Sekali imbas sepertikan tidak percaya usia wanita ini sudah memasuki 56 tahun. Berkat minatnya dalam sukan bolasepak dan dilantik pula sebagai Pengerusi pasukan kebangsaan Thailand, penampilan Nualphan Lamsam atau ‘Madame Pang’ terlihat sungguh awet muda. Namun di sebalik kecantikan itu, siapa sangka beliau adalah usahawan berjaya dan digelar Crazy Rich Thai!
Tuah anak emas dan dilahirkan dalam salah satu keluarga terkaya di Thailand, Nualphan Lamsam adalah keturunan generasi kelima keluarga Lamsam Thai-Cina yang mengasaskan Bank Kasikorn.
Ads
Dengan nilai aset terkumpul keluarga mencecah AS$100 bilion, wanita ini juga merupakan pemimpin disegani dalam dunia insurans.
Wajah sosialit berusia 56 tahun ini cukup terkenal di Negara Gajah Putih. Wanita lulusan Sarjana Muda Pemasaran Universiti Chulalongkorn dan Sarjana Pengurusan Universiti Boston Amerika Syarikat itu merupakan ibu kepada seorang anak perempuan bernama Nuanwan Phanchet.
USAHAWAN
Selain bekerja meluaskan empayar Muang Thai Insurance PCL sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Madame Pang juga menerajui Port Football Club, pasukan bolasepak kebangsaan Thai sebagai Pengerusi.
Madame Pang memulakan kerjayanya sebagai pengasas Saint Honorè iaitu pengedar sah jenama Hermès di Thailand. Tidak lama kemudian, beliau terus mengembangkan koleksi beg dan pakaian mewahnya sendiri dari pelbagai himpunan maison Perancis.
Menurut Prestige, Madame Pang melihat Hermès lebih daripada sekadar objek fesyen. Baginya, jenama yang sinonim dengan rona oren dan kereta kuda itu adalah karya seni yang sebenar.
“Saya suka membeli-belah dan membelanjakan banyak wang untuk membelinya.
Ambil Birkin, sebagai contoh – ia mengambil masa tidak kurang daripada 16 jam untuk dihasilkan.” Madame Pang
Ads
Madame Pang juga menyenangi barangan kemas. Beliau sering tampil dengan barangan kemas yang indah dan tepat di setiap acara yang dihadiri.
Graduan Universiti Boston itu juga gemar menghabiskan masa mengunjungi bandar Chiang Mai untuk menjamu selera. Kata Madame Pang kepada Prestige, beliau adalah seorang penggemar makanan panas, masam dan pedas.
“Saya suka berjalan-jalan mencari tempat makan yang lazat. Antara makanan kesukaan saya adalah Isaan, larb (salad daging yang dipotong dadu pedas dengan sayur-sayuran) atau somtam (salad betik hijau).”
Ads
PENGERUSI PASUKAN BOLASEPAK
Sering dilihat mengenakan persalinan Hermès daripada seluar jeans kepada gaun mewah, Madame Pang juga dikenali sebagai seorang dermawan.
Antara kerja kebajikan yang sering menjadi sebutan adalah ketika Madame Pang menerbitkan buku autobiografinya pada tahun 2017. Menurut The Nation, beberapa peratus daripada hasil jualan buku itu telah disalurkan kepada Yayasan Orang Buta di Thailand.
Malahan ketika bergelar pengurus besar pasukan bola sepak kebangsaan wanita Thailand dahulu, Madame Pang berbesar hati menghadiahkan pelbagai hadiah lumayan kepada para pemain, antaranya jam tangan Rolex, iPhone dan beg berjenama. Seronoknya!
Foto: Instagram @panglamsam
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perjalanan karier primadona Melayu ini sememangnya luar biasa. Setelah 3 dekad bergelumang dalam industri seni, kini Erra Fazira tambah cabang seni lagi.
Berlakon sudah, menyanyi sudah dan mengacara pun sudah, kini Erra Fazira turut bersaing dengan artis zaman milenial bergelar Youtuber.
Pasti berita ini mendapat perhatian seluruh peminat Erra Fazira. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu apakah content artis kesayangan ramai ini. Erra Fazira tambah cabang sebagai youtuber, bersaing secara positif.
Memetik hantaran ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran di laman Instagram milik peribadinya, “Insyaallah kita cuba untuk bangkitkan isu yang dekat dalam kehidupan harian.
