Upgrade Skil Solekan, ALHA ALFA ‘Berguru’ One-on-One Dengan MUA Thailand Babarabeer!

Baru-baru ini, solekan mulus dan menawan Janna Nick sewaktu majlis resepsinya mengundang pujian melambung warga maya. Manakan tidaknya, Janna Nick tampil anggun, jelita dan cukup cantik pada hari bahagianya itu.

Manakan tidaknya, solekan Janna yang tetap berseri tanpa memerlukan solekan yang ‘heavy’ pada hari tersebut rupa-rupanya mendapat sentuhan jurumekap popular dan berpengaruh Thailand, Babarabeer.

Memandangkan ramai wanita yang khabarnya mengidamkan look sebegitu  untuk  majlis istimewa mereka nanti, khabarnya Alha Alfa atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Al Fadzil baru-baru ini mengambil inisiatif  menghadiri kelas secara one-on-one dengan MUA Thailand berkenaan.

Datuk Alha Alfa merupakan jurumekap artis profesional Malaysia dan juga usahawan memandangkan dia adalah pemilik kepada jenama alat solek terkenal Alha Alfa yang cukup terkenal di Malaysia.

Mengakui masih lagi banyak perlu dipelajari dalam bidang tatarias dan solekan, usahawan kosmetik itu dilihat tidak malu memaklumkan yang dia telah menghadiri kelas pertama dengan MUA terbabit.

Ujar Alha Alfa lagi, tidak salah untuk mempelajari teknik solekan orang luar memandangkan ia menjadi sesuatu yang akan disukai ramai dan mendapat perhatian. Malah dia juga tetap akan belajar walaupun sudah bergelar MUA profesional di negara sendiri.

Babarabeer juga turut mengucapkan terima kasih kepada Alha Alfa di atas kesudiannya menghadiri kelas berkenaan. Dan pada yang sama, khabarnya beliau akan menganjurkan kelas solekan di Malaysia pada 30 Nov dan 1 Dec nanti! Pastinya geng-geng MUA Malaysia tak sabar nak join nanti kan!

Kredit foto: Instagram @babarabeer_makeup & @alhaalfa

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus