Salam takziah. Berita pemergian abang sulung Uyaina Arshad nyata meruntun hati ramai. Disifatkan seorang anak, suami dan bapa penyayang, Allahyarham Mohd Attaful Uzair seakan mengimbas kembali pemergian arwah bapa mereka yang merupakan bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Difahamkan, arwah bapa dan abang selebriti ini turut meninggal dunia pada usia muda. Menerusi perkongsian live di Instagram Uyaina semalam, dia memberitahu keluarganya mempunyai sejarah penyakit jantung dalam usia muda. Bahkan Uyaina sendiri pernah mengalaminya sewaktu berusia 27 tahun.
Dalam temu bual bersama Uyaina tidak lama dulu, pengacara ini mendedahkan kenangan manisnya di samping arwah bapa tersayang. Di sebalik wajah ceria Uyaina, graduan jurusan undang-undang ini kehilangan figura seorang bapa sejak usia lima tahun lagi.
Meskipun hanya sempat merasai kasih sayang bapa dalam masa singkat, memori bersama insan tersayang tersebut masih segar di ingatan Uyaina.
“Arwah baba meninggal waktu Yana usia lima tahun. Jadi daripada umur lima tahun sampai sekarang, memang membesar tu dengan ummi sahaja. Jadi, hubungan dengan ummi dah bukan sebagai anak dan mak semata-mata dah jadi best friend
, kawan gaduh, motivator, pengkritik dan semualah.Arwah baba ialah pegawai TLDM dan waktu tu tahun 1997 ada pertukaran dua pegawai dari Malaysia dengan dua pegawai tentera laut New Zealand. Jadi baba Yana salah seorang dan pergi ke sana selama dua tahun.
Selama ini baba memang selalu berpindah merata sebab penyelam di TLDM tak ramai. Umur arwah waktu tu antara 36 ke 37 tahun, ummi dan arwah baba sebaya. Sepatutnya kami tinggal di sana selama dua tahun tapi jadi setahun lebih je.
Hendak dijadikan cerita, waktu berpindah ke New Zealand tu kami satu family ikut baba. Selalunya kami tak ikut. Waktu Yana tak lahir lagi pun memang ummi dan abang serta kakak tinggal di Malaysia je. That time, mungkin arwah tahu dia dah nak pergi so arwah baba bawa kami semua sekali,” jelas Uyaina sambil menyatakan arwah bapanya meninggal dunia ketika menjalankan tugas di New Zealand.
Tambah Uyaina lagi, “Ummi cakap arwah ayah macam tahu dia nak pergi. Dia sempat ambil gambar kami satu family dan sampai sekarang Yana bawa ke mana-mana je gambar tu dan simpan dalam wallet. Ada gambar dia dengan ummi, gambar kami empat beradik dan gambar kami satu family.”
Selepas pemergian bapa tersayang, Uyaina dan keluarga pulang ke Malaysia dan menetap di Kuala Kangsar, Perak bersama datuk dan neneknya. Kehidupan mereka sekeluarga berubah sepenuhnya kerana ibu Uyaina tidak berkerja.
Demi untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil, ibunya terpaksa cari kerja selain menggunakan duit pencen arwah suami untuk menyara kehidupan.
Meskipun dibesarkan oleh ibu tunggal, Uyaina dan adik-beradik tidak pernah rasa kekurangan. Bahkan mereka dibesarkan sebaiknya oleh ibu tersayang seperti kanak-kanak lain.
“Macam ummi, Yana tengok reason dia untuk hidup ialah anak-anak dia. Bukan nak bangga diri tapi ummi memang berjaya besarkan kami empat beradik ni successfully. Abang sulung Yana jadi doktor, abang nombor dua jadi pilot, kakak Yana pula jadi cikgu.
Yana sepatutnya jadi lawyer tapi tersimpang sikit pulak. Ingat lagi dia jual rumah, jual tanah semata-mata nak tanggung anak belajar. Kalau nak rasa keberkatan hidup, kejayaan dalam hidup, you make your mom happy. You bahagiakan mak you and you will see apa yang akan dapat lepas tu.
Bila arwah baba meninggal, ummi kena bawa balik jenazah dengan anak empat orang semua masih kecil lagi. Sampailah Yana umur 26 tahun ni, Yana lagi sedih bila dia cakap… “Ummi dah tak ada apa-apa dah dalam hidup ni, ummi ada anak-anak ummi je. Anak-anak ummi inilah harta ummi.”
Yana masuk dalam industri ini pun disebabkan ummi. Yana pertama kali masuk dalam industri sebab Yana join pertandingan Nona Manis. So daripada pertandingan tu, dia yang tengok iklan dan kata Yana why not you hantar application dan cubalah mana tahu ada rezeki. Cuba punya cuba dapat, menang pastu jadi hos Nona… dari situ ia bermula. Yana rasa semua kejayaan ini pun disebabkan Yana dapat restu dari dia.
Benda yang paling Yana admire dekat ummi ialah dia selalu cakap tak kisah apa (kerjaya) yang anak-anak buat as long as you buat bersungguh-sungguh and dia tak pernah paksa atau arahkan Yana untuk you have to become a lawyer. In fact, dia lagi happy tengok apa yang Yana buat sekarang sebab dia tahu Yana happy,” kongsi Uyaina akhiri perbualan.
This website uses cookies.