Tular di media sosial, pemain bola sepak, Safawi Rasid mendedahkan isterinya, Syifa Melvin kini sedang hamil dan kehamilannya memasuki usia enam bulan. Safawi Rasid mendedahkan khabar gembira itu melalui TikTok di mana pemain berusia 26 tahun itu mendedahkan jaringan gol yang dilakukan pada perlawanan bola sepak menentang Kepulauan Solomon itu merupakan hadiah khas buat isteri tersayang yang sedang hamil.
Ads
“Ya, dia mengandung. Gol tersebut saya hadiah kepada isteri saya. Doakan kami semoga selamat semua,” katanya.
Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT) ini menyumbat bola di dalam baju semasa aksi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu baru-baru ini sekaligus mengukuhkan lagi khabar angin mengenai Syifa yang kini sedang hamil anak sulung.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 28 November lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat pasangan ini. Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirul Melvin merupakan adik kepada Syatilla Melvin dan gandingan empat beradik ini mengusahakan perniagaan berasaskan kosmetik.
Ads
Safawi sebelum ini menyangkal dakwaan yang mengaitkan dirinya bakal berpindah ke salah sebuah kelab Liga Super yang berpangkalan di Pantai Timur. Menurut Safawi, dia akan terus kekal bersama kem Harimau Selatan.
Ads
“Ya sebenarnya selepas ini saya akan terus kekal di JDT. Saya stay di JDT dan ia muktamad,” ujar Safawi selepas tamat aksi antara Malaysia dan Kepulauan Solomon.
Selepas tamat tempoh peminjaman di kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC, nama pemain berusia 26 tahun ini kembali disebut-sebut peminat bola sepak tempatan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Bernard Arnault mungkin kurang dikenali, namun apabila menyebut barangan mewah seperti Louis Vuitton (LVMH), Givenchy, Kenzo ini sebenarnya pemilik rangkaian barangan mewah terkemuka dunia, Moët Hennessy Louis Vuitton (LVMH) ini menjadi pesaing hebat bilionair lain.
Konglomerat fesyen dari Perancis yang juga merupakan bos jenama Louis Vuitton, Bernard Arnault ini dinamakan individu terkaya di dunia oleh Indeks Billionaires Bloomberg. Arnault, 73, ialah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, konglomerat barangan mewah yang turut memiliki jenama mewah lain seperti Dior, Tiffany dan Bulgari kini mempunyai kekayaan bernilai AS$170.6 billion (RM751 bilion).
Arnault pernah menjadi individu kelima menduduki tangga teratas dalam Indeks Kekayaan Bloomberg sejak diperkenalkan 2012.
Menariknya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi kumpulan jenama barangan mewah, LVMH, iaitu pemilik kepada beberapa jenama seperti Louis Vuitton, Givenchy dan Kenzo itu terus mencatatkan keuntungan yang kukuh walaupun menghadapi masalah ekonomi global. Arnault memiliki lebih daripada 97 peratus pegangan dalam Dior, membolehkannya memiliki 41 peratus LVMH, lapor Wall Street Journal.
Arnault sebaris dengan taikun Mexico, Carlos Slim; pengasas Microsoft, Bill Gates; pengasas Amazon, Jeff Bezos serta pemilik Tesla, Elon Musk.
Berdasarkan Forbes Real Time pada 27 Januari lalu, Arnault adalah orang terkaya di dunia dengan kekayaan mencapai $213.5 bilion (RM909.08 bilion). Arnault yang kini berusia 74 tahun merupakan anak kelahiran Roubaix, utara Prancis.
Meskipun sangat sukses mengelola bisnes fesyen dengan jenama mewah terkenal dunia, dia sebenarnya tidak memiliki latar belakang dalam bidang fesyen.
Setelah menamatkan pengajian dari Lycée Maxence Van Der Meersch di Roubaix, Arnault melanjutkan pelajaran di Sekolah Kejuruteraan Elit di École Polytechnique di Palaiseau dan tamat pada 1971.
Selepas tamat pengajian, Arnault terus bekerja dalam perindustrian pembinaan sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada pada 1981 dan menceburi bidang hartanah.
Dia pertama kali menceburkan diri dalam bisnes rangkaian barangan mewah pada tahun 1984 apabila mengambil alih Boussac Saint-Freres, kumpulan tekstil muflis yang memiliki, Christian Dior.
Jom semak profil jutawan low profile ini:
Pembelian pegangan dalam LVMH menyaksikan dua syarikat utamanya, Louis Vuitton dan Moet Hennessy bergabung pada tahun 1987. Sepanjang tiga dekad seterusnya, dia menjadikan LVMH sebagai ‘raksasa mewah’ yang menjual minuman beralkohol, fesyen, barangan kulit, jam tangan, barang kemas, perhotelan, minyak wangi dan kosmetik melalui lebih 5,500 kedai di seluruh dunia.
Pada 2019, LVMH mula melaburkan wang untuk membeli grup perhotelan mewah iaitu Belmond, yang mengelola 46 hotel, kereta api, dan kapal pesiar.
Walaupun menjadi tunjang belakang lebih 75 jenama mewah seperti Louis Vuitton, Givenchy dan Kenzo, Arnault kurang dikenali kerana tidak aktif di media sosial termasuk Twitter, dan jarang membuat penampilan secara terbuka.
