Dalam rumah tangga pasti ada pasang surut dan turun naik yang perlu ditempuhi bersama-sama, bagi pelakon jelita anak jati kelahiran negeri pantai timur, Kelantan iaitu Uqasha Senrose hanya tiga perkara ini mampu menjamin keharmonian rumah tangga.
Pemilik nama penuh, Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu kini mengakui dia sedang berada dalam fasa paling terindah di hidupnya apabila semakin mengecapi bahagia alam rumah tangga bersama suami yang juga pelakon Kamal Adli setelah kelahiran cahaya mata pertama mereka pada April lalu.
Ads
Ikatan Kasih Sayang Antara Pasangan Punca Rumahtangga Harmoni
Ketika ditanya kepada Uqasha apakah nasihat yang boleh diberikan kepada wanita di luar sana yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dan mendambakan rumahtangga yang hamoni dan bahagia, ini respon yang diberikan.
“Pertama, terima baik buruk (pasangan). Kedua, tahap kesabaran kena tinggi dan yang paling penting yang ketiga adalah sayang di antara satu sama lain,” katanya.
Dalam perkembangan lain, pelakon Kamal Adli yang juga suami kepada Uqasha tidak menafikan bahawa kehadiran puteri sulung mereka Hawra Uqaira yang kini berusia 4 bulan, merupakan pengikat kasih sayang yang menyerikan lagi kehidupan dia dan Uqasha.
Malah, menurut Kamal antara cabaran terbesarnya sejak bergelar bapa adalah untuk menjaga permata hatinya, Hawra Uqaira dengan saling bergilir menjaga keperluan si kecil itu.
Kamal bagaimanapun teruja apatah lagi melihat anak membesar di hadapan mata.
“Jujurnya pada awal kelahiran memang agak sukar sedikit. Saya saling bertukar giliran dengan Uqasha untuk menjaganya. Uqasha jaga Uqaira sebelah siang manakala saya pula malam.
“Tapi malam pun Uqasha akan bangun juga. Tak dinafikan susah juga rupanya untuk berjaga malam memandangkan ada ketikanya Uqaira sukar tidur dengan lena,” jelasnya.
Ads
Kamal berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Episod Pertama Drama Viu Original berjudul Nafsu, Aurum Theatre di The Exchange TRX, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Uqasha Ibu Yang Baik, Tak Pernah Mengeluh Urus Anak – Kamal Adli
Malah Kamal turut meluahkan rasa bangga terhadap Uqasha yang tidak pernah mengeluh menjaga anak mereka, sejak selamat bersalin April lalu.
“Alhamdulillah Uqasha baru habis pantang. Saya bangga dengan dia sebab caranya dalam menjaga anak kami.
Ads
“Saya juga gembira tengok perubahannya sebagai seorang ibu sekarang. Dia memang betul-betul komited sanggup bangun, menyusu dan tidak merungut langsung,” katanya lagi.
Pada masa sama, pasangan selebriti ini juga memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan pembantu dalam menguruskan anak pertama mereka.
Imbas kembali, Kamal mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan sebelum ini, Uqasha pernah mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sepanjang perkahwinan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Nampaknya kumpulan wanita popular BLACKPINK terus mencipta sejarah dalam industri seni apabila menjadi artis pertama meraih jumlah subscriber tertinggi di saluran YouTube.
Kumpulan wanita popular yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose itu kini memiliki 90 juta subscriber, sekali gus mencipta rekod baharu mengatasi barisan artis lain di seluruh dunia.
Lebih membanggakan, kejayaan tersebut tercipta dalam tempoh yang singkat iaitu tujuh tahun selepas debut mereka di mana saluran YouTube rasmi Blackpink didaftarkan pada 28 Jun 2016.
Sehingga kini jumlah tersebut terus menunjukkan peningkatan, apatah lagi Blacpink kini masih dalam rangka konsert jelajah Born Pink mereka di seluruh dunia. Jom lihat 5 fakta menarik mengenai Blackpink:
1.Kumpulan yang popular dengan lagu How You Like That dan Kill This Love berjaya meraih 100 juta subscriber di Youtube.
2. Mereka bakal menjadi artis pertama yang akan menerima Red Diamond Play Button.
3.Mendapat gelaran ‘Queen of KPop’, mereka juga menjadi kumpulan wanita pertama dalam sejarah menjayakan konsert berskala besar di empat benua iaitu Asia, Eropah, Amerika dan Australia.
4. Konsert jelajah Born Pink masih berlangsung di seluruh dunia. Lebih membanggakan, kesemua tiket siri jelajah tersebut habis terjual.
5. Kumpulan ini menjadi artis pertama meraih jumlah subscriber tertinggi di saluran YouTube.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah akhirnya berkongsi momen bahagia meraikan hari raya bersama Krisdayanti baru-baru ini dengan memuat naik satu hantaran di Instagram.
