Untung Belle Al-Yahya Punya Puteri Sulung Yang Penyayang, Sejuk Perut Ibu Mengandung

Baru-baru ini Belle Al-Yahya berkongsi kegembiraannya menyambut majlis ulang tahun kelahiran puteri sulungnya, Ammara yang ketiga. Kemeriahan majlis yang berkonsepkan Princess itu sangat cantik. Hiasan istana pada deko dan kek mencuri tumpuan.

Bertuah Belle Al-Yahya dikurniakan anak perempuan yang sangat prihatin dan penyayang. Belle Al-Yahya turut berkongsi di laman Instagramnya tentang puteri kesayangannya itu.

“Alhamdulillah harini genap Ammara 3 tahun. Walaupun baru 3 tahun tapi dah nampak Ammara anak yang baik dan kakak yang baik. Kalau Belle demam, dia akan cakap ‘Nanti Ammara suap umi ubat ok’. Kalau Belle careless

, dia akan cakap ‘Be careful umi’. Kalau Belle belikan dia something, dia akan cakap ‘Thank you umi, i love u so much

Kalau dia nak pergi school and tinggal Umar, dia akan cakap ‘Can I bring Umar to school please because Umar tak ada kawan nanti’. Kalau @carlsamsudin drive sambil tengok handphone, dia akan cakap ‘No telephone please daddy, be careful’. Kalau ada orang usik nak ambil Umar bawa balik, dia akan cakap ‘No! Cannot! Umar is my brother!’

Bila Belle tanya do you want anything for your birthday

? Dia cakap ‘Can I be princess please umi’. How can I say no? Because u r such a good daughter,” kongsinya.

Syukur kerana mendapat anak yang baik budi pekerti seperti Ammara ini. Pendidikan awal itu sudah semestinya bermula dari rumah dan melalui pendidikan awal ibu dan bapa. Tahniah Belle Al-Yahya kerana berjaya mendidik anak seperti Ammara.

Bercerita tentang kecantikan pula, kongsi Belle Al-Yahya, “Kecantikan diri penting bagi wanita untuk tampil lebih yakin dalam menguruskan pekerjaan seharian. Ramai salah anggap wanita yang menjaga kecantikan hanya untuk menarik perhatian lelaki. Bagi saya ia tidak benar kerana wanita sememangnya sukakan kecantikan daripada segala aspek bukan sahaja rupa paras.

Terpulang kepada apa jenis pekerjaan seseorang. Tetapi, yang paling penting adalah keyakinan diri. Untuk meningkatkan keyakinan diri, wanita perlu menjaga penampilan supaya nampak menarik atau presentable di mata client, bos dan rakan sekerja supaya mereka lebih yakin akan kebolehan diri kita.

Share
Published by
Hamizatul Maizan