Umur 72 Tahun & Bekas Editor Vogue, Terpegun Tengok Gaya Hidup Vera Wang Macam Orang Muda!

Jika wanita 70-an lain lebih senang menghabiskan masa bermain dengan cucu, berbeza pula ceritanya dengan pereka fesyen terkemuka, Vera Wang.

Pada usia senja, Vera Ellen Wang yang berusia 72 tahun ini masih aktif mengayuh basikal, bermain golf dan menghadiri majlis fesyen antarabangsa.

Tubuhnya yang kurus serta masih tegang, suka bergaya dengan baju sukan dan kasut tumit tinggi, menjadikan wanita berdarah Cina kelahiran New York itu begitu awet muda dan memukau mata.

Apa tidaknya, tatkala rakan sebaya lain kian uzur, Vera Wang pula terlihat bersahaja mempamerkan body yang masih kencang.

 

TENTANG VERA WANG

Meskipun baru menyambut hari jadi ke-72 pada 27 Jun lepas, Vera Wang membuktikan bahawa usia hanya sekadar angka kerana jiwa fesyen ‘memudakan’ dirinya. Terpegun betul tengok foto-foto beliau berbusana streetwear,

apa agaknya rahsia langsing dan rambut hitam lebat tu?

 

1. Pereka Fesyen Gaun Pengantin

 

Vera Wang adalah seorang pereka gaun pengantin yang terkenal. Beliau mula meneroka perniagaan fesyen sendiri pada tahun 1989. Ketika itu, beliau merancang gaun pernikahannya sendiri.

Vera Wang kemudian terus belajar mengenai teknik dan rekaan gaun pengantin, hingga akhirnya mewujudkan Vera Wang Bridal House.

 

2. Anak Jati New York

Vera Ellen Wang lahir pada 27 Jun 1949, tahun ini usianya memasuki 72. Meskipun sudah memasuki golden age, tapi penampilannya tetap segar bagai wanita 40-an.

 

3. Ibu Dua Anak

Vera Wang telah mendirikan rumah tangga dengan Arthur P Becker pada tahun 1989. Sayangnya pernikahan itu berakhir dengan perceraian pada Julai 2012. Mereka memiliki dua orang anak yang diberi nama Cecilia Becker dan Josephine Becker.

 

4. Raih Banyak Pengiktirafan

Sebagai seorang pereka terkenal Amerika, karier Vera Wang juga cemerlang. Ramai selebriti kelas A mengidamkan sentuhannya, malah beliau juga pernah mendapat penghargaan CFDA’s Womenswear Designer of The Year di tahun 2005.

Selain itu, Vera juga pernah mendapat penghargaan Lifetime Achievement Award dari Persatuan Pereka Fesyen Amerika.

 

RAHSIA AWET MUDA

Cukup tidur

Dalam sebuah wawancara bersama Harper’s Bazaar 2012, Vera pernah memberitahu tentang rutin hariannya. Beliau ternyata bukan seorang morning person atau seseorang yang biasa bangun pagi.

Namun demikian, Vera merupakan orang yang disiplin menerapkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam setiap malam. Demi tidur yang nyenyak, Vera selalu berusaha menciptakan suasana yang nyaman dengan suhu rendah.

 

Pemakanan sihat

Lazimnya beliau makan yogurt, buah-buahan segar, telur atau sosej ayam. Salmon panggang dengan beras perang dan lemon serta minum kopi juga antara kegemarannya.

Beberapa menu yang biasa diambil ketika makan tengah hari adalah sashimi dengan beras perang dan sayur-sayuran, brokoli kukus Cina dengan ayam dan nasi, salad artichoke atau ikan dari Sant Ambroeus.

Menjaga pola makan sihat membuatnya bisa mengambil jajan kesukaannya di sela waktu makan, tetapi tentunya tidak setiap hari.

Vera Wang berusaha menghindari minuman soda dan jarang melewatkan waktu makan, termasuk makan malam, malah tegas membatasinya tidak lebih dari pukul 7.30 malam.

Kebiasaannya pereka hebat ini gemar makan malam di luar rumah, dengan pesanan menu-menu sihat.

Sementara pada hari minggu ia biasa mengundang teman-temannya ke rumah dan menghidangkan menu masakan Cina.

 

Berolahraga dan meditasi

 

Vera juga biasa meluangkan sedikit waktunya untuk belajar meditasi dan berolahraga di pagi hari. Bukan aktiviti fizikal berat, tetapi dijalaninya secara rutin.

“Saya biasa berlatih mengangkat beban, tidak berat, hanya sekitar 1kg – 1.3 kg dalam tempoh 5 minit,” terangnya.

 

Membahagiakan diri

Vera mungkin merupakan seorang pereka fesyen ternama yang sibuk, tetapi beliau tidak pernah culas membahagiakan dirinya sendiri. Pada pagi hari setelah berolahraga dan meditasi, beliau akan berendam dan merawat rambut serta kulitnya.

Ketika bekerja pula, beliau sangat jarang menggunakan pakaian formal. Sebaliknya Vera senang memakai t-shirt dan legging dari jenama Balenciaga, Givenchy, Danskin, atau jenama miliknya, Kohl’s.

Selain itu, Vera juga gemar membaca dan menyimpan banyak koleksi buku.

Share
Published by
Norzalina