Setiap wanita pasti mementingkan keselesaan saat memilih seluar atau celana untuk disarung setiap hari. Celana yang diperbuat daripada material terbaik bakal memberikan keselesaan tiada tara buat si pemakai. Selain itu, celana yang trendy dengan rekaan terkini akan membuatkan penampilan wanita lebih anggun dan menawan. Untuk tahun 2018, pelbagai rekaan celana yang boleh didapati di pasaran. Jom Nona longsikan 5 stail celana yang harus wanita anda bagi menonjolkan penampilan yang memukau.
1. ESTETIK WIDE-LENGTH
Trend celana wide-length masih lagi menjadi pilihan utama kala bergaya! Bukan sahaja tampak selesa malah anda akan kelihatan lebih tinggi dan langsing.
2. CELANA PATSY
Ilham sporty dan bersahaja yang digayakan oleh ikon fesyen, Rihanna bakal menjadi trend 2019. Rekaan berjalur lurus ala track suit dalam duo rona berbeza adalah trademark utama.
3. DENIM ROSAK
Pilihan celana denim juga paling penting kerana ia mudah disuaipadan bersama persalinan yang polos. Rekaan denim rosak antara pilihan utama penggemar fesyen masa kini.
4. PIJAMAS MOOD
Apa kata beranikan diri untuk tampil bergaya dalam persalinan kamar anda! Yang penting ada aksesori tambahan agar gaya tampak lebih chic!
5. EXPOSED ZIPPER
Rekaan perincian zip besar di hadapan potongan seluar kasual kian menjadi kegilaan masa kini. Ianya seperti simbolik statement bagi gaya seluar kasual ini.