Umur 25 & Tinggi 182 cm, Aryna Sabalenka Pemain Tenis Nombor 2 Dunia Kekayaan Cecah USD 9 Juta!

Pertama kali tengok Aryna Sabalenka beraksi di gelanggang tenis memang tertarik dengan ketinggiannya. Genap berusia 25 tahun pada 5 Mei, pemain tenis profesional Belarus ini menduduki ranking kedua dunia di belakang Iga Swiatek daripada senarai Women’s Tennis Association.

Aryna atau nama sebenarnya Aryna Siarhiejeuna Sabalenka dilahirkan pada 5 Mei 1998 di Minsk, Belarus. Dia memiliki ketinggian 182 sentimeter yang merupakan anak kepada Sergey Sabalenka dan Yulia Sabalenka.

Nama Aryna mula bersinar selepas dia mencatat kejayaan Grand Slam pertamanya apabila berjaya mengungguli Australia Open 2023 pada Januari lepas.

Dalam pertarungan itu, atlet muda ini menewaskan juara Wimbledon iaitu Elena Rybakina. Sekaligus membawa pulang wang kemenangan mencecah USD 2 juta!

Dia mula bermain tenis pada usia 14 tahun dan menceburi sukan berprestij ini secara profesional pada tahun 2015. Memetik laporan The Sports Lite, kekayaan diraih Aryna pada tahun 2023 mencecah USD 9 juta.

Walau tidak mempunyai gaji standard tapi Aryna meraih pendapatan hasil karier profesionalnya dan tajaan hingga boleh meraih USD 1.5 juta setahun.

Lagenda pemain tenis wanita dunia https://www.nona.my/jutawan-tenis-maria-sharapova-dah-jadi-ibu-makin-jelita-kembali-langsing-lepas-bersalin/

Aryna bukan sahaja melakar kejayaan Grand Slam pertama bahkan dia juga menjadi pemain tenis pertama yang memenangi perlawanan di bawah ‘neutral flag’.

Ini sebagai boikot terhadap Belarus selepas kerajaan negara tersebut menyatakan sokongan terhadap Rusia yang dikatakan melakukan pencerobohan kepada Ukraine. Dalam kejohanan itu, pemain Rusia dan Belarus tidak dibenarkan bertanding dengan bendera mahupun nama negara masing-masing.

Pemain kedua-dua negara juga disekat daripada menyertai Wimbledon sejak tahun lepas.
Bagaimana pun persatuan tenis Belarus mengucapkan tahniah kepada pemain tenis profesional kedua dunia itu yang berjaya memenangi Australian Open.

Pemain ini juga melahirkan kekesalan dengan situasi politik. “Kami hanya atlet yang bermain sukan. Itu saja. Kami tidak terlibat dengan politik. Jika kami mampu melakukan sesuatu, kami akan berbuat demikian tetapi kami tidak mempunyai kuasa.”

Share
Published by
Suzi