Usai tugasan rasminya di Malaysia sebagai juri tetap Gegarvaganza, Hetty Koes Endang kembali ke pangkuan keluarga tercinta di Indonesia. Seronok melihat nenek kepada Arlo Astrodistira Arsanda ini melepas rindu pada cucu kesayangan. Namun lebih mengujakan pabila melihat wajah Bunda yang awet muda, bayangkan pada usia lebih separuh abad, beliau kekal cantik dan energetik!
Ketika bertemu Bunda di Telaga Bunga Spa, Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur, banyak amalan kecantikan beliau yang dikongsikan kepada pengikut Majalah Nona. Dari amalan pantang lepas bersalin hinggalah jamu rebusan sirih yang diminum, wanita periang yang mesra ini tidak lokek berbahagi pengetahuan.
Dilahirkan pada 6 Ogos 1957, usia Bunda juga hampir sebaya dengan usia kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadikan beliau seorang legenda seni dunia.
Ketika diajak bersembang, Bunda Hetty nyata seorang yang versatil, merendah diri, keibuan dan kelakar dalam satu masa. Tiada istilah sombong dalam tutur katanya.
Kenangan terindah penulis bersama Bunda Hetty
Ads
Ads
Bahkan kesempatan berdampingan dengan penyanyi hebat itu, sempat jugalah penulis menatap raut wajahnya dari dekat. MasyaAllah, halus sungguh kulit wajah Bunda, persis anak dara.
Paling menarik, bila ‘diintai’ isi minuman teh kesukaannya. Ada kulit kayu manis!
Ads
“Kadang-kadang Bunda suka letak hirisan lemon juga. Memang baik untuk tubuh badan kita.” Hetty Koes Endang
Nak tahu lebih banyak petua kecantikan sambil bersembang tentang hubungan akrab beliau dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Jom tonton video Lensa Nona di bawah…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wajah berminyak, selaran matahari, kekeringan kulit… ah, segunung masalah mula menerpa sejak bermulanya musim cuaca panas tahap berjaga-jaga. Dengan peningkatan suhu maksimum harian mencecah 35 ke 37 darjah Celsius, berikut produk yang wajib dipakai bagi memastikan penampilan anda tetap on-point!
Terik matahari bukan sahaja membuatkan tubuh badan kita lebih cenderung untuk dehidrasi dan kemungkinan besar mengalami strok haba, malah ia turut menjejaskan kesihatan kulit.
Masalah seperti kedutan, penuaan pramatang kulit, kekeringan dan banyak masalah kulit lain akan berlaku jika kita terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.
AMALAN KECANTIKAN
Pakai produk pelindung matahari yang sesuai dengan jenis kulit.
Elakkan dedahan matahari antara pukul 10 pagi hingga 3 petang.
Pakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik sesuai, sebaik-baiknya kapas.
Pakai topi untuk melindungi kulit muka anda dan pakai cermin mata hitam untuk melindungi mata.
Minum banyak air kerana dehidrasi mengakibatkan kulit kering, berkedut, bintik-bintik dan kekurangan cahaya.
Amalkan memakan banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Diet yang kaya dengan flavonoid dan antioksidan akan membantu untuk memastikan kulit yang sihat dan berseri.
Produk terbaharu Shiseido ini direka untuk kegunaan harian dengan teksturnya yang bebas minyak, ringan serta diperkaya bahan antioksidan dan asid hyaluronik agar kulit terasa lembap serta berseri. Ia juga membantu melindungi kulit daripada pencemaran udara dan unsur lain yang boleh menyebabkan kulit kusam atau kering, malah boleh berfungsi sebagai primer.
OLEHENRIKSEN Banana Bright Mineral Sunscreen SPF30
Krim tabir suria untuk kegunaan harian yang bukan saja melindungi malah mencegah kerosakan UV pada kulit. Sesuai disapu sendirian atau di bawah solekan untuk kesan melembap, mencerah dan mengurangkan penampilan garis halus atau kedutan dengan berkesan.
Fenty Skin Thicc N Smooth Rich Peptide Eye Cream
Musim panas yang mengeringkan, belailah kulit matamu dengan krim ini. Dirumus untuk mengatasi kekeringan, lingkaran gelap bawah mata, mata sembap dan garis halus, krim ini juga berupaya melembap dengan khasiat peptida, kafein dan vitamin. Kulit bawah mata ketara lebih cerah dan bermaya!
KVD Lock-It Pore Refining Face Primer
Solekan cepat ‘retak’ kerana cuaca terlalu panas? Oleskan primer wajah KVD, formulasi krim-gel memastikan solekan anda bertahan lama dari awal pagi hingga ke malam tanpa kesan retak yang tak diinginkan. Dengan serta-merta, liang pori-pori nampak lebih halus tanpa kesan capuk atau terlalu tebal, malah ia juga menyegarkan kompleksi kulit bagaikan gel penyejuk.
NUDESTIX Nudies Matte All-Over Blush
Bahang cuaca makin terasa. Seperti mentari yang mengucup kulitmu, kenakan solekan NUDESTIX Nudies Matte All-Over Blush dalam rona Sunkissed. Layangan bronzer ini menjadikan kompleksi nampak sihat bermaya, kemerahan dan menawan dalam satu masa. Cukup mudah dan multi-fungsi – sesuai untuk wajah, bibir atau mata!