Di samping berkongsi input dan pengajaran di sebalik santai,” tulis pelakon filem Sembilu ini sambil berkongsi teaser video keduanya.
Teringat kala bertemu dengan pelakon filem Sembilu ini bercerita tentang anak kesayangannya ini di sebuah majlis dahulu.
Ramai yang memuji kecantikan dan penampilan Engku Alesya dan adakah ibunya sudah mengajar untuk menjaga kecantikan? “Memang saya dah mula didik Aleesya jaga kecantikan. Macam-macam saya beli untuk dia tapi, being budak dia buat apa dia nak buat. Bila tanya dah pakai, dah bila tengok tak pakai pun.
Saya dulu pun macam tu bila mak membebel kita belum tentu nak pakai tapi bila ada kesedaran baru kita tahu, dulu mak suruh pakai tapi tak pakai kan.
Jadi, sekarang ni tiba masa saya membebel dekat Aleesya dan besar harapan saya satu hari dia ada kesedaran untuk menjaga kecantikan,” kata Erra yang mahu beri pendidikan seimbang buat anak tersayangnya.
Mendidik anak remaja bukan suatu tugas yang mudah lebih-mebih lagi membesar di era teknologi ini. Erra Fazira juga mengakui turut menghadapi masalah yang sama.
“Saya dah mula merasa bahang bila anak meningkat remaja ni makin mencabar tugas sebagai seorang ibu. Bila kita cakap sepatah dia ada jawapan dia, dulu masa kecil hanya “yes mom“.
Tapi itu cabaran saya juga, saya pun tidak sempurna. Saya belajar daripada pengalaman dan dalam masa yang sama, saya rasa tanggungjawab ibu zaman sekarang kena banyak membaca, cari pengetahuan atau ilmu parenting untuk mendidik anak,” ulas wanita yang berusia 48 tahun ini.
Nampak saja kuat, tetap tersenyum kala bertugas, tapi siapalah yang tahu isi hati para petugas barisan hadapan ini. Umpamanya yang dirasakan oleh anggota PDRM, Koperal Nordiana Ibrahim tentang kerinduan seorang anak terhadap bapa tersayang.
Peningkatan kes baru COVID-19 setiap hari di Sabah masih menjadikan negeri itu sebagai penyumbang kes positif tertinggi sejak tiga minggu kebelakangan ini.
Bagi anak-anak Sabah yang bertugas di Semenanjung, situasi ini pastinya merisaukan mereka setiap kali terkenang keluarga tercinta. Koperal Nordiana yang juga merupakan isteri pelawak, Mamat Sepah, tidak terkecuali.
Kerinduan Koperal Nordiana terhadap bapanya, Ibrahim Bin Haji Jal yang kini menetap di Semporna, Sabah diabadikan dalam satu hantaran sayu di Instagram.
‘Aku Rindu Abah’
Masa kecik-kecik aku selalu ikut abah pegi keje. Abah pegi mana-mana mesti bawak aku. Kalau jalan berdua dengan abah, abah suke usik acah-acah ngorat awek. Lepas tu aku cubit abah then repot kat arwah ibu, lepas tu abah gelak.
Abah yang paksa aku jadi polis. Tinggalkan kampung. Jauh dari family. Aku tak nak. Aku cakap nak jadi cikgu. Nak masuk universiti. Masa tu aku form 6, abah dan arwah ibu cakap takpe. Nanti dah jadi polis boleh sambung belajar. Jadi polis ada masa depan.
Dah diterima. Dapat jadi polis. Abahlah orang yang akan nangis bila hantar aku kat airport. Arwah ibu boleh tenang je tengok aku. Abah tak, dan memang kalau setiap kali aku habis cuti nak balik KL, memang abah je la yang selalu nangis hantar aku kat airport. Korang tengok jela pic aku kawin tu. Macam mana abah nangis.
Abah aku ni jenis tak suka bising-bising. Tak suka marah anak-anak dia. Muke je garang tapi abah sangat penyayang. Masa kecik kalau abah pukul sebab tak dengar kata, dia yang akan nangis.
Now, 2020 bila COVID-19 dah ‘sampai’ Semporna, Sabah, sumpah aku takut jadi apa-apa kat abah. Risau sebab Semporna tu kecik je. Aku selalu pesan kat abah.
Jangan keluar umah… Duduk je kat dalam umah tu…
I miss u abah… Kakak jauh ni… Nanti kakak balik ye.
Jaga diri, insyaAllah nanti kita jumpa.
