Sering digelar The Greek God of Bollywood, ketampanan aktor Bollywood, Hrithik Roshan sampai sekarang masih menjadi pujaan. Walaupun sudah berusia 48 tahun, bapa tunggal kepada dua anak lelaki itu tetap popular dan menjadi salah seorang pelakon termahal di India.
Berdarah kacukan Punjabi dan Benggali, anak kepada pengarah filem terkenal Rakesh Roshan ini mula menempa nama melalui filem ‘Kaho Naa… Pyaar Hai’.
Ads
Tapi sayangnya rumah tangga yang dibina dengan pereka fesyen dan pereka hiasan dalaman, Sussanne Khan selama 14 tahun tersungkur di tengah jalan.
Perkahwinan mereka yang termeterai pada tahun 2000 berakhir pada 2014 dengan dikurniakan dua zuriat.
BAPA TUNGGAL
Pasangan Hrithik dan Sussanne dikurniakan dua anak lelaki – Hrehaan Roshan, 16, dan Hridaan Roshan, 14. Meskipun hak penjagaan anak-anak diberikan kepada si ibu, tetapi Hrithik bertanggungjawab memberikan didikan serta kasih sayang sebagai bapa kepada mereka.
Meskipun sudah berpisah, namun pasangan berbeza agama ini tetap menjalinkan hubungan baik. Biarpun sudah mempunyai pengganti, Sussanne yang merupakan anak pelakon Sanjay Khan masih dilihat mesra dengan ahli keluarga bekas suaminya, termasuk menghadiri sambutan hari jadi ke-50 Sunaina, kakak Hrithik baru-baru ini.
Malah ketika India mengenakan perintah berkurung pada tahun 2020, Sussanne Khan, 46, telah berpindah ke rumah bekas suaminya untuk sama-sama membesarkan anak mereka.
Kesempatan kuarantin tersebut digunakan sebaik-baiknya oleh bapa tunggal itu dengan menghabiskan seluruh masanya disamping anak-anak.
“Saya gembira apabila bekas isteri secara sukarela berpindah sementara ke rumah ini agar anak-anak tidak merasa ‘terpisah’ dengan kami berdua.
Terima kasih Sussanne kerana sentiasa menyokong dan memahami perjalanan kita sebagai ibu bapa.” Hrithik Roshan
Ads
Antara aktiviti mereka di rumah adalah bersenam, selain menghabiskan banyak masa bapa-anak bersama-sama.
Memang terserlah sifat kebapaan yang penyayang di jiwa aktor hebat itu. Kini walaupun sudah kembali sibuk di layar perak, Hrithik sebagai bapa sentiasa mengambil berat perihal anak-anaknya yang kian meningkat dewasa.
Selain lakonan, lelaki yang mempunyai sepasang mata hazel kehijauan ini juga mahir menari. Beliau juga aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, menjadi duta produk dan usahawan.
Nampaknya kedua-dua anak lelaki Hrithik bertuah mewarisi rupa paras ibu bapa mereka. Mesti dah besar nanti, segak macam bapa tercinta! Mana tahu bakal warisi bakat Hrithik jugak, jadi anak seni Bollywood.
Ads
Jom tengok foto-foto Hrithik dan anak-anak ketika mereka bercuti tahun lalu…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila memperkatakan tentang sukan bola sepak, ia sering dikaitkan dengan kaum lelak. Walau bagaimanapun, kini pasukan bola sepak wanita juga tidak kurang hebatnya di mata dunia.
Penampilan pemain pasukan Maghribi, Nouhaila Benzina yang mengenakan hijab pada perlawanan Piala Dunia Wanita yang sedang berlangsung kini. Nouhaila merupakan pemain pertama mengenakan hijab pada perlawanan tersebut mewakili pasukan Maghribi yang turun menentang Korea Selatan.
Pada perlawanan tersebut, Maghribi memenangi aksi pertama dalam sejarah kejohanan apabila jaringan Ibtissam Jraidi memastikan kemenangan 1-0.
Persekutuan Bolasepak Dunia (Fifa) menarik balik sekatan melarang pemain bola sepak memakai hijab, hampir sedekad lalu, apabila sebelum ini bimbang dengan keselamatan pemain.
Nouhaila, 25, yang beraksi sebagai pemain pertahanan bersama kelab di Maghribi, diturunkan menentang Korea Selatan untuk mencatat namanya dalam buku sejarah.
Pemain Maghribi ini turut berkongsi di media sosial mengenai penampilannya di Piala Dunia dengan mengenakan hijab, tetapi tidak bercakap kepada media di Australia dan New Zealand mengenai perkara tersebut. Baru-baru ini, dia memberitahu stesen televisyen Al Jazeera, bahawa ia akan detik yang membanggakan.
“Banyak kerja dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan terima kasih kepada Tuhan kerana ia memberikan keputusan positif,” katanya.
“Kami harap dapat bermain di tahap tertinggi dan membanggakan rakyat Maghribi.”
Beberapa sukan lain seperti bola keranjang turut menarik balik sekatan terhadap hijab, tetapi masih tidak dibenarkan pada perlawanan bola sepak rasmi di Perancis.
Mereka layak ke Piala Dunia kali pertama selepas muncul naib juara Piala Afrika Wanita, tetapi dibelasah 0-6 di tangan Jerman pada perlawanan pembukaan dan Nouhaila diletakkan sebagai pemain simpanan.
Meskipun kelihatan kasar dan lasak, namun Nouhaila juga mempunyai citarasa fesyen yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, wanita berusia 25 tahun ini sering berkongsi foto ootd dirinya yang kelihatan lebih feminin dari pakaian yang digayakan ketika di padang bola.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lesti Kejora kini nama terkenal dalam industri muzik Indonesia. Mula mencipta nama selepas memenangi Dangdut Academy pada tahun 2014, Lesti waktu itu baru menginjak usia 14 tahun dan kelunakan suaranya memukau para penonton. Termasuklah selebriti ternama di sana.
Hasil kemenangan tersebut, dia menerima hadiah wang tunai 100 juta Rupiah dan sebuah kereta. Bertitik tolak daripada kemenangan tersebut, Lesti turut mendapat kontrak dengan Trinity Optima Production dan berjaya menerbitkan single pertama.
Selain berbakat dalam nyanyian, dia juga boleh berlakon dan pernah membintangi drama bersiri seperti Kejora, Merpati Tak Pernah Galau dan Kejora 2.
Seiring kejayaan yang diraih saban tahun, wanita ini juga terpilih menjadi salah seorang juri dalam Liga Dangdut Indonesia 2020.
Memetik laporan media Indonesia, sejak awal kariernya sampai kini, nama Lesti dikenali dalam kalangan penyanyi dangdut yang berjaya dan berbakat besar. Sekaligus mengubah nasib keluarganya.
Namun di sebalik populariti dan kemasyhurannya hari ini, Lesti atau nama penuhnya Lesti Andriani ayang berasal dari pedalaman Cianjur ini bukanlah berasal dari keluarga kaya.
Meniti usia 23 tahun, ayah Lesti iaitu Endang Mulyana pernah bekerja sebagai pemandu sementara ibunya, Sukartini pula menjual mi ayam di depan rumah mereka.
Media Indonesia sebelum ini pernah mendedahkan keadaan rumah lama yang dihuni Lesti sekeluarga di Cianjur hanya berdindingkan anyaman buluh.
Walau kini dia menjalani hidup mewah dan terkenal namun anak kedua daripada tiga beradik ini tidak lupa asal-usul dan berusaha membahagiakan kedua-dua ibu bapa.
Malah, jika mengenang kembali kehidupan silam Lesti pasti mengalirkan air mata kerana tidak menyangka pembabitannya dalam industri muzik diterima baik peminat seni.
19 Ogos 2021, Lesti sah bergelar isteri kepada selebriti Rizky Billar. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Namun kebelakangan ini, nama pasangan ini terpalit dengan kontroversi rumah tangga.
Semoga segala urusan Lesti dan Rizky Billar dipermudah dan berjalan lancar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbicara tentang bulan madu, ramai pasangan suami isteri terutamanya yang baru mendirikan rumahtangga membayangkan suasana indah, duduk di tepian pantai sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang menenangkan.
Ada juga yang menggambarkan bulan madu di luar negara seperti di Switzerland ataupun Paris. Begitulah impian suasana bulan madu. Namun anda perlu tahu, bulan madu boleh juga dicipta walau hanya di rumah.
Ia sebenarnya mampu menjadi tempat paling romantik untuk anda dan pasangan. 6 cara ini boleh dilakukan bagi menjayakan bulan madu di rumah. Sesuai juga buat pasangan yang sudah lama mendirikan rumahtangga.
CIPTA SUASANA ROMANTIK
Ubah suasana bilik tidur seperti pasang lampu yang malap dan tukar cadar yang baru. Untuk lebih romantik lagi, beli bunga mawar segar. Letakkan di bilik tidur atau meja makan. Bunga mawar memang terkenal sebagai lambang kasih sayang dan cinta.
BEBAS DARIPADA URUSAN KERJA
Sampaikan pesanan cinta lebih awal kepada pasangan bahawa anda berdua akan menikmati malam yang romantik. Pastikan malam yang anda pilih itu bebas daripada urusan kerja. Kalau boleh matikan telefon bimbit pada malam romantik itu. Ingat, jangan sesekali fikirkan tentang kerja yang belum selesai di pejabat.
HIDANGAN ISTIMEWA
Suasana romantik pasti tidak akan lengkap tanpa makan malam istimewa. Sediakan menu kegemaran pasangan. Lengkapi makan malam romantik anda dengan nyalaan lilin bersama kuntuman mawar merah di atas meja.
PENAMPILAN MENARIK
Pilihlah pakaian yang dapat memberikan kesan romantik selain cantik, baru dan ‘seksi’ untuk tatapan pasangan. Ingat, pakaian yang berbeza akan menambahkan kelainan suasana. Begitu juga suami, pilihlah pakaian yang menyenangkan di mata isteri.
IRAMA DAN LAGU
Tidak lengkap makan malam tanpa iringan muzik romantik. Tidak salah juga jika anda mengajak pasangan untuk menari. Apa hendak dimalukan, bukankah di rumah hanya anda berdua saja? Tetapi jika anda tidak sukakan muzik, carilah filem romantik untuk ditonton bersama.
PELUKAN ERAT
Selesai makan malam dan menonton filem romantik, berikanlah pelukan dan ciuman penuh bermakna buat pasangan. Secara tidak langsung, ia membuatkan anda terasa semakin dekat dan intim dengan pasangan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...