Ada sesuatu yang luar biasa tentang pemuda tinggi lampai ini. Kata Datuk Azizulhasni Awang, atlet muda bernama Shah Firdaus adalah versi Lee Zii Jia dalam acara berbasikal trek. Orangnya bakal mengharumkan nama Malaysia!
Aksi pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom disamping rakan sepasukannya, Datuk Azizulhasni Awang jelas membayangkan prestasi cemerlang pemuda ini.
Dengan ketinggian mencapai 181cm, anak Kuala Selangor yang membesar di Johor itu sebenarnya pernah menumpaskan Datuk Azizulhasni Awang sendiri dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021.
SUPERHERO
Berusia 25 tahun, langkah sulung Shah Firdaus di temasya Olimpik Tokyo 2020 berjaya diteruskan hingga ke peringkat saringan pada Sabtu, 7 Ogos. Beliau bersaing dalam acara pecut dan keirin.
“Macam mimpi menjadi kenyataan apabila dapat mewakili negara pada temasya berprestij seperti ini.
Sokongan padu yang diterima daripada jurulatih, Azizul, rakan sepasukan yang lain serta Yayasan Sime Darby (YSD) membantu pencapaian saya dalam perjalanan ini.
Saya akan mengekalkan prestasi di Olimpik dan pulang ke tanah air dengan kejayaan.” Shah Firdaus.
Meninjau perkongsian Shah Firdaus di halaman media sosial, pemuda segak ini sering berkongsi foto-foto kenangan dengan ahli keluarga tersayang. Terserlah sifat manja dan semangatnya untuk membuatkan ibu bapa bangga dengan pencapaian di trek basikal.
Sebagai rekod, Shah Firdaus adalah atlet di bawah Pasukan Berbasikal Trek Yayasan Sime Darby (SDFTCT) dan menerusi Program Road To Tokyo SDFTCT yang menelan belanja RM2.6 juta, penyertaan Shah Firdaus dalam pelbagai kejohanan membantu dia layak beraksi di Tokyo.
Semoga prestasi Shah Firdaus terus cemerlang dan bangkit menjadi atlet pelapis yang bakal mengharumkan nama Malaysia di persada tertinggi. Good luck!
This website uses cookies.