Fesyen

Untuk Wanita Yang Suka Mamakai PAKAIAN BERMOTIF, ini 4 Panduan Penting Yang Wajib Anda Ketahui!

Pakaian bermotif tentunya menyerlahkan personaliti anda. Selain itu, ia memberi gaya yang lebih menyeronokkan buat penampilan anda. Menyuai padan helaian yang bercorak dan tekstur yang berlainan adalah satu perkara yang menyeronokkan di dalam dunia fesyen sebenarnya tetapi ianya sedikit berisiko jika kita tersalah menyuai padankannya. Nona kongsikan cara untuk suai padan helaian bercorak dalam berfesyen jika anda sudah bersedia untuk memperagakannya.

1. GUNAKAN HANYA SATU RONA YANG SEANGKATAN

Untuk berfesyen dengan helaian bercorak, anda harus memastikan yang ianya berona yang sama atau berkaitan. Kontra dalam berfesyen adalah sesuatu yang unik tetapi pastikan ianya kekal sebati bersama apabila disuai padan, jadi ia tidak akan tampak janggal di mata khalayak ramai.

2. SEIMBANGKAN DENGAN RONA SOLID

Apabila anda ingin mengenakan helaian yang bercorak, ia penting untuk tidak menggunakan kesemua helaian dengan corak yang berbeza. Berikan sedikit helaian bercorak solid atau rona plain.Terlalu banyak corak dalam satu outfit sebenarnya tampak lebih sarat dan melebih-lebih.

3. PILIH CORAK YANG TIDAK BERCANGGAH ANTARA SATU SAMA LAIN

Sebagai contoh, corak bungaan dan kotak-kotak amat tidak suai untuk dipadankan bersama dalam satu persalinan. Cuba gunakan corak yang kecil dan satu lagi helaian dengan corak yang lebih understated agar ia serasi antara satu sama lain. Ia sebenarnya idea yang baik dalam menggayakan helaian dengan dua corak berbeza dalam fesyen tetapi asalkan ia masih dalam rona keluarga yang sama.

4. PILIH HELAIAN BERCORAK LEMBUT ATAU HALUS

Kadang kala memilih corak yang lembut dalam fesyen adalah idea yang bagus. Skarf rambut bercorak flora berganding dengan baju solid dan skirt dengan corak polka dot bersaiz kecil padanan yang sangat baik dalam berfesyen dengan helaian bercorak.

Share
Published by
Fadhli Ismail