Sepanjang dua perkahwinannya, dia mempunyai lima orang anak yang kesemuanya bekerja di firma atau salah satu jenama miliknya.
Baru-baru ini, LVMH menarik balik had umur ketua pegawai eksekutifnya sekali gus membolehkan Arnault kekal menerajuinya sehingga 80 tahun. Oktober tahun lalu, Arnault dilaporkan berkata, LVMH menjual jet peribadinya bagi memastikan dia kekal tidak menonjol (low-profile). – inesw.id
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntung rakyat negeri Kedah! Selepas keindahan bunga ala sakura di Alor Setar dan gelung jerami padi di Yan, Kedah mencuri tumpuan ramai serta tular di media sosial, kini negeri jelapang padi tersebut sekali lagi menjadi bualan ramai terutamanya ‘kaki selfie’ apabila satu lagi lokasi menarik didedahkan baru-baru ini.
Sekali lagi digambarkan seperti suasana di luar negara… kewujudan sebuah kawasan luas yang dihuni bunga lalang yang berada berhadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Ketil, Kedah ini mencipta fenomena luar biasa bukan saja dalam kalangan penduduk setempat bahkan pengunjung dari serata Malaysia. Sampaikan ada yang mengandaikan pemandangan di sana ibarat berada di bumi Korea!
Siapa sangka, dari belukar kawasan tersebut menjadi tempat menarik untuk bergambar kenangan. Lambaian bunga lalang yang mekar tumbuh di padang seluas satu hektar itu nyata berjaya menerbitkan persekitaran santai, tenang dan romantik. Patutlah ramai yang datang bergambar, termasuk pasangan mempelai yang mahu memahat memori indah berlatarbelakangkan bunga lalang.
Memetik laporan Sinar Harian, ia merupakan tanah milik orang perseorangan yang terbiar dan pernah terbakar pada Februari lalu. Selepas terbakar, lalang semakin tumbuh meliar dan baru-baru ini sahaja ia berbunga. Disebabkan tarikan bunga lalang yang berwarna putih dan kekuningan itu, ramai yang berkunjung ke sini sekitar pukul 6 petang hingga ke waktu senja untuk mendapatkan pemandangan matahari terbenam.
Ramai juga yang sudah memuatnaik dan berkongsi foto kenangan mereka ketika berada di Kuala Ketil ini. Memang cantik! Namun, bagi yang berhasrat untuk bergambar di sini pastikan kenderaan anda diletakkan dalam jarak yang selamat di bahu jalan agar tidak mengganggu aliran lalu lintas selain berwaspada dengan haiwan berbisa yang mungkin ada di tanah terbiar berkenaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tersentuh hati tatkala melihat beberapa keping gambar frontliners mengerjakan solat di ruang ‘perjuangan’ mereka tatkala membantu pesakit Covid-19 di hospital-hospital di seluruh negara. Letih, masa solat yang terhad dan masih berpakaian PPE, menjadi pendorong untuk peneraju rekaan telekung berinovasi, Siti Khadijahb Apparel Sdn Bhd (Siti Khadijah) menyumbang sebanyak 600 pasang telekung trade-in Siti Khadijah kepada barisan hadapan atau frontliners yang bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab bagi mengekang wabak Covid-19 di Malaysia.
Sumbangan telekung SK merupakan hasil pembelian dan pemberian
pelanggan-pelanggan SK (#FamiliSK) menerusi Kempen Trade-In Telekung SK yang
telah dijalankan sejak tahun lepas. Secara tidak langsung, #FamiliSK turut menjadi
penyumbang utama dalam memanfaatkan projek CSR Siti Khadijah di kala krisis
penularan wabak Covid- 19 yang sedang berlaku.
Siti Khadijah telah menjalinkan bekerjasama dengan NGO iaitu Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS) bagi sumbangan telekung ke dua buah hospital, iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh. Telekung terpakai yang masih elok itu telah dibersihkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada kepada kakitangan hospital yang memerlukan. Selain daripada itu, Siti Khadijah juga turut menyumbang sejumlah 130 helai tudung sarung untuk kegunaan barisan hadapan.
Sebagai syarikat pembuatan yang turut terjejas dengan krisis ini di mana keseluruhan operasi kilang jahitan ditutup, Siti Khadijah berharap agar sumbangan kecil daripada Siti Khadijah ini mampu menyuntik semangat dan motivasi kepada barisan hadapan dalam menjalankan amanah dan tugasan dalam situasi yang sangat mencabar.
Pihak SK juga mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan buat barisan hadapan yang bertugas sehabis baik dalam usaha mengekang wabak Covid-19 ini. Malah pihak Siti Khadijah amat menggalakkan agar #FamiliSK yang ingin menyalurkan sumbangan seiklhlas hati, boleh berbuat demikian melalui saluran akaun di bawah. Lebih istimewa, setiap sumbangan yang mencukupi RM50, sepasang telekung Siti Khadijah akan diberikan kepada barisan hadapan yang memerlukan. Alhamdulillah.
Maybank : 5628 3460 9847
Nama akaun : Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...