“Usah Cabun Uban Tu, Nanti Tumbuh Banyak Lagi” Biasa Dengar Kan, Begini Huraiannya

Memang geram kalau tengok sehelai uban yang tumbuh atas kulit kepala. Rasa nak cabut jer uban tu. Tapi, bila ingat balik orang tua-tua cakap, kalau cabut uban nanti akan tumbuh lagi banyak uban atas kepala. Terus tak jadi cabut.

Siapa yang pernah hadapi situasi begini, baik mengaku. Ahli Trichologist Klinikal, Siti Farah Azwin Abd Khalid, telah menghuraikan secara terperinci tentang perbuatan cabut uban ini.

Siti Farah Azwin Bt Abd Khalid, Trichologist Klinikal Hair Rich Trichlogy, CityWellness Malaysia.

“Kalau uban dicabut itu bererti membuat uban bertambah banyak. Ini adalah tidak tepat. Kadar pertumbuhan rambut seseorang bergantung penuh kepada keadaan setiap folikel rambut di atas kulit kepala.

Selain daripada aspek luaran, aspek dalaman juga perlu diambil kira. Hal ini berkait rapat dengan genetik individu, ketidakseimbangan hormon, pengambilan makanan dan cara hidup yang tidak sihat serta penjagaan rambut yang salah.

Jika seseorang individu sedang menghadapi masalah ketidakseimbangan hormon dan tidak mengamalkan pemakanan yang sihat seperti mengambil makanan yang bernutrisi tinggi dan tidak mengambil vitamin serta antioksida tambahan, seperti Multiviamins dan Minerals seperti Zinc, Selenium, Magnesium, Antioksida seperti CoQ10-Ubiquinol serta Vit D3+ K2, folikel rambut akan menghasilkan helaian rambut baru yang tidak sihat, tidak utuh mudah putus atau gugur serta melanin rambut yang tidak berpigmen (tidak berwarna) menyebabkan rambut berwarna putih atau dinamakan uban.

Jika tahap kesihatan seseorang tidak sihat pada ketika rambut berada di fasa Anagen ditambah pula dengan folikel rambut mengalami kerosakan akibat perbuatan cabut rambut, maka rambut baharu mungkin tidak akan tumbuh atau mengambil masa yang lama untuk tumbuh dan kualiti rambut baru itu akan menjadi mudah putus atau gugur.

Genetik individu yang menghasilkan helaian rambut yang kurang di dalam folikel rambut, ditambah pula dengan hormon yang tidak seimbang, maka penghasilan bilangan helaian rambut ini akan bergantung kepada tahap kesihatan fisiologi badan seseorang itu.

Jika badan seseorang sedang berada pada tahap kesihatan yang optimum dan beliau mengamalkan pemakan yang sihat, pengambilan supplemen dan vitamin yang padu serta berkualiti serta tahap hormon yang seimbang, maka rambut yang tumbuh akan banyak dan berwarna hitam.

Sebaliknya jika penjagaan kesihatan yang rendah, penjagaan rambut yang salah, akan menghasilkan helaian rambut yang sedikit serta kurang melanocytes yang menghasilkan eumelanin dan menyebabkan rambut tidak berwarna serta bertukar kepada warna putih atau uban,” katanya.

Cara Hindari Rambut Beruban

1. Pengambilan vitamin dan antioksida tambahan yang betul dan berkualiti. Langkah awal seseorang untuk menjaga kesihatan badan yang optimum adalah dengan mengambil vitamin yang ringkas seperti Multivitamins dan Minerals, Zinc, Selenium, Magnesium,
Omega 3 Fatty Acids untuk minda, CoQ10 Ubiquinol untuk tenaga dan Vitamin D3 + K2. Pengambilan vitamins dan antioksida yang lengkap dapat membantu fisiologi badan untuk bekerja dengan lebih optimum.

2. Minum air yang cukup setiap hari untuk jauhkan diri dari terhidratasi. Boleh memilih untuk membuat jus buah-buahan di dalam diet harian. Jus avocado, lobak merah, dan citrus adalah yang terbaik untuk dinikmati bagi penjagaan warna rambut untuk kekal berwarna hitam dan tidak kusam.

3. Tidur yang cukup juga banyak membantu seseorang dari mendapat uban. Kajian menunjukkan, tidur yang cukup iaitu 7-8 jam sehari dapat membantu proses sintesis protein untuk rambut, selain itu juga membantu perembesan hormon-hormon penting di dalam badan seperti Thyroid, Cortisol, DHEA, DHT, Progesterone Testosterone.
Melatonin, hormon yang membantu untuk mengawal kitaran tidur dan bangun serta dapat membantu dengan penyuburan rambut dan mengurangkan rambut gugur dan meningkatkan penghasilan melanocytes yang membantu untuk meransang sel-sel membuat eumelanin yang memberi warna kepada rambut.

4. Penggunaan syampu dan perapi rambut yang sesuai juga penting bagi menghindarkan rambut anda dari beruban. Pilihlan syampu yang Bebas Paraben, Bebas Sodium Lauryl Sulfate (SLS), Bebas Sodium Laureth Sulphate (SLES). Kandungan bahan kimia ini bersifat menghakis dan menghilangkan kulit minyak yang telah terbentuk semula jadi di kepala. Dengan adanya bahan kimia di atas di dalam sesuatu produk pencuci, ia akan mengaktif dan merangsangkan lagi rembesan minyak di kulit kepala. Jika tidak dijaga akan membuatkan seseorang itu mengalami kulit kepala yang lagi berminyak. Maka pemilihan syampu dan perapi yang terbaik haruslah terdiri dari ciri-ciri seperti terdapat pati minyak tumbuh-tumbuhan (essential oils) yang berkualiti tinggi di dalam kandungan syampu dan kurang buih kerana tiada SLS dan SLES.

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan