Universiti Oxford akan mewujudkan anugerah khas sebagai tanda penghargaan terhadap saintis kelahiran Malaysia, Mendiang Dr Ling Felce yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 1 Mac lalu.
Mendiang Dr Ling Felce disifatkan universiti itu sebagai seorang saintis yang memiliki pemikiran luar biasa selepas mendiang melakukan kajian tindak balas imun terhadap COVID-19 sebelum kematiannya.
Menurut laporan portal berita BBC News, pengenalan anugerah khas tersebut akan diiringi bantuan kewangan untuk menyokong bimbingan latihan kepada penyelidik-penyelidik baharu.
Gambar Hiasan
Mendiang Dr Ling Felce merupakan tulang belakang di sebalik pembangunan biologi pengkomputeran sebaik tamat Program Latihan Data Sains Bioperubatan di Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall.
Sehubungan itu, Akademi Sains Perubatan Universiti Oxford (CAMS) akan mewujudkan Anugerah Ling Felce yang menawarkan bantuan kewangan untuk anak muda yang berminat mengikuti program bergelar penyelidikan biologi pengkomputeran.
Info mengenai Mendiang Dr Ling Felce:
- Dr Ling dilahirkan di Malaysia pada 1986 dan berpindah ke London pada 1991 bersama keluarganya.
- Pada 2005, dia melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford bagi mengikuti pengajian dalam jurusan biokimia dan mendapat ijazah doktor falsafah di Jabatan Farmakologi Klinikal Universiti Oxford.
- Ibu kepada dua cahaya mata berusia tiga dan lima tahun itu bekerja sebagai saintis dan baru-baru ini menjalankan penyelidikan mengenai tindak balas imun manusia terhadap Covid-19 serta kanser.
- Foto:www.thisisoxfordshire.co.uk/
- Suami Dr Ling yang dikenali sebagai James Felce menyifatkan Wong sebagai ‘cahaya’ keluarga dan dia sekeluarga sangat sedih kehilangannya pada usia begitu muda di saat mempunyai begitu banyak impian untuk diri mendiang dan anak-anak.
- Dr Ling juga digambarkan rakannya sebagai bijaksana, mudah mesra dan seorang yang optimistik.
- Dr Ling dipercayai sedang berbasikal apabila sebuah lori merempuhnya di persimpangan St Clement’s Street dan The Plain di Oxford.
- Oxford Mail melaporkan Dr Ling meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan menimpanya itu.
- Robert Whiting, 39, hadir di Mahkamah Majistret Oxford untuk didakwa kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian ketika berada bawah pengaruh dadah.
- Foto:www.thisisoxfordshire.co.uk/
- Suspek juga didakwa kerana memandu tanpa lesen dan insurans.
- Dia kini ditahan reman dan dijangka hadir di Mahkamah Oxford Crown pada 28 Mac.
Sumber: Astro Awani
Ibu Tunggal Contoh, MARIANNY ISMAIL Bertanding Untuk Mrs Malaysia World 2018!
Memegang status ibu tunggal dua orang anak dalam pada masa yang sama bekerja dalam sektor profesional menjadikan Marianny Ismail seorang wanita selayaknya dipandang tinggi. Bahkan, beliau yang bekerja dalam industri petroleum termasuk proses cari gali minyak dan gas berjaya menjadi salah seorang finalis Mrs Malaysia World 2018.
Bukan itu sahaja, beliau juga mempunyai bisnes butik perkahwinan sendiri yang terletak di Titiwangsa.
“Sudah 11 tahun saya bekerja dalam industri petroleum. Selain itu, saya juga mengusahakan butik perkahwinan sendiri yang diberi nama Maria Salinne dan mempunyai pengalaman sebagai seorang model. Saya juga merupakan seorang ibu kepada sepasang cahaya mata yang kini masing-masing berusia 6 dan 4 tahun”, jelas Marianny yang berusia 33 tahun memperkenalkan diri.
