Urus 5 Anak PdPR, Jual Kuih Sampai 100 Kotak, DATIN JAJA Tak Menang Tangan!

Ketika pertama kali bersua muka dengan wanita tinggi lampai ini memang tak berkedip mata. Tak henti mulut memuji wajah jelita persis kakak kesayangannya, Rozita Che Wan ini. Lebih-lagi apabila mengetahui mempunyai enam orang anak yang masih kecil.

Foto: Koleksi Peribadi Datin Jaja Che Wan
Foto: Koleksi Peribadi Datin Jaja Che Wan

Teringat waktu menemubual Datin Rohaiza Che Wan atau mesra di sapa Datin Jaja ini bersama kakaknya, Rozita Che Wan suatu ketika dahulu. Bila ditanya dalam adik-beradik mereka siapa yang paling pandai bergaya, “Jaja,” jawab Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta dan Ayu Raudhah pantas. Bayangkan Che Ta sendiri ‘mengalah’ dengan adiknya yang dikatakan lebih pandai bergaya itu.

Foto: Koleksi Peribadi Datin Jaja Che Wan
Foto: Koleksi Peribadi Datin Jaja Che Wan

JUAL KUIH

Dalam diam, rupanya isteri kepada Datuk Haji Muhammad Faizal Haji Zainul ini berniaga kuih tradisional. Kalau ikutkan Datin Jaja boleh sahaja duduk ‘goyang kaki’ di rumah namun tetap mahu berusaha membina kerjaya sendiri. Lucu juga mendengar kisah bagaimana wanita yang pernah menjadi pramugari dan model sambilan suatu ketika dahulu ini mula berniaga kuih-muih.

Foto: Koleksi Peribadi Datin Jaja Che Wan
Foto: Koleksi Peribadi Datin Jaja Che Wan

“Saya tak pernah terfikir pun nak buat bisnes terutama makanan. Sebab saya tak pandai dan tak suka sangat pun masak. Tapi segalanya berlaku masa PKP 1.0 dulu. Kena lockdown duduk rumah saja, apa lagi nak buat kan? isi masa dengan masak. Suami pula suka sangat makan kuih,” tutur Datin Jaja sambil tersenyum.

Tergerak untuk mencungkil bagaimana daripada tak tahu buat kuih sehingga boleh menjual kuih sehingga mendapat pujian dan tempahan bertalu-talu. “Sebab hari-hari saya buat kuih, lain-lain setiap hari. Lama-lama jadi suka sangat buat kuih. Dek kerana hari-hari buat kuih sampai saya sendiri pun dah tak larat nk makan. Jadi saya hantar sikit kat kakak, kawan-kawan dan jiran tetangga.

Foto: Koleksi Peribadi Datin Jaja Che Wan
Foto: Koleksi Peribadi Datin Jaja Che Wan

Kakak saya, Che Ta memang suka makan kuih dan dia siap request saya buat kuih untuk hantar kat dia hari-hari. Bertitik-tolak daripada itu kawan-kawan pun minta saya buka tempahan dan bila buat hantaran di media sosial ramai pula yang minta. Sejak daripada itu saya mula buka untuk tempahan,” ujar Datin Jaja yang buat kuih serimuka sebagai percubaan pertamanya.

RESIPI KUIH

Ingatkan Datin Jaja ada menduduki kelas belajar buat kuih rupanya tidak. “Resipi semua saya ambil daripada internet saja. Tapi kena olah sampai jadi dan sampai kena dengan ‘tekak’ saya. Bukan pertama kali buat terus menjadi. Selepas percubaan yang tak tahu yang berapa kali baru menjadi. Saya cuba cipta method macam-macam nak buat kuih, sampai menjadi.

Foto: Koleksi Peribadi Datin Jaja Che Wan

Saya sedar saya memang suka buat kuih sebab bila buat tak menjadi. Saya jadi geram nak buat lagi dan lagi sampai puas hati. Buat kuih dah jadi macam hobi saya pulak. Tiap-tiap ada saja tempahan kuih. Bila saya betul-betul boleh buat baru saya akan open order.

Kadang-kadang boleh sampai sehingga 100 kotak, memang tak menang tangan. Kini saya hadkan berapa kotak yang saya boleh ambil setiap hari dan hanya untuk minum petang saja,” terang Datin Jaja yang beruntung punya suami yang menggalakkannya berniaga kuih atas jenama Queh&Co by JCW ini.

KELAS PdPR

Bagaimana Datin Jaja bahagikan masa? “Mula-mula kelam kabut juga nak uruskan semua. Sebab pagi saya sangat sibuk dengan kelas online anak-anak. Ada 5 kelas online yang saya nak kena uruskan. This is my major stress,

tapi nak tak nak kena buat juga sebab benda-benda gadget ni saya tak pandai sangat. Saya juga nak sediakan makan untuk suami sebelum keluar kerja.
Foto: Koleksi Peribadi Datin Jaja Che Wan

Apa yang saya buat, malam-malam saya akan sediakan semua jadual kelas online anak-anak dan letak dah siap-siap apa keperluan pembelajaran mereka. Telefon bimbit dan laptop semua dah sedia, bangun pagi cuma bersedia untuk masuk kelas saja.

Foto: Koleksi Peribadi Datin Jaja Che Wan

Sementara saya di dapur sambil-sambil pantau anak-anak PdPR. Tapi sekarang saya dah boleh uruskan masa untuk anak-anak, suami dan bisnes kuih dengan seimbang,” ujar ibu kepada Nur Fa’iqah Faiza Muhammad Faizal, Nur Fa’izah Faiza Muhammad Faizal, Nur Fareeqah Faiza Muhammad Faizal, Nur Fareeda Faiza Muhammad Faizal dan Muhammad Al Fateh ini mengakhiri bicara.

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed