf akan dibawa ke pameran yang bertemakan “Malaysia’s Heritage Crafts” untuk menjalankan aktiviti demonstrasi kraf.
Baginda juga bertitah: –
“Prograam ini akan membuka peluang kepada para pengusaha kraf untuk berkolaborasi dengan pereka antarabangsa dan gedung ternama serta galeri.
“Kita berharap agar ia juga dapat mengetengahkan seni dan budaya setiap etnik di Malaysia melalui “craft language”.
Moga Seni Kraf Malaysia terus dilestarikan dibawah naungan Raja Permaisuri Agong.
Sumber: Yayasan Tenun Pahang Diraja
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang bahagia melihat keakraban Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh. Seperti kebiasaan, setiap kali tibanya ulang tahun kelahiran isteri tercinta pasti ada sahaja kejutan yang dibuat suami penyayang berkenaan. Terbaru, sempena kelahiran aktres jelita ini yang ke-25 pada 13 Mac lepas… Datuk Paduka Kaiser telah mengadakan satu kejutan romantis untuk menyambut birthday Datin Paduka Eina di Dinner In The Sky!
Momen itu dikongsikan Datin Paduka Eina di laman Instagram miliknya. Namun apa yang menarik perhatian warganet ialah telatah lucu ibu kepada sepasang anak kembar ini ketika dipimpin suami tersayang ke tempat yang dituju. Dengan keadaan mata ditutup sambil berjalan memakai kasut tumit tinggi, mulut Datin Paduka Eina tidak berhenti bercakap.
Lebih mencuit hati apabila beliau mula mengetahui perancangan Datuk Paduka Kaiser. Tidak henti-henti ‘membebel’ dan memberi amaran manja kepada suami, beliau bagaimanapun berjaya dipujuk untuk menikmati hidangan makan malam penuh romantis di awangan sambil menyaksikan panorama indah ibu kota.
Kongsi Datin Paduka Eina, “The unforgettable birthday surprise dinner from my husband. Even though he knows I’m afraid of height, he still gagah bring me over here for different type of dinner experience. Touching and flattered ada.. scared pun ada! Thank you sayang for the surprise dinner at the sky.. “Definitely” one of a kind. My eyes didn’t even look elsewhere.. just FOCUS to you (scared punya pasal) but no matter what I enjoyed it.”
https://www.instagram.com/p/B9tHgxlD0N_/
Selain makan malam romantis, ulang tahun kelahiran Datin Paduka Eina Azman turut diraikan bersama keluarga dan kenalan rapat. Beliau juga dihadiahkan sebiji kek berbentuk steak! Memang lain daripada yang lain kek hari lahir Datin Paduka Eina. Tahun lepas, beliau menerima kek berbentuk buah durian dan petai yang ditempah suami dan kakak tersayang.
Difahamkan dua makanan tersebut merupakan hidangan kegemaran beliau. Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman bergelar isteri kepada usahawan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh pada 31 Ogos 2014 dalam sebuah majlis gilang-gemilang yang menyaksikan Datin Paduka Eina menerima hantaran berupa sebuah kereta Chevrolet Camaro, mas kahwin RM770 dan wang hantaran RM 77, 000.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef. Semoga rumah tangga dan kehidupan Datin Paduka Eina Azman kekal bahagia hingga ke syurga.
Kredit: Instagram Eina Azman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...