Melihatkan wajahnya yang ayu dan bertemankan suara lemah lembut, tidak menyangka sebenarnya wanita ini mempunyai hati cekal walaupun pernah melalui episod hitam dalam rumah tangganya apabila bercerai dengan bekas suami sekitar dua tahun lalu.
“Selepas melalui proses penceraian bersama bekas suami, orang boleh bercakap apa sahaja tentang diri saya. Namun, ia terpulang untuk saya menerimanya atau tidak. Apa yang penting, saya tahu apa yang saya buat dan tidak melakukan apa-apa kesalahan”, kata Marianny.
“Dalam hidup ini, anda harus percaya kepada diri sendiri dan buat apa saja perkara yang anda minat dan mampu membahagiakan kehidupan anda”, tambahnya lagi.
Menggalas tugas sebagai seorang ibu tunggal juga menjadi satu cabaran buat Marianny. Namun, beliau mempunyai cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anaknya.
“Demi menjaga privasi anak-anak, saya jarang upload gambar mereka berdua di sosial media. Saya mahu mereka fokus dengan kehidupan sebenar terutamanya dalam pelajaran.
Dari segi penggunaan gajet seperti handphone pula, saya akan pastikan mereka aware dengan kesan buruk menggunakan handphone secara berlebihan. Saya akan menunjukkan video atau artikel berkaitan seperti mata kanak-kanak yang rabun dan memaksimakan penggunaan handphone selama 10 minit sahaja kepada mereka”, jelas wanita kacukan filipina dan cina ini.
Adat setiap pertandingan pasti ada yang kalah dan menang. Namun, Marianny sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam pencarian Mrs Malaysia World 2018 kali ini untuk menyumbang balik kepada masyarakat.
“Menariknya menyertai pertandingan ini, ia memberikan saya satu semangat yang baharu, menjadikan saya lebih berdisiplin selain mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi apa jua cabaran mendatang”, jelasnya mengakhiri perbualan.
Pertandingan akhir Mrs Malaysia World 2018 akan berlangsung pada 29 September ini di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur. Pertandingan ini memberi ruang kepada para ibu dan isteri dan peserta tidak sahaja dinilai daripada rupa paras, tapi keperibadian menarik dan sumbangan kepada masyarakat.
Pernah Dihalau Dari Rumah Sewa & Hidup Susah Cetus Semangat DATUK AYU PUTEH Buat Kebajikan
Penerbit yang juga CEO Pencil Pictures Records, Datuk Normashayu Puteh seorang yang sangat merendah diri. Biarpun ada segala-galanya namun beliau tidak pernah menganggap dirinya ‘hebat’ sebaliknya jiwa prihatin yang dimiliki mencerminkan keperibadiannya yang sebenar.
Seronok mendengar perkongsian tentang kerja-kerja kebajikan ibu anak 5 berusia 45 tahun ini. Segalanya atas inisiatif sendiri sambil dibantu anak-anak. Bangga sangat dengan Datuk Ayu kerana selain bergelar isteri, ibu serta penerbit, beliau masih berkesempatan turun padang dalam urusan kebajikan. Beliau juga merupakan pengasas sebuah sekolah tahfiz.
KEKUATAN
“Perlu ada mindset yang betul bagaimana untuk bahagikan setiap rutin tugasan. Tetapi niat untuk buat kerja-kerja kebajikan tu memang sentiasa ada. Cuma dari segi masa, mungkin dalam seminggu tu 2 atau 3 kali. Buat masa ni Rabu dan Jumaat. Lebih afdhal lagi kalau hari Jumaat.
Semangat tu datang dari apa yang didengar melalui apa yang disampaikan oleh Ustaz dan Ustazah. Atau rakan-rakan yang selalu buat kebajikan, mereka cakap kalau kita nak tenang hati kita selalulah bersedekah. Tak kira siapa dan bangsa apa asalkan kita niat nak bantu mereka. Secara tak langsung ia memberi kesan ke hati saya.
Memang tak semua orang terjentik hati untuk buat begitu tapi bila ianya sampai dan banyak dugaan yang Allah bagi pada kita seperti dalam rumahtangga, berniaga, kelakuan anak-anak, ahli keluarga dan sebagainya kita akan mula terfikir di mana silapnya. Hati jadi tak tenang.
