Untung Jadi Anak Pereka Fesyen! Sentuhan Peribadi RIZMAN NORDIN Untuk Baju Sekolah RIZQAA!

Kalau dah bapanya seorang pereka fesyen, sudah tentu anaknya mendapat sentuhan eksklusif si bapa untuk apa jua pakaian yang bakal digayakan! Itulah kelebihan yang dimiliki oleh Rizqaa apabila bapanya mereka busana khas untuknya ke sekolah!

“Hmm.. when your dad is a fashion designer and he decides to do my own school uniform”-RIZMAN NORDIN.

Menjengah ke laman Instagram milik Rizman, pereka fesyen terkenal itu memuat naik beberapa keping foto Rizqaa yang mengenakan pakaian rona hijau untuk ke sekolah. Menariknya, pakaian tersebut mendapat sentuhan dari Rizman sendiri yang mereka pakaian tersebut khas untuk puterinya itu!

Foto tersebut turut menarik perhatian beberapa selebriti tempatan  antaranya termasuklah Mira Filzah,Catriona Ross dan Linda Rafar yang memuji pakaian yang digayakan oleh Rizqaa ke sekolah!

Untuk rekod, Rizqaa mula mendaftarkan diri ke tadika pada tanggal 10 Januari yang lalu. Keterujaan Rizman mahupun isteri tersayang, Nurida Suraya menghantar anak perempuan mereka ke tadika jelas terpancar apabila memuat naik beberapa foto kerenah Rizqaa di tadika pilihan mereka.

Kecomelan wajah Rizqaa sering menarik perhatian umum apatah lagi dengan penataan gaya yang diselaraskan oleh kedua ibubapanya yang sentiasa nampak cantik dan sepadan. Untuk rekod, Rizman mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Nurida Suraya pada  13 September 2019 dan dikurniakan anak perempuan, Princess Rizqaa pada tahun 2020.

 

 

 

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu