Umur 51, Supermodel British Naomi Campbell Timang Anak Kandung Pertama

Penampilan pertama Naomi Campbell menerusi cover depan Vogue British terbaharu, menggemparkan industri. Bersama seorang bayi perempuan, wanita berusia 51 tahun itu mengumumkan berita gembira tentang kelahiran cahaya matanya.

Jika kebanyakan wanita 50-an lain tidak berminat untuk mempunyai anak kecil, Naomi pula sebaliknya. Bayangkan pada usianya bakal mencecah 52 tahun pada bulan Mei nanti, wanita ini pula sibuk menguruskan cahaya mata kesayangan.

“Saya teruja menimang anak pertama walaupun jarak usia kami berbeza 50 tahun!” Naomi Campbell

Menganggap dirinya masih belum terlambat untuk bermain dan menyanyi lagu-lagu nurseri untuk si kecil, Naomi menggunakan masa sebagai ibu untuk menikmati waktu kecilnya semula.

Debut sulung Naomi Campbell dan bayinya

 

Justeru buat julung kalinya, wanita bergelar aktivis, aktres dan supermodel ini tampil dengan potret eksklusif mendukung si comel yang dianggarkan berusia setahun. Meskipun tidak mendedahkan keseluruhan wajah anak beliau, namun ia tetap membuatkan peminatnya teruja.

Potret eksklusif tersebut difotokan oleh jurugambar tersohor, Steven Meisel, khas buat British Vogue keluaran Mac 2022.

 

IBU TUMPANG

Pada Mei 2021, Naomi pernah berkongsi tentang beliau sudah menjadi ibu buat kali pertama, tanpa mendedahkan identiti anaknya dengan terperinci.

“Saya selalu tahu bahawa suatu hari nanti saya akan menimang anak.” Naomi Campbell

Tambah Naomi, bayi ini merupakan anak kandungnya tetapi dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang. Walau bagaimanapun, identiti ayah kandung masih belum dapat dipastikan.

Apabila ditanya jika beliau inginkan lebih ramai anak, Naomi tanpa berselindung menjawab, “Kenapa tidak?”

Sedari sejak awal lagi, berita tentang anak Naomi Campbell telah diketahui oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya.

 

Naomi dan ibunya, Valerie Morris-Campbell

 

“Tahniah untuk anak saya, Naomi Campbell di atas kelahiran anak perempuan kandungnya. Saya dah lama menanti detik-detik bergelar seorang nenek!” Ibu Naomi

Selain ahli keluarga, sahabat karib Naomi iaitu Cindy Crawford juga telah bertemu si comel itu beberapa hari selepas kelahirannya. Begitu juga Christy Turlington yang berjumpa mereka selepas dua minggu.

Anak Naomi juga bertuah kerana sering menerima hadiah daripada rakan-rakan pereka fesyen ibunya.

Tambahnya, beliau masih bertenaga dan hanya memerlukan sedikit waktu tidur. Malah Naomi turut menggalakkan rakan-rakan seangkatan untuk mempunyai anak sendiri.

Meskipun sibuk dengan tanggungjawab sebagai ibu, Naomi masih lagi aktif dalam bidang seni. Bersama rakan-rakan supermodel dari tahun 90-an, mereka bakal menerbitkan sebuah siri eksklusif untuk Apple TV.

Supermodel terkemuka asal Streatham, England itu mula menempa nama dalam industri peragaan pada era 90-an. Di ambang populariti Naomi, beliau amat dikenali sebagai supermodel berkulit hitam yang berjaya.

Share
Published by
Norzalina