Universiti Oxford akan mewujudkan anugerah khas sebagai tanda penghargaan terhadap saintis kelahiran Malaysia, Mendiang Dr Ling Felce yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 1 Mac lalu.
Mendiang Dr Ling Felce disifatkan universiti itu sebagai seorang saintis yang memiliki pemikiran luar biasa selepas mendiang melakukan kajian tindak balas imun terhadap COVID-19 sebelum kematiannya.
Menurut laporan portal berita BBC News, pengenalan anugerah khas tersebut akan diiringi bantuan kewangan untuk menyokong bimbingan latihan kepada penyelidik-penyelidik baharu.
Mendiang Dr Ling Felce merupakan tulang belakang di sebalik pembangunan biologi pengkomputeran sebaik tamat Program Latihan Data Sains Bioperubatan di Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall.
Sehubungan itu, Akademi Sains Perubatan Universiti Oxford (CAMS) akan mewujudkan Anugerah Ling Felce yang menawarkan bantuan kewangan untuk anak muda yang berminat mengikuti program bergelar penyelidikan biologi pengkomputeran.
Info mengenai Mendiang Dr Ling Felce:
Sumber: Astro Awani
This website uses cookies.