Gaya Hidup

Untuk Tampil Bergaya, Ini 4 ITEM FESYEN Yang Wanita Bertubuh Besar Wajib Ada!

Setiap wanita pastinya ingin kelihatan cantik menawan. Bonus buat wanita yang mempunyai bentuk badan yang langsing untuk menggayakan apa jua jenis pakaian yang digemari.

Berbeza dengan dengan mereka yang mempunyai bentuk badan yang besar. Mereka harus bijak dalam menata gaya agar tidak kelihatan seperti badut. Jangan bimbang, ada cara mudah untuk anda tampil anggun dan menawan.

Jom Nona kongsikan 4 item fesyen wajib ada untuk wanita bertubuh besar!

SELUAR DENIM RONA BIRU GELAP

Semua orang tahu yang warna gelap memberi ilusi lebih langsing. Sekiranya bahagian peha atau kaki anda lebih besar, denim warna gelap adalah item fesyen paling sesuai untuk anda. Gayakan bersama baju-t polos longgar atau kemeja oversized untuk melengkapi gaya harian anda.

TALI PINGGANG

Tali pinggang mungkin hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa. Tidak kira apa juga bentuk sekalipun tali pinggang membantu anda menghargai bentuk pinggang pada tubuh anda. Bahkan ia juga membantu anda untuk tampil lebih kemas dalam apa juga pakaian yang anda pakai.

SEPATU BERTAPAK TEBAL

Usah paksa diri anda untuk cantik dengan memakai kasut yang tidak selesa. Bukan sahaja ia memberikan tekanan pada kaki bahkan ia juga boleh memudaratkan kaki anda. Pilih kasut atau sepatu bertapak tebal untuk membantu menstabilkan pergerakan anda ketika berjalan.

SKIRT POTONGAN PENSEL

Ukuran skirt jenis ini mungkin agak sendat namun ia memberikan penampilan yang kemas dan menghargai bentuk tubuh anda secara tidak langsung. Sekiranya anda kurang selesa dan mahu menutup bahagian pinggul, adunkan ia bersama kardigan tidak berbutang paras bawah pinggang.

Share
Published by
Fadhli Ismail