Sebelum aktif dalam kebajikan, ada jugalah saya bantu rakan-rakan. Tetapi belum ada lagi yang DM (direct message) minta bantuan. Masa PKP pertama dulu ada 2-3 orang yang minta bantuan. Saya ada beri bantuan tetapi tidaklah expose. Lama-kelamaan bila mereka hantar gambar dan sebagainya kita jadi lebih bersemangat sebab nak bagi mereka senyum, dapat makan. Hati ni tenang sangat bila dapat bantu orang susah.
Semangat tu datang dari anak-anak dan ahli keluarga juga. Saya pernah merasa susah dari kecil sampai dewasa, jatuh bangun beberapa kali. Kereta berbulan-bulan tak bayar sampai kena tarik. Dengan susu anak tak cukup, lepas tu dengan nak sekolah lagi. Saya dah lalui semua tu. Inilah pencetus semangat saya untuk buat kebajikan.
Saya bergerak tanpa NGO, kumpulan atau mana-mana persatuan sukarela. Saya buat atas rasa ehsan tengok orang-orang susah, kerana pengalaman sendiri pernah merasa susah. Kita memberi bukan sebab nak tunjuk kita kaya, kita senang. Tapi sebab pernah merasa apa yang mereka rasa. Buat masa ni memang sendiri dengan anak-anak.
Saya juga merupakan penaung sekolah tahfiz di Kepong. Selalunya kami sering terima bantuan tetapi sejak PKP sekolah pun tak buka, saya bersama pihak tahfiz dan mudir mendapat dana sama ada daripada rakan-rakan atau jiran-jiran kami beli barang-barang keperluan asas dan bungkus. Kami pula yang memberi. Ketika mula-mula buka tahfiz tu banyak yang memberi. Dari tahfiz tu mana barang-barang asas tu kami bungkus dan berikan bantuan.
Dari situlah saya bermula dengan bergerak sendiri dan dibantu anak-anak. Alternatif kami sendiri. Buat Live di Instagram, Facebook bersama followers sambil ajak mereka sama-sama membantu ikut kemampuan masing-masing.
Momen paling terkesan, kisah seorang ibu tunggal anak 5. Kecil-kecil lagi anaknya. Rumah pula kosong tanpa perabot, televisyen dan sebagainya. Dengan keadaannya yang tak terurus, keperluan anak-anak seperti susu pun tiada buatkan saya rasa sangat sedih. Bila dia lihat barang di tangan saya matanya dah berair. Bagi saya dia bersyukur sebelum kita memberi. Mata dan wajahnya memberitahu bahawa dia sangat susah dan memerlukan. Momen ini beri saya semangat yang lebih kuat untuk membantu. Senyuman mereka tu dah memberi kepuasan buat saya.
KONGSI DI SOSIAL MEDIA
Sebab apa perlu ambil gambar tentang aktiviti kebajikan dan tunjuk di sosial media? Sebenarnya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Buat kebajikan ni bukan mudah. Nak betul-betul ikhlas kena tanam dalam dada, jangan sampai nampak. Ibarat semut hitam di atas batu.
Tujuan saya kongsi di sosial media kerana ini satu amanah. Orang derma duit, hantar makanan pada kita jadi nak tunjuk kepada mereka bahawa bantuan itu sampai kepada yang sepatutnya. Selain itu, nak jentik hati orang-orang yang belum sedar bahawa banyak orang susah untuk dibantu. Sedikit pun tak mengapa asalkan terjentik hati tu. Jangan kita rasa tak cukup untuk memberi. Insha-Allah akan ada saja rezekinya nanti. Kita beri orang senang hati, kita pun senang. Rasa bersyukur sangat.”
Kredit Foto: Instagram @ayuputeh
Ustaz Ebit BELANJA McDonalds dan KFC Pada PARA FRONTLINERS Covid-19
7 hari dalam tempoh kuarantin ini banyak perkara yang membuka mata kita. Ramai syarikat tampil menghulur bantuan kepada frontliners yang bertungkus-lumus bekerja sinag dan malam untuk memastikan musuh utama kita tika ini, Covid-19 tidak terus mencari ‘perumah’ baharu.
Dalam perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew di akaun Instagramnya, beliau turut terkesan dengan segala jasa frontliners yang bersekang mata bekerja dan terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan tanggungjawab kerjaya.
“Terasa kasihan bila tengok polis tentera yang saat ini bergabung bersama menjaga negara. Seharian tadi saya beli McDonald bawakan untuk mereka. Syukur pada Allah. Sungguh-sungguh mereka jaga semua jalan seluruh kl dan Malaysia. Ada yang penat letih,” tulisnya di akaun Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Ustaz Ebit adalah di antara penceramah bebas yang sering mengadakan oertemuan bersama insan-insan gelandangan, sering menyampaikan ceramah secara terbuka di tempat-tempat yang menjadi tumpuan anak-anak remaja malah beliau juga sering berceramah di kelab-kelab malam dengan niat untuk memberikan nasihat agama kepada mereka.
Di kala ini, Ustaz Ebit mengambil inisiatif untuk turut sama membantu frontliners biarpun di mana sahaja mereka berada. Kata beliau lagi, kegembiraannya lebih berganda apabila mendapat pertolongan daripada kakitangan restoran segera itu.
“Ya Allah happy rasa dapat memberi sedikit kata semangat dan tumpang pahala dan kebaikan mereka. Adik McD tadi memang baik sangat. Terima kasih adik McD Gombak. Semua membantu tolong saya masukkan dalam kereta dan saya hadiahkan mereka buku doa.
Saudaraku duduklah dirumah. Jangan susahkan tugas mereka. Penat ada yang melawan kadang kesana sini. Panjang jalan jem. Mudahkanlah abang polis dan tentera kita ini. Yang keluar jangan bawa laju-laju. Bahaya untuk mereka. Terimalah ya Allah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah.”
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Apabila membaca caption yang ditulis Ustaz Ebit sendiri, kita sendiri juga berasa sedih dan sayu melihat pengorbanan frontliners yang berada di hospital. Ketika beliau singgah sebentar bagi penyampaikan KFC untuk kakitangan di sana, doa yang dititip cukup ‘membelah jiwa’.
“Ya Allah disini ramai orang saya sayangi dikuarantin. Jagakanlah mereka semua. Sembuhkanlah mereka ya Allah. Yang diicu selamatkan mereka ya Allah. Segera sembuhkan mereka. Berilah keajaiban mu. Hilangkanlah wabak virus covid 19 di seluruh Malaysia dan dunia ya Allah.”
Selain sumbangan berupa makanan, baru semalam Ustaz Ebit dan pasukannya berusaha mencari portable shower yang disewa khusus buat petugas Hospital Putrajaya. Kemudahan ini pastinya akan digunakan oleh mereka yang ingin membersihkan diri terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah usai tugasan di hospital.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Meremang juga apabila memikirkan sejauh mana Covid-19 akan terus mengganas. Kata Ustaz Ebit, selagi kita mempunyai kudrat dan kewangan, mungkin boleh digunakan sebaiknya untuk saham akhirat. Ustaz Ebit juga tidak lupa untuk mendapatkan stok topeng muka kerana di mana-mana pun ia menjadi cukup terhad penggunaannya.
Memilih untuk membeli topeng muka dan disampaikan kepada yang memerlukan. 10,000 topeng muka itu akhirnya dapat dibeli dari pelbagai sumber walaupun dengan harga yang sangat mahal.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
“Akhirnya saya dapat beli 10 ribu mask dari beberapa orang yang menjualnya. Walau mahal dari biasa. Takperlah. Syukur saya dah hadiahkan pada yang minta pada saya sebelum ini. Duit waktu ni boleh menjadi saham akhirat. Ya Allah terimalah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah. Dan sihatkan semua kawan-kawan saya di semua hospital dan bantulah kami semua ya Allah.”
Kredit video: Instagram Ustaz Ebit Lew