**************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
**************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu ‘Pencuri Hati’, Nur Suhada Jebat atau lebih mesra disapa sebagai Ayda Jebat. Terbaharu dia mendedahkan bahawa rezekinya semakin mencurah-curah.
Meskipun kini dia sudah berkeluarga, mempunyai seorang cahaya mata dan bakal menantikan ketibaan cahaya mata kedua hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Nabil Mahir.
Buktinya , dia masih lagi mendapat kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta bagi produk minuman berasaskan kolagen Aura White Global Sdn Bhd.
Ini Punca Mengapa Ayda Bersama Aurawhite, Selama Sembilan Tahun
Menurut pengasas Aurawhite, Datin Furyna Azmeer, ketika disoal bagaimana hubungan kerjasama antara Aurawhite dan Ayda Jebat dapat terjalin dalam jangka masa yang lama, jelas Furyna, Ayda Jebat merupakan selebriti yang mudah memberikan kerjasama.
“Kami memilih untuk mengekalkan Ayda Jebat sebagai duta Aurawhite sejak 2014, bermakna sudah sembilan tahun Ayda bersama Aurawhite.
“Sangat senang berurusan dengan Ayda, malah sifatnya yang mengutamakan keluarga membuatkan saya cukup tersentuh dan masih mahu dia menjadi sebahagian daripada Aurawhite,” jelasnya lagi.
Ayda Berterima Kasih, Anggap Ini Rezeki Anak!
Manakala Ayda Jebat pula berterima kasih terhadap jenama tersebut kerana masih mengekalkan dirinya sebagai duta.
“Alhamdulillah, saya jatuh cinta dengan produk ini. Aurawhite bukanlah satu-satunya jenama yang saya pegang dalam tempoh yang lama.
“Kadang-kadang terfikir juga, bilakah kontrak akan berakhir kerana kadang-kadang terfikir pihak penaja tak mahu ke tukar dengan orang lain.
“Saya anggap ia sebagai rezeki. Alhamdulillah dari zaman bujang sampai dah nak masuk anak kedua,” ujar ibu kepada Ana Nayla ini.
Terdahulu, Aura White yang terkenal dengan tagline Shake Shake Uolls melancarkan produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini iaitu Aurawhite Dazzle Glopeptide yang bahan aktifnya lebih tinggi dan premium.
Kolagen peptida adalah kolagen yang dihidrolisis dimana ia lebih halus dari kolagen biasa dan memberikan penyerapan lebih cepat untuk tubuh badan.
Ia dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit dan juga sangat baik untuk kuku, rambut dan juga tumit kaki.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Namanya mungkin asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia namun bagi peminat telenovela Filipina, pasti mengenali rupa paras cantik menawan Love Marie Payawal Ongpauco atau lebih dikenali dengan nama komersialnya Heart Evangelista.
Terkenal dengan cita rasa fesyen mewah dan gaya sofistikated, nama jelitawan Filipina ini tetap meniti di bibir masyarakat di sana meskipun dia tidak lagi aktif dalam dunia lakonan. Sebaliknya, terlibat dalam dunia politik dan bertemu ramai pemimpin luar negara.
Dilahirkan pada 14 Februari 1985 di Manila, Filipina, wanita cantik Heart Evangelista ini kemudian dibesarkan di United Kingdom sebelum kembali semula ke tanah air ketika usia remaja.
Mewarisi kecantikan ibu dan ayah, Heart memulakan karier sebagai model dan pelakon pada usia yang cukup muda iaitu 13 tahun. Bapanya Reynaldo Evangelista Ongpauco ialah pengusaha restoran terkemuka berketurunan Filipina-China.
Sehari selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-30, Heart melangsungkan perkahwinan gilang-gemilang bersama lelaki pilihan yang juga ahli politik Filipina, Senator Francis Escudero pada 15 Februari 2015 di Balesin Island Club secara tertutup.
7 Ogos lalu, Heart dan suami tercinta memperbaharui ikrar perkahwinan mereka setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
“Nine years after we first exchanged our wedding vows, Francis Escudero and I celebrated my birthday and got married again in the same place where our journey started.
Everything still feels like yesterday—from the second we flew to Balesin to the moment our dearest friends and family witnessed our renewed promises of love. We put so much heart and effort collecting memories and behind-the-scenes snippets from this special day, and I can’t wait to share with you how we prepared for and celebrated this milestone of a lifetime.”
Mei lalu, suami Heart Evangelista dilantik sebagai President Senate of The Philippines.
Sepanjang lebih 20 tahun bergelar pelakon, Heart pernah membintangi filem ‘Ay, Ayeng’, Trip dan My First Romance.
Tidak hanya bersandarkan kepada kekayaan dan populariti suami semata-mata, dia turut bekerja keras memiliki apa yang diimpikan dan ligat mencari peluang untuk mengembangkan potensi dalam bidang seni.
Setelah puas menjadi pelakon, hos dan penyanyi, Heart mengasah bakat dalam dunia lukisan dengan menyertai pelbagai pameran seni. Kalau tengok karya lukisannya memang mengagumkan!
Selain telah memenangi puluhan anugerah hasil lakonan mantapnya, Heart kini bergelar usahawan, penulis, ikon fesyen dan pengarah urusan.
Tidak cukup dengan itu, dia juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang mengangkat nasib golongan kanak-kanak khususnya dalam bidang pendidikan.
Menyentuh gaya hidup aktres ini pula, Heart dilihat selesa berkongsi rutin harian di media sosial dan memiliki saluran YouTube sendiri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!