Begitulah antara coretan sayu Koperal Nordiana yang kini bertugas di Shah Alam, Selangor. Selain berkhidmat untuk negara, wanita jelita itu juga turut melahirkan jenama tudung Diana Scarf dan menjalankan bisnes pewangi Acacia Scent.
Ayuh sama-sama kita doakan semoga musibah yang melanda ini akan segera berakhir dan menyatukan semula ahli-ahli keluarga yang terpisah sejak sekian lama. Doakan yang baik-baik, insyaAllah yang baik-baik jua untuk kita semua.
Sempena sambutan Hari Malaysia ini nampaknya memberi keriangan berganda buat wira badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei!. Perkongsian di Instagram miliknya hari ini memaklumkan bahawa keluarganya bakal menerima kehadiran ahli baharu tidak lama lagi.
Bapa kepada dua orang cahaya mata, Kingston dan Terrance ini mengumumkan kehamilan isterinya, Datin Wong Mew Choo.
Dalam kegembiraan berkongsi berita kehamilan isteri tersayang, sebagai individu yang cintakan negara, Datuk Wira Lee Chong Wei sempat menitipkan beberapa pesanan khas untuk rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia:
1.Sebentar tadi, Azlan tanya pada saya kenapa Woo Yik menangis bila memenangi Kejohanan Dunia. Saya kaya ia berkemungkinan besar disebabkan pada masa itulah dia mengimbas kembali semua usaha yang dia lakukan untuk negara ini, semuanya berbaloi sekarang. Detik itu dia tahu mampu membanggakan keluarga, rakan dan rakyat senegaranya. 2. Kemudian Nini tanya pada saya mengapa saya menangis di podium Olimpik. Jawapan saya? Saya tak dapat berikan negara saya kebahagiaan yang mereka inginkan. 3.Saya terima tawaran untuk melatih di luar negara. Tawaran besar. Tetapi saya tinggal.Malaysia jauh lebih baik. 4. Ini adalah negara anda dilahirkan. Di mana anda bersekolah, punya kenangan bersama rakan dan keluarga. Makanan kegemaran anda juga ada di sini. Ketawa anda di sini. 5. Negara ini mempunyai semua sumber alam. Tiada gempa bumi besar. Tiada gunung berapi. 6. Bayangkan Malaysia tanpa politik perkauman. Bayangkan Malaysia mempunyai ahli politik/pemimpin berpendidikan yang berkelayakan. Bayangkan Malaysia dengan satu sistem sekolah maju yang kukuh. 7. Rakyat Malaysia suku merungut. Kami suka mencari kesalahan. Tapi jangan u guys fikir sebab makin sayang makin benci. Semakin anda mengambil berat semakin anda akan mengeluh. 8.Sesiapa sahaja yang lahir di Malaysia. Jauh di dalam hati dia akan tahu Malaysia adalah rumah sebenar. 9.Pilihanraya akan datang. Mari kita semua (semua pihak) menjadikan Malaysia sebagai rumah yang sepatutnya. 10. Saya sayang Malaysia. Selamat Hari Malaysia.
Side note.
1. Sebab sayang sangat negara kita, kita tambah satu lagi warga Malaysia ! Minta semua tolong doakan smooth pregnancy @wong_mew_choo
2. Tanya budak budak. “Boys , Korang nk baby boy or baby girl?”
@terrance_leekj :” x kisah papa. Janji baby and mommy sihat ”
( terus bergenang air di Mata Mew Choo. )
X sempat nk habis terharu…
Kingston :” Baby girl. ”
Saya :” kenapa ?” ( hmm.. maybe budak ni matang gak.. nk adik pompuan sebab dah ada adik lelaki )
@kingstonleekc :” oo… u punya pasal la. Tak nk beli controller lebih untuk Nintendo switch aku. Ada 2 je ni. Kalo adik lelaki lagi, kurangla chance untuk I main ”
( Nasib baik belajar yoga Baru Baru ini )
Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2012. Datin Wong Mew Choo pernah menjadi pemain pemain perseorangan wanita dan memenangi emas di Sukan Asia Tenggara 2003.
Kisah pertemuan kali pertama pasangan Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo pernah viral, apabila jaguh badminton itu berkongsi bagaimana beliau mula menyimpan perasaan terhadap isterinya seawal usia 15 tahun. Itulah yang dikatakan jodoh dan cinta pandang pertama beliau membawa ke fasa perkahwinan dan bahagia sehingga ke hari ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...