Dapat Gaji 5 Bulan Penuh & Cuti Bersalin Setahun, Perkongsian DR AMALINA Buat Ramai Makan Hati

Umum mengetahui tentang berita kehamilan Dr. Amalina yang kini sedang sarat hamil (trimester) dan masih lagi bertugas. Selepas mendirikan rumah tangga dengan Alexander Charles pada 2021, Dr Amalina juga nyata tidak dapat menyembunyikan keterujaannya mendapatkan cahaya mata pertama, apatah lagi banyak berkongsi tentang perkembangan kesihatan dan kandungannya.

Baru berkongsi gambar di majlis baby shower nya, selain berkongsi perihal tersebut, Dr Amalina yang juga merupakan bekas pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga merupakan pakar bedah banyak menghabiskan masanya menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan di media sosialnya terutama sekali rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan semasanya.

Namun baru-baru ini, soal jawab di IG story Dr Amalina nyata mencuri tumpuan selepas beberapa soalan diajukan berkaitan manfaat yang diterima beliau selepas melahirkan. Antara soalan yang sempat dijawab adalah berkaitan berapa lama cuti bersalin yang bakal atau boleh diambil oleh Dr. Amalina selepas bersalin nanti.

BACA JUGA: Memilih Status Kerakyatan British, Dr. Amalina Punya Alasan Tersendiri “Anak Anak Kami Tetap Berdarah Kacukan Melayu”

Jawab Amalina, cuti bersalinnya akan bermula pada minggu yang dijangka akan bersalin malah diberi pilihan untuk menggunakan cuti sehingga setahun namun dia berkemungkinan akan cuti selama 10 bulan. Bukan itu saja, Dr. Amalina turut menerima soalan berkenaan dengan gaji yang bakal diterima sepanjang cuti bersalin dan jawapannya memang buatkan ramai melopong.

“Saya akan dapat gaji penuh untuk 5 bulan pertama lepas bersalin dari tempat kerja saya dan kemudiannya akan dibayar gaji dari kerajaan”. Ternyata perkongsian Dr. Amalina mengundang pelbagai respon dan ramai yang ‘gigit jari’ atau makan hati, dek manfaat yang diterima Dr.Amalina tidak sama seperti yang diterima di Malaysia.

Ramai juga memberikan respon Dr. Amalina beruntung kerana mendapatkan cuti yang panjang dan boleh digunakan sepenuhnya bagi memberi fokus penuh untuk anaknya. Tak sabar rasanya nak tunggu berita kelahiran anak sulung Dr. Amalina. NONA mendoakan agar semuanya dipermudahkan.

 

Share
Published by
Wan Firdaus