Gaya Hidup

“Urus 6 Anak Dengan Perut Makin Besar Tak Mudah,” Masuk Trimester Ke-3, Dr Halina Akui Penat Tapi Seronok!

MashaAllah, kuat semangat Datin Dr Halina Mohd Yunos. Cukup seronok dan teruja menjadi ibu kepada enam cahaya mata, isteri Dato’ Dr Sheikh Muszaphar ini bagaimana pun tidak menafikan keadaan diri yang terlalu penat sepanjang meniti usia kandungan trimester ketiga sekarang ini.

Sentiasa positif melayan ragam anak-anak, ibu berusia 42 tahun ini memberitahu dia mahu memanfaatkan masa dan menikmati momen berkualiti bersama anak-anak sebaik mungkin. Walau ada ketika, dia cepat rasa letih namun demi zuriat dia tetap gagahkan diri.

Hujung April lepas, Datin Dr Halina dan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar bercuti ke Pulau Langkawi di samping anak-anak. Memang meriah! Melihat anak-anak yang masih kecil pastinya pasangan ini memiliki kesabaran yang tinggi untuk mengurus lima anak.

Kredit Instagram @drhalina
Kredit Instagram @drsheikhmuszaphar
Kredit Instagram @drsheikhmuszaphar
Kredit Instagram @drsheikhmuszaphar

Kongsi Datin Dr Halina di media sosial, “I just realized I didn’t have a single photo of me taken during our Langkawi trip few days back.

Ni je latest yang I ada, second raya. Family outing, we went to watch SuperMario The Movie, our kids fav!

I’m in my third trimester now and handling 6 kids with this huge belly is not easy. All the travelling, packing and unpacking, chasing them to put on sunblock and drink water. (MashaAllah Langkawi is really really hot!) It’s crazy tiring.”

Tambahnya lagi, selain tengah sarat mengandung Datin Dr Halina juga mengalami sciatica iaitu masalah neurologi di bahagian belakang atau saraf yang tersangkut di pinggul.

“To make it worse, I also have sciatic pain this time. If you see me jalan terdengkut-dengkut, you know why.

Alhamdulillah for everything. I really wanna enjoy these moments with these 6 children before the new addition comes out. It’s true when people say, the days are long, but years are short but I’m tired, I’m really tired.”

Kredit Instagram @drhalina
Kredit Instagram @drhalina
Kredit Instagram @drsheikhmuszaphar
Kredit Instagram @drsheikhmuszaphar

Ketika Ramadan lalu, ibu ini turut berkesempatan membawa anak-anak menunaikan solat tarawih. Kagum semangat dan kesungguhan Datin Dr Halina mendidik anak-anak.

Anak-anak baik dan menurut kata https://www.nona.my/hamil-5-bulan-ibu-6-anak-datin-dr-halina-gigih-bawa-anak-bertarawih/

Wanita berjiwa besar ini mendirikan rumah tangga dengan angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Sophea Isabella yang lahir pada 21 Julai 2011 dan Sophea Natasha lahir pada 19 Januari 2013.

Cahaya mata kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah dilahirkan pada 27 Julai 2017 serta sepasang kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang kini berusia dua tahun.

 

Share
Published by
Suzi