Membesar di samping arwah ibu yang suka memasak dan menjalankan bisnes makanan, diam-diam memupuk minat yang sama dalam jiwa doktor muda bernama Qayyim Putri Khalil.
Baru berusia 32 tahun, Putri yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran kini berkhidmat sebagai Tenaga Pengajar Bantuan Kecemasan (First Aid Instructor) di Malaysia Airlines Berhad Academy.
“Tugas saya adalah melatih para juruterbang, anak-anak kapal dan semua staf MAB tentang bidang perubatan dan pertolongan kecemasan dalam kapal terbang.
Contohnya bila tiba-tiba ada penumpang diserang masalah jantung, diabetes, pitam dan sebagainya, atau ada wanita mengandung yang tiba-tiba nak melahirkan… Pada saat-saat genting ni, penting untuk anak-anak kapal telah dilatih membuat CPR serta membantu doktor yang ada, selain mahir menggunakan alatan medical kit di setiap penerbangan.” Putri
PENGASAS THE DENDENG
Selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang MAS, Putri dan suami telah dikurniakan dua anak lelaki berusia 2 serta 4 tahun.
“Alhamdulilah bila ada masa lapang, saya suka memasak daging dendeng resipi warisan turun temurun dan menjadikan ia sebagai bisnes sampingan saya sekarang.
Jenama The Dendeng pun makin terkenal sejak ramai pelanggan menyukainya dan repeat order.” Putri
Menurut anak keempat yang berasal dari Klang, Selangor itu, beliau minat bisnes sejak di bangku sekolah lagi tapi keluarganya kurang beri galakan. Bagi mereka, apa yang penting adalah fokus terhadap pelajaran.
“Sama juga keputusan masa saya nak berhenti kerja di hospital, quit dari dunia perubatan. Tapi saya percaya rezeki Allah ni luas dan kini saya dapat kerja yang diimpikan sambil jalankan bisnes yang disukai.
Tonton video inspirasi Dr Qayyim Putri bersama Majalah Nona tentang kerjaya beliau sekarang…
Keluarga pun dah nampak apa yang saya buat dan gembira dengannya,”
cerita Putri yang mempunyai dua orang kakak, seorang doktor perubatan di HTAR Klang dan seorang pramugari AirAsia, selain seorang abang yang bergelar akauntan dan seorang adik lelaki yang bertugas sebagai juruterbang, juga di AirAsia.Mengakhiri temu bual kami, Putri menyatakan harapannya mahu membantu lebih ramai wanita menjana pendapatan selesa dan membantu keluarga. Beliau juga berharap agar bisnes The Dendeng ini terus maju dan menembusi pasaran di seluruh Malaysia.
This website uses cookies.