Hanya tinggal lima hari saja lagi sebelum menempuh tahun baru 2018. Pastinya pelbagai azam telah disemat dalam diri masing-masing. Ada yang mahu menguruskan badan, bertemu jodoh, memiliki zuriat, mencipta kecemerlangan kerjaya dan sebagainya. Paling menarik perhatian sebaik kaki melangkah ke era baru ini adalah kelebihan yang diberikan kepada seluruh kaum wanita di Malaysia. Memang menarik dan menyenangkan. Check it out!
Jika sebelum ini cuti bersalin bagi penjawat awam hanya 300 hari. Melalui bajet 2018 lalu, cuti ini dinaikkan kepada 360 hari dengan bilangan maksimum 90 hari setahun. Bagi sektor swasta, cuti bersalin wajid yang dicadangkan juga dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari.
Kebajikan wanita bukan hanya diberi tumpuan selepas bersalin tapi juga ketika mengandung. Untuk itu, bagi wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas, mereka diberi kebenaran pulang awal satu jam tidak kira dalam perkhidmatan awam lantikan tetap atau kontrak.
Ini juga merupakan perkhabaran gembira buat pasangan suami isteri kerana setiap bayi yang dilahirkan berpeluang menerima Peruntukan Dana Amanah Anak Malaysia (ADAM50) iaitu Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 unit amanah saham PNB. Ia disasarkan untuk semua bayi sehingga tahun 2022.
Bagi wanita berkerjaya, masalah penjagaan anak-anak menjadi isu utama. Bagi mengatasi isu itu dan memberi pekerja wanita kekal produktif dan tidak terbeban, kerajaan membenarkan bakal majikan untuk memiliki pembantu rumah tanpa melalui ejen. Tak perlu bayar kos tinggi mencecah berbelas ribu ringgit semata-mata untuk tujuan tersebut.
Prihatin dengan keadaan semasa dan kes penderaan di taska di samping membantu ibu bapa agar tidak runsing memikirkan keselamatan anak-anak, Bajet 2018 turut mewajibkan semua bangunan pejabat baru menyediakan pusat jagaan kanak-kanak bermula di Kuala Lumpur.
Tiada lagi isu diskriminasi kerana kini kerajaan mewajibkan sejumlah 30 peratus wanita terlibat dalam keahlian Lembaga Pengarah GLC dan GLIC serta badan berkanun.
Pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan yang diperoleh dalam tempoh 12 bulan kepada wanita yang kembali bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun dari tempoh berhenti kerja. Pastinya ia menjadi batu loncatan dan galakan kepada wanita untuk kembali berkhidmat setelah berhenti kerja untuk menjaga keluarga.
Program keusahawan ini adalah di bawah MyWin Academy yang dibangunkan untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita. Ia berperanan untuk mengasah kemahiran, memberi inspirasi dan mengetengahkan bakat wanita dalam bidang industri. Rebut peluang ini dengan melayari www.mywinacademy.org
This website uses cookies.