
Ramadan dah tiba, dan pasti ramai yang tengah cari tempat berbuka puasa yang sedap, menyelerakan dan berbaloi. Kalau korang masih tercari-cari, NONA ada senaraikan 3 restoran dengan buffet Ramadan yang istimewa. Setiap satu tempat ni bukan sahaja ada hidangan yang menyelerakan, tapi juga suasana yang selesa untuk berbuka bersama keluarga dan sahabat. Jangan risau, anda pasti puas hati dengan pilihan makanan yang ada!
Selera Warisan Mines Beach Resort Tawar 100 Hidangan Menyelerakan!
Dengan lebih daripada 100 hidangan yang disediakan, bufet ini menawarkan gabungan cita rasa tradisional dan moden, membawa pengunjung kembali kepada kenangan hidangan warisan yang menyelerakan.
Menurut Pengurus Restoran dan Promosi, Mohd Firdaus Bin Saad, bufet ini bertujuan memberi pengalaman berbuka yang memuaskan dengan pilihan hidangan yang menggabungkan masakan warisan Melayu, India, dan Cina.
Antara hidangan utama yang menjadi tumpuan adalah nasi kandaq basikal, ayam goreng berempah, dan daging masak hitam. Nasi kandaq basikal, yang disajikan dengan pelbagai lauk, pasti menggamit pengunjung yang gemar hidangan nasi. Ayam goreng berempah yang garing di luar dan lembut di dalam, serta daging masak hitam dengan rempah yang kaya, pastinya memenuhi selera ramai.
Untuk penggemar makanan laut, terdapat hidangan ketam masala yang penuh dengan rasa rempah, serta ‘live seafood shellout’ yang disediakan di hadapan pengunjung untuk memastikan kesegaran bahan-bahan yang digunakan.
Bagi penggemar masakan pedas, resort ini menyediakan rendang daging, ayam masak lemak cili api, dan sambal belacan. Rendang daging yang pedas dan kaya rempah, ayam masak lemak cili api yang berlemak dan pedas, serta sambal belacan yang menyegarkan adalah pilihan yang pasti memikat selera.
Semua hidangan pencuci mulut ini disediakan dengan menggunakan resipi turun temurun, memberikan rasa yang asli dan memikat. Tidak lupa juga, pelbagai minuman segar seperti air kelapa muda dan sirap bandung yang menyegarkan turut dihidangkan.
Dengan hiburan live band yang memainkan lagu-lagu klasik, pengunjung dapat menikmati suasana yang lebih santai dan menenangkan. Bufet Ramadan di Mines Beach Resort berlangsung dari 3 Mac hingga 28 Mac 2025, dengan harga bermula RM108 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak
17 Hills Memperkenalkan Buffet Ramadhan Sederhana
Dengan kedatangan bulan Ramadhan, kegembiraan untuk berbuka puasa sudah dapat dirasai. Semestinya ahli keluarga dan sahabat handai akan berkumpul untuk menyambut bulan yang penuh berkat ini, sambil merancang hidangan iftar bersama orang tersayang.
Bagi mereka yang ingin menghindari buffet mewah dan mungkin agak mahal serta lebih gemar hidangan sederhana namun tetap menyelerakan, Restoran 17 Hills di Petaling Jaya dengan sukacitanya memperkenalkan ‘Humble Ramadhan Buffet’ atau Bufet Ramadan Sederhana yang dinamakan bersesuaian menunya.
Dengan harga serendah RM68 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun (kanak-kanak di bawah lima tahun makan percuma), restoran ini menjanjikan menu bufet yang berbaloi dan ‘sederhana’.
Terdapat juga promosi istimewa ‘early birds’ untuk tempahan yang dibuat sebelum 2 Mac pada harga RM55 setiap dewasa dengan kanak-kanak di bawah 12 tahun pada harga RM25 setiap kanak-kanak. Tempahan ‘early bird’ bagaimanapun, mesti dibuat sebelum 2 Mac 2025.
Tempahan yang dibuat selepas 2 Mac 2025 akan dikenakan harga biasa sebanyak RM68 net setiap dewasa, dan RM35 setiap kanak-kanak.
“Kami akan mengubah menu secara berkala, tetapi setiap hari akan memaparkan 10 hidangan berbeza tidak termasuk nasi putih dan beberapa kuih-muih,” kata Raja Iskandar Raja Muktharuddin, pemilik bersama restoran tersebut.
BIFE Charcoal Steakhouse Tawar Masakan Melayu & Churrasco Styled Grilled Meat
BIFE Charcoal Steakhouse merupakan restoran Brazilian Steak terkenal satu-satunya milik penuh Bumiputera yang telah beroperasi sejak November 2019. Tahun ini merupakan tahun kelima restoran yang terletak di The LINC Kuala Lumpur ini mengadakan bufet Ramadan dengan konsep ‘fusion menu’.
Menariknya pada tahun ini, ia menampilkan gabungan unik masakan Melayu dan churrasco styled grilled meat yang menjadi kepakaran restoran ini.
Antara hidangan utama yang ditawarkan termasuk 11 jenis daging panggang premium, Kambing Panggang Istimewa, seleksi pasta dan pelbagai jenis sup seperti Sup Berempah, Sup Sayuran, Mi Goreng Mamak, Nasi Hujan Panas, Rendang, Soto dan banyak lagi.
idak hanya menyajikan daging panggang berkualiti tinggi, restoran ini turut menampilkan hidangan tradisi yang dekat di hati masyarakat Malaysia termasuklah aneka kuih tradisi, Cucur Udang serta juadah pencuci mulut seperti Kek, Aiskrim, Cendol, Air Batu Campur, Buah-buahan, Rojak Buah dan pilihan salad segar.
Pelbagai jenis menu yang disediakan semestinya memenuhi kepuasan penggemar daging termasuklah Australian grain-beef premium Sirloin, Picahna, Garlic Beef, Lamb Shoulder, Chicken Wings, Drummet, Sotong Mediterranean, Udang Harimau dan Pineapple Glaze.