Menerusi akaun Instagram mereka, pasangan selebriti ini turut berkongsi gambar-gambar si comel, Baby Ameena atau nama penuhnya Ameena Hanna Nur Atta yang kini berusia setahun.
Sementara itu sejak bergelar nenek, Krisdayanti yang popular dengan lagu ‘Menghitung Hari’ ini kerap berkongsi foto serta video momen-momen manisnya bersama cucu tersayang.
Berikut Nona kongsikan detik-detik meriah keluarga ini menyambut lebaran bersama-sama. Cantik sungguh Krisdayanti, nenek jelita!
Kredit Foto: Instagram Attahalilintar
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seronok melihat hubungan mesra yang terjalin di antara Datin Suliza Salam dengan anak-anaknya, Izzati Zainal Nazeri, Falahi Zainal Nazeri dan penyanyi Ismail Izzani Zainal Nazeri. Aank-anak Datin Suliza Salam bukan sahaja mewarisi kejelitaannya malah turut memiliki ‘mata kucing’ yang menjadi jolokan buat penyanyi ini.
Usik-mengusik di antara 3 adik-beradik ini hanya disaksikan oleh Datin Suliza dan sekali-sekala mencelah. Terhampur pertanyaan kepada anak-anak Datin Suliza, adakah kerap orang cakap mereka seperti adik-beradik. Jawab Izzati, “Memang ramai dan selalu sangat orang cakap kami macam adik-beradik,” sambil hujung mata menyoroti kepada ibunya.
Datin Suliza bersyukur kerana mampu kekal awet muda walau di usia 54 tahun. “Saya bersyukur bila orang kata saya macam adik-beradik dengan anak-anak. Pada saya tak ada sebarang rahsia cuma tak rugi menjaga amanah Allah SWT. Badan kita ni adalah amanah Allah SWT jadi kita kena jaga.
Cara saya menjaga amanah Allah SWT ini dengan menjaga makan. Petua kecantikan senang saja setiap pagi saya memang amalkan ambil jus. Boleh minum apa juga jenis jus tapi yang saya amalkan adalah lobak merah, epal, peria, beetroot dan celery. 5 bahan ini saya campur, blend dan minum. Jus ini sangat baik untuk menambah tenaga. Sometimes tukar-tukar juga,” tutur Datin Suliza yang kini bahagia dengan kehidupannya.
Selain menjaga pemakanan rupanya Datin Suliza yang popular dengan lagu Untuk Sekali Lagi juga mengamalkan pemakanan jamu. “Saya juga ada makan jamu. Memang dari kecil mak saya ajar makan jamu. Biasanya jamu yang dibuat sendiri. Saya juga mengamalkan minum kunyit tu. Saya amalkan sampai sekarang, sebenarnya kunyit itu adalah antiseptik yang terbaik. Sejujurnya mengamalkan pemakanan alami itu adalah terbaik,” ungkap Datin Suliza.
Tambah Datin Suliza, menikmati hidup yang bahagia juga salah satu faktor untuk kelihatan muda. “Memang dalam hidup ini tak ada orang yang dapat lari dari masalah, itu biasa. Hidup kan? Tapi you deal with it and try to be as good as you can. Daripada segi pemikiran, memang selalu kena berfikiran positif. Bila kita happy kita tak tertekan penyakit pun dijauhkan, insyaallah. Kadang-kadang sakit datang bila rasa tertekan dan depresi.
Satu lagi, perasaan ingin nampak okay tu kena ada. Ada setengah orang tu, bila dah meningkat usia sudah malas nak nampak cantik. Bagi saya bergaya tetap kena ada tak kira usia, tetapi dengan bersesuaian dengan usia kita. Macam usia saya tiba-tiba nak pakai ketat-ketat, tak boleh lah macam itu. Bergaya sangat perlu tetapi kena bersesuaian dengan peringkat umur.
Bercerita tentang pendidikan anak-anak pula, Datin Suliza lebih selesa memberi kebebasan kepada anak-anaknya untuk memilih bidang yang diminati. “Saya percaya kalau kita sebagai mak dan ayah restu apa juga pilihan anak-anak, insyaallah apa yang diusahakan pasti akan berjaya.
Tapi sebaliknya kalau kita paksa anak-anak jadi sesuatu dalam masa yang mereka memang tak boleh nak terima memang agak susah lah. Tinggal lagi kalau kita tetap mendoakan pun insyaallah. Macam Ismail Izzani, dia kata nak jadi penyanyi. Saya cakap boleh nak jadi penyanyi tapi kena buat betul-betul.
Bukti kepada saya Ismail boleh berjaya dalam bidang ini. Namun, bagi saya istilah anak yang berjaya sudah cukup bila anak-anak itu patuh kepada kita sebagai mak dan ayah mereka,” kata Datin Suliza sambil tersenyum menatap wajah anak-